Satu lagi ‘Objek Tidak Dikenali’ Ditembak Jatuh | Sebuah jet pejuang Amerika Syarikat (AS) yang menembak jatuh ‘objek tidak dikenali’ terbang tinggi di atas Yukon, adalah atas arahan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau. Trudeau pada Sabtu berkata, tindakan itu adalah sehari selepas AS mengambil tindakan serupa di Alaska. Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara, gabungan organisasi AS-Kanada yang menyediakan pertahanan ruang udara bersama ke atas kedua-dua negara, mengesan objek itu terbang pada altitud tinggi pada petang Jumaat di atas Alaska, kata pegawai AS. Objek itu melintasi ruang udara Kanada pada Sabtu. Trudeau bercakap dengan Presiden Joe Biden, dan juga kemudian mengarahkan…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Kebakaran Hutan Gambut Guna Teknologi Hujan Buatan Di Indonesia | Pihak berkuasa Indonesia menggunakan teknologi modifikasi cuaca untuk menghasilkan hujan buatan bagi membantu mencegah kebakaran tanah gambut ketika berdepan musim kemarau April ini. Hartono, Ketua Agensi Pemulihan Tanah Gambut dan Hutan Bakau (BRGM), berkata, agensi itu akan bekerjasama dengan Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) untuk menambah simpanan air menggunakan hujan buatan. Hartono berkata seperti dipetik Antara bahawa di kawasan-kawasan yang terjejas, mereka akan bekerjasama dengan BNPB untuk menggunakan teknologi mengubah suai cuaca sebagai usaha menambah simpanan air melalui hujan buatan. Media tempatan Indonesia sebelum ini melaporkan, teknologi mengubah suai cuaca…
Wanita Mengandung Diselamatkan Selepas 40 Jam Terperangkap | Seorang wanita sarat mengandung diselamatkan dari bawah runtuhan bangunan kira-kira 40 jam selepas dua gempa bumi kuat melanda Turkiye. Nehir Ilkova yang hamil sembilan bulan diselamatkan di Kahramanmaras iaitu pusat gempa berkekuatan 7.8 skala Richter pada Isnin lalu. Wanita itu kemudian segera dihantar ke hospital oleh pasukan penyelamat yang tiba dari perbandaran Umraniye di Istanbul. Gempa bumi berpusat di Kahramanmaras itu turut menjejaskan 10 wilayah lain dan negara jiran Syria serta gegarannya dapat dirasai sehingga ke Lubnan dan Cyprus. Sebelum ini dalam kejadian gempa di Syria, ahli keluarga mengeluarkan bayi perempuan masih…
Pesawat Terhempas, Juruterbang Sempat Larikan Diri Sebelum Meletup | Dua juruterbang dipercayai mengalami nasib luar biasa apabila sempat melarikan diri selepas pesawat pengebom air dipandu mereka terhempas dan terbakar di kawasan terpencil Australia Barat pada Isnin lalu, memetik laporan Daily Star. Difahamkan, pesawat Boeing 737 tersebut terhempas dan meletup di Taman Negara Fitzgerald yang terletak kira-kira 420km (260 batu) tenggara Perth. Melihat kepada gambar yang dikongsikan dari lokasi nahas menunjukkan kepulan asap yang tebal dari pesawat dengan bahagian belakangnya terbakar sepenuhnya. Susulan itu, pasukan kecemasan tiba di tempat kejadian dan menemui komponen belakang pesawat yang terpisah daripada bahagian yang lain.…
Ingatkan Rumah Mewah, Rupanya Kandang Lembu | Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah rumah yang kelihatan mewah jika dilihat dari luar, namun ia sebenarnya sebuah kandang lembu, lapor program berita Liputan6 semalam. Rumah terletak di Madura, wilayah Jawa Timur itu menempatkan lima ekor lembu yang digunakan dalam pertandingan lumba lembu. Berdasarkan klip video yang dikongsikan di laman TikTok, seorang lelaki menunjukkan keadaan rumah tersebut yang kelihatan mewah di bahagian luar. Lelaki berkenaan berkata bahawa ketika berkunjung ke Madura, saya berhenti seketika dan kagum melihatkan rumah gah dan begitu mewah sekali. Belum selesai berasa kagum, kediaman itu rupa-rupanya…
Abai Anak OKU Sehingga Mangsa M@ti | Juri mendapati seorang lelaki Britain bersalah menyebabkan kematian anak perempuannya berusia 16 tahun yang kurang upaya. Remaja itu didapati meninggal dunia di rumah akibat obesiti dan hidup dalam keadaan mengerikan. Kaylea Titford yang menghidap hidrosefalus dan spina bifida ditemukan mati di rumahnya di Wales, seberat 146 kilogram. Mangsa berbaring di atas pad tandas kotor yang dibuat untuk anak anjing, kata mahkamah. Spina bifida adalah keadaan yang berkembang di dalam rahim, menyebabkan masalah tulang belakang dan saraf. Ia juga boleh menyebabkan hidrosefalus atau pengumpulan cecair pada otak. Kaylea yang menggunakan kerusi roda, meninggal dunia pada…
Wanita Diugut Bvnuh Sebab Buat Aduan Rumah Retak | Hanya kerana mengadu kepada beberapa pihak bertanggungjawab tentang keadaan rumahnya yang retak kerana proses pembinaan yang dibuat oleh jirannya, seorang wanita di Indonesia menerima ugutan bunuh. Difahamkan, wanita berkenaan telah menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali mengenai ugutan bunuh selama seminggu yang lalu. Wanita yang dikenali sebagai Ami itu berkata bahawa ancaman tersebut berterusan setiap hari sehingga menyebabkan dirinya tidak selesa. Disebabkan itu juga, dia beranikan diri untuk menegur tindakan pemanggil misteri berkenaan. Satu hari dia dapat panggilan. Pemanggil itu berkata, ‘kalau awak masih bercakap, saya akan bunuh awak.’ Disebabkan dia…
Dikelilingi 500 Perempuan, Remaja Lelaki Pengsan Semasa Peperiksaan | Kejadian yang berlaku di New Delhi, India itu terjadi ketika pelajar lelaki tersebut sedang menduduki peperiksaan di dalam sebuah institusi pengajian. Ibu saudara pelajar lelaki itu memberitahu bahawa dia terlalu gementar sehingga pengsan dan terus demam kerana dia dikelilingi seramai 500 orang pelajar perempuan yang turut menduduki peperiksaan yang sama. Dia telah menghadiri ke pusat peperiksaan tersebut dan melihat dewan itu telah dipenuhi oleh pelajar perempuan lalu dia menjadi cemas dan tiba-tiba demam kemudian jatuh pengsan. Menurusi sebuah video yang dimuat naik ke laman sosial Twitter, pelajar lelaki itu tidak menjawab sebarang…
MH17: Suspek Baharu Mungkin Dinamakan | Penyiasat antarabangsa yang melakukan siasatan kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, bersedia membentangkan penemuan baharu, pada Rabu, termasuk kemungkinan menamakan suspek tambahan. Pada November, mahkamah Belanda mensabitkan dua bekas ejen perisikan Rusia dan seorang pemimpin pemisah Ukraine atas pembunuhan kerana membantu mengatur sistem peluru berpandu Rusia yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu sehingga membunuh 298 penumpang dan anak kapal. Ketiga-tiga lelaki itu yang dibicarakan secara in absentia (tanpa kehadiran), masih bebas. Penyiasat terus mengumpulkan bukti mengenai kemusnahan pesawat itu, dan boleh mengenal pasti sama ada anak kapal yang mengendalikan sistem peluru…
Bayi Perempuan Diselamatkan Selepas 17 Jam Terperangkap Dalam Perigi | Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan warga Myanmar yang terjatuh hingga tergerangkap di dalam sebuah perigi sedalam 15 meter di wilayah Tak, pedalaman Thailand berjaya diselamatkan pihak berkuasa tempatan semalam (Selasa). Difahamkan, bayi malang terbabit berjaya dikeluarkan selepas operasi menyelamat digerakkan oleh pasukan penyelamat Thailand yang berlangsung selama 17 jam. Menurut laporan ThaiPBSWorld, insiden yang berlaku berhampiran sempadan Myanmar itu berpunca daripada bermain di atas timbunan tanah yang digali keluar dari lubang sekitar perigi tersebut. Dalam pada itu, pasukan penyelamat terpaksa menggali perigi berkenaan sepanjang malam bagi menjalankan operasi menyelamat.…