Wanita Hilang Dalam Banjir Kilat | Seorang wanita hilang, manakala suami dan cucunya berjaya menyelamatkan diri apabila pondok didiami di kebunnya yang terletak di tebing Sungai Baleh, Long Singut di pedalaman Bahagian Kapit dihanyutkan banjir kilat, awal pagi semalam. Mangsa, Kau Lencau, 57, dikatakan bermalam bersama suami dan seorang cucu mereka di pondok di rumah panjang Long Singut itu, ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menyatakan bahawa pihaknya hanya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit pada jam 10 pagi tadi. Sehubungan itu,…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Suami Bvnuh Isteri OKU ‘Penat’ Jaga Selama 40 Tahun | Seorang suami nekad membunuh wanita itu dengan menolaknya ke dalam laut kerana penat menjaga isterinya yang kurang upaya. Lelaki yang berusia 81 tahun di Jepun itu bertindak demikian selepas mendakwa penat menjaga isterinya selama 40 tahun. Portal The Independent telah melaporkan, polis di Oiso, wilayah Kanagawa di Jepun, berkata bahawa suspek dikenali sebagai Hiroshi Fujiwara, berumur 81 tahun, mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh isterinya. Dia memberitahu polis, pada 3 November, sekitar 5.30 petang waktu tempatan, dia mendorong kerusi roda isterinya, Teruko, 79, ke jeti di Oiso dan menolaknya ke dalam laut.…
(ADA VIDEO) Selepas 3 Bulan Kahwin, Suami Kantoi Rupanya G@y | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia yang memaparkan pengakuan seorang wanita yang mendedahkan perkahwinannya berakhir dengan kesedihan apabila dia mengetahui suaminya menyukai kaum sejenis. Wanita bernama Ian itu telah memuat naik sebuah klip video dalam akaun TikTok @azinomu. Dalam videonya Ian memberi keterengan pada video tersebut bahawa ‘Momen yang ditunggu malah menghancurkan mentalku. Sebumbung tetapi selalu merasa sendirian’. Selepas tiga bulan berkahwin, Ian mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang lelaki gay. Menurut Ian, Ian memberitahu bahawa pada suatu hari, suaminya sakit teruk sehingga…
Tular Foto Pekerja Twitter Terpaksa Tidur Di Pejabat, Ini Puncanya.. | Viral sekeping foto baru-baru ini yang didakwa merupakan seorang pengurus produk di Twitter yang tidur di atas lantai pejabat, gara-gara sedang bergelut dan mengejar tarikh akhir projek yang ditetapkan oleh pengurusan baharu selepas pengambil alihan oleh Elon Musk. Foto berkenaan dipercayai dikongsikan sendiri oleh Evan Jones, Pengurus Produk untuk Twitter Spaces yang menunjukkan Pengurus Bahagian Pengurusan Produk Twitter, Esther Crawford, sedang berbaring di dalam beg tidur sambil memakai penutup mata, dalam bilik seakan-akan bilik mesyuarat. Evan Jones menyatakan dalam tweet berkenaan bahawa bila anda perlu sesuatu daripada bos Twitter anda,…
Wanita Cantik Ini Tawar Khidmat Uji Kesetiaan Lelaki Raih Pendapatan Lumayan | Satu pekerjaan baharu telah dilapor bahawa muncul di Brazil apabila sebilangan wanita muda disana menawarkan perkhidmatan menguji tahap kesetiaan pasangan pelanggan mereka secara atas talian muncul. Menurut Oddity Central, pekerjaan tersebut kini telah menjadi sangat terkenal di platform media sosial Brazil termasuk di aplikasi TikTok dan juga Instagram. Difahamkan, pekerjaan tersebut diceburi golongan wanita muda dengan caj bayaran antara RM18 hingga RM142 dan mereka akan menguji tahap kesetian seorang lelaki terhadap isteri atau teman wanita mereka sebelum menyerahkan bukti-bukti tersebut kepada pelanggan. Wanita-wanita ini akan menghantar mesej secara peribadi…
Penemuan 19 Mayat Dibuang Di Kawasan Lombong | Polis Afrika Selatan telah menemukan 19 mayat yang disyaki pelombong haram di Krugersdorp, bandar perlombongan di barat Johannesburg, Afrika Selatan. Dalam kenyataan, pihak polis (tempatan) memaklumkan pihaknya mendapat panggilan mengenai penemuan 19 mayat yang disyaki pelombong haram di lombong yang masih beroperasi di kawasan itu. Pihak polis juga menyatakan bahawa hasil siasatan awal menunjukkan mayat berkenaan dipindahkan dari kawasan lain dan dibuang di kawasan ia ditemukan. Oleh itu, bedah siasat atas 19 mayat itu akan dijalankan bagi menentukan punca kematian semua mangsa. Ribuan pelombong haram dikenali sebagai ‘zama zamas’ yang bermaksud ‘mereka…
Ini Punca Insiden Rempuhan Itaewon Bermula | Laman berita Thaiger melaporkan kelmarin bahawa sebilangan individu yang terselamat dalam insiden rempuhan di Itaewon, Korea Selatan mendakwa bahawa seorang lelaki memakai kostum ‘telinga arnab’ dan beberapa rakannya bertanggungjawab memulakan aksi tolak-menolak sehingga membuatkan orang ramai jatuh. Seorang pengunjung menerusi hantaran di laman media sosial berkata, seorang lelaki berumur sekitar 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit ‘Tolak!’. Lelaki tersebut kemudian menolak individu berkenaan yang menyebabkan dia jatuh di atas jalan. Dakwaan tersebut turut disokong beberapa pengunjung lain yang menyatakan bahawa lelaki memakai kostum telinga arnab dan sekumpulan individu yang terdiri daripada lima hingga…
Buaya Lapan Kaki Masuk Rumah Cari Makanan | Di sebuah kampung Jaitai, Etawah, di Uttar Pradesh, India, seekor buaya masuk ke dalam rumah untuk mencari makanan hingga mengejutkan sebuah keluarga yang sedang tidur lena. Kejadian itu berlaku sekitar pada jam 10:30 malam pada 29 Oktober baru-baru ini apabila keluarga berkenaan dikejutkan dengan bunyi kambing. Lebih mengejutkan mereka adalah apabila mereka menjumpai buaya lebih kurang lapan kaki berhampiran dengan kambing tersebut. Kemudian, keluarga itu terus bertindak pantas menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan. Pihak polis menyarankan mereka untuk mengunci rumah bagi memudahkan proses untuk menangkap reptilia tersebut. Disebabkan kejadian tersebut,…
Doktor Dikecam Buat Siaran Langsung TikTok Ketika Pembedahan | Laman berita Thaiger, semalam melaporkan bahawa seorang doktor di Thailand menjadi mangsa kecaman netizen selepas membuat siaran langsung menggunakan laman TikTok ketika melakukan pembedahan di sebuah dewan bedah. Seorang pengguna merakaman siaran langsung itu dan muat naikdi Twitter dengan keterangan iaitu Seminit lalu, seorang doktor menyiarkan siaran langsung semasa menguruskan pesakit di TikTok dan dengan persoalan bahawa tindakan ini sesuai atau tidak. Beberapa pengguna mendedahkan bahawa mereka pernah melihat video perubatan secara langsung sebelum ini tetapi ia disiarkan oleh klinik kecantikan dan pusat pembedahan kosmetik. Pengguna lain berkata, video seperti itu…
Rempuhan Itaewon: Seorang Rakyat Malaysia Cedera | Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa tiada warganegara Malaysia yang dilaporkan terkorban dalam insiden rempuhan yang berlaku di Itaewon, Republik Korea Selatan pada Sabtu lalu. Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri berkata hanya seorang warganegara Malaysia yang dilaporkan cedera dalam insiden itu dan kini sedang menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Universiti Joogang, Seoul. Tambahnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil. Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Seoul telah menghubunginya bagi mendapatkan perkembangan terkini. Menteri Luar Negeri juga menyatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa pihak kedutaan juga telah…