Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

(Video) Pengantin Lelaki Batal Perkahwinan Kerana Didatangi Bekas Teman Wanita | Portal berita Wolipop melaporkan bahawa sebuah klip video viral di media sosial Indonesia memaparkan seorang pengantin lelaki yang didakwa membatalkan majlis perkahwinan kerana didatangi bekas teman wanita mendapat komen netizen yang berbeza, di Indonesia. Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @nyinyir_update_official. Dalam video itu dapat melihatkan bahawa seorang wanita yang memakai baju hitam dilihat menangis dan memeluk pengantin lelaki. Perkahwinan itu tular kerana dia didakwa sebagai bekas teman wanita kepada pengantin lelaki yang tidak mahu berpisah. Dalam video itu juga memberi keterangan bahawa batalkan perkahwinan kerana bekas teman…

Read More

Seorang Budak Lelaki M@ut Disengat Kala Jengking Berbisa | Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia setelah disengat oleh spesies kala jengking yang paling berbahaya di dunia dalam kejadian Anhembi, Sao Paulo baru-baru ini. Menurut laporan Metro UK, mangsa dikatakan sedang bersiap-siap untuk pergi berkhemah bersama keluarganya sebelum dia tiba-tiba mengerang kesakitan. Setelah diperiksa, seekor kala jengking Brazil yang dikenali sebagai  Tityus Serrulatus ditemui di dalam kasutnya. Ibu mangsa berkata bahawa dia terkejut apabila mendengar anaknya tiba-tiba menjerit kesakitan. Ibunya mencerita bahawa disebabkan mereka tidak menemui apa yang menyengat kakinya, mereka terus mencari puncanya. Namun kaki anaknya mula bertukar merah dan mengadu bahawa…

Read More

PRU15 : Ini Amanat ‘Penting’ Pengerusi BN Buat Calon | Jika tidak melakukan perubahan terutama soal calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), MNO dan Barisan Nasional (BN) akan ketinggalan kepada parti-parti pesaing. Dalam kenyataan di Facebook hari ini, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN berkata walaupun tidak mudah, namun keputusan tegas, berani dan bijaksana perlu dilakukan dalam usaha memulihkan dan menjadi pencetus kepada kebangkitan UMNO dan BN. Beliau berkata mereka yang tidak terpilih perlulah berjiwa besar sebagaimana peluang yang pernah diberikan kepada mereka dahulu. Pengerusi BN  menyatakan bahawa jangan cetuskan rasa tidak berpuas hati, marah,…

Read More

Dua Suspek Bersenjata Ditahan Culik Empat Sekeluarga | Dua suspek ditahan kerana menculik empat sekeluarga termasuk bayi berusia enam bulan menggunakan van, di California. Michael Rodriguez dan Bich Dao Vo juga dikenali sebagai Michelle Rodriguez ditahan polis di Westminster, California kerana penculikan bersenjata membabitkan seorang ibu, menantu lelakinya dan dua anak, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dan seorang kanak-kanak berumur bawah setahun, telah dilaporkan oleh Metro UK. Vo ialah anak perempuan kepada ibu dan adik kepada remaja itu. Polis memberi kenyataan kepada Orange County Register bahawa kanak-kanak lelaki berusia enam bulan itu adalah anaknya. Rodriguez dan Vo didakwa memaksa…

Read More

Rakyat Malaysia Terlepas Hukuman M@ti | Selepas menimbangkan bukti baharu, Mahkamah Rayuan Singapura membebaskan seorang warga Malaysia G Punithan yang dijatuhi hukuman mati kerana mengedar 28.5 gram diamorfin ke republik itu. Punithan dijatuhi hukuman mati pada Mei 2020, orang pertama dijatuhkan hukuman semasa pandemik Covid-19, melalui pembicaraan jarak jauh. Dalam siasatan, dia dikenal pasti seorang daripada dua penghantar dadah sebagai dalang dalam transaksi dadah pada 28 Oktober 2011. Sebelum itu, Punithan memperkenalkan kedua-dua kurier itu pada 12 Oktober 2011 bagi memudahkan transaksi dadah yang akan berlaku di tempat letak kereta West Coast McDonald. Hakim Tay Yong Kwang yang membacakan keputusan…

Read More

Ini Jumlah Terkini Mangsa Yang Terkesan Banjir Di Sabah | Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 75 orang daripada 14 keluarga pagi Selasa berbanding 66 orang daripada 13 keluarga malam tadi, susulan banjir melanda daerah Penampang awal pagi tadi. Sembilan orang daripada satu keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Kolam Renang Kompleks Sukan Penampang yang dibuka pada jam 3.30 pagi manakala mangsa banjir di PPS Dewan Kampung Airport Tun Fuad di daerah Kunak kekal 66 orang membabitkan 13 keluarga, dimaklumkan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan. Menurut kenyataan itu, dinyatakan bahawa setakat ini dua daerah dilanda banjir iaitu…

Read More

Doktor Keluarkan Tumor Sebesar ‘Kelapa’ Dari Leher Petani | Menurut laporan, doktor mengeluarkan tumor sebesar ‘saiz kelapa’ daripada leher seorang lelaki yang berusia 72 tahun dari Bihar, India. Menurut kenyataan dari hospital di Delhi, Portal Independent melaporkan bahawa petani yang tidak dikenali dari daerah Begusarai di Bihar, utara India itu menghadapi kesukaran bernafas dan hanya mampu menelan makanan sejak enam bulan lalu. Media tempatan melaporkan, apabila keadaannya bertambah buruk, dia dibawa dari Bihar ke Jabatan Otorinolaringologi (ENT) dan pembedahan Hospital Sir Ganga Ram bulan lalu. Dr Sangeet Agarwal, konsultan pembedahan otak dan leher di hospital itu berkata, Selama beberapa tahun lalu,…

Read More

Tenaga Kerja Asing Kurang Daripada Levi Dibayar | Menurut Majlis Pemulihan Negara (MPN), isu kekurangan pekerja asing wajar ditangani dengan segera berikutan kemasukan pekerja asing ke Malaysia terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar iaitu RM713,890 bagi 467,223 kuota diluluskan. Tan Sri Sulaiman Mahbob, Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat MPN berkata statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan, namun bagi tempoh sama hanya menyaksikan 76,000 kemasukan tenaga kerja dari 12 negara. Beliau berkata, angka itu terlalu sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar. Justeru, beliau mahu Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia mengkaji balik…

Read More

Kes Demam Denggi Meningkat 174.7 Peratus Di Ipoh | Di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencatatkan peningkatan kes demam denggi, dengan 412 kes dilaporkan sehingga 23 Oktober lalu (Minggu Epid:42). Datuk Rumaizi Baharin, Datuk Bandar Ipoh berkata, peningkatan itu adalah sebanyak 174.7 peratus berbanding dengan 150 kes bagi tempoh sama pada tahun lalu. Beliau berkata, antara faktor situasi itu terjadi disebabkan musim hujan berterusan yang melanda negara amnya dan Perak khususnya, baru-baru ini. Beliau juga berkata, kes demam denggi di kawasan pentadbiran MBI menunjukkan peningkatan sejak awal tahun 2022. Sejak 17 September hingga 11 Oktober, tiada lokaliti wabak dilaporkan,…

Read More

Pasangan Ber’joli’ Sakan Selepas Pecah Masuk Pejabat | Seorang lelaki sempat bercuti bersama teman wanita di taman tema di Johor Bahru selepas melakukan kegiatan pecah pejabat di Kajang membabitkan kerugian lebih RM40,000. Bagaimanapun, selepas polis menahannya bersama teman wanita ketika bermalam di sebuah hotel di Tangkak, Johor, semalam, kegiatan suspeknya terbongkar, manakala seorang lagi suspek ditahan di Kajang. Suspek lelaki tidak bekerja, manakala wanita itu seorang penuntut sebuah kolej swasta ditahan selepas terbabit dalam kegiatan pecah pejabat. Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, berkata selepas menerima maklumat berkaitan kes pecah pejabat di Jalan Bandar Melawati, Melawati Square,…

Read More