Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Misteri Rangka Aneh Seperti ‘Facehugger’ Ditemui Di Pantai | Misteri rangka aneh berupa “Facehugger from Alien” ditemui oleh seorang lelaki ketika berjalan di pantai Hampshire, England baru-baru ini, lapor The Mirror. Lelaki berkenaan, Julis Barker berjalan bersama anjingnya di Gasport di pantai Hill Head dan Lee On Solent ketika kejadian berlaku. Julis berkata bahawa anjingnya membuatkan dia tertanya-tanya apa bendalah sinar (cahaya terpantul) itu, jadi Julis fikir itu hanyalah rangka ikan pari. Julis berkata lagi, badan rangka tersebut kelihatan seperti tulang rawan. Kulit yang ditinggalkan sangat kecut dan kering. Difahamkan, Barker telah mengambil gambar rangka tersebut dan memuat naik ke laman…

Read More

Tangan Wanita Terpaksa Dibedah Disebabkan Digigit Labah-Labah | Seorang wanita terpaksa menjalani pembedahan kecemasan selepas digigit oleh labah-labah di rumahnya, lapor Metro UK. Anya Cantrell, 20, mula sedar tentang gigitan labah-labah di tangannya itu sewaktu bangun tidur di rumahnya yang terletak di Chichester, West Sussex. Pada mulanya, dia beranggapan kesan gigitan tersebut tidak begitu serius, namun ia mula bertambah teruk selepas dua hari dan menyebabkan tangannya membengkak. Walaupun Anya telah diberikan antibiotik, ia masih tidak berkesan dan dia mula berasa sakit yang teruk, lapor Metro UK. Ekoran daripada itu, wanita tersebut perlu menjalani pembedahan pada 10 Januari lalu untuk membuang…

Read More

Lelaki Takut Beritahu Isteri Buang Kerja, Berlakon Pergi Kerja | Seorang penganggur di Hong Kong yang dipecat tahun lalu nekad menghabiskan beberapa bulan untuk berpura-pura pergi bekerja setiap hari kerana takut nak beritahu isteri dan keluarganya tentang nasibnya. SCMP melaporkan, kesusahan lelaki yang berusia 46 tahun itu dikatakan serupa dengan filem Tokyo Sonata pada tahun 2008, sebuah filem Jepun yang menggambarkan kehidupan rakyat biasa yang terkesan dengan kemelesetan ekonomi. Selepas berhempas-pulas memohon hampir semua pekerjaan yang serupa dengan pekerjaan lamanya di laman web pekerjaan Hong Kong, dia masih tidak menerima apa-apa maklum balas, menurut Office Daily. “Saya fikir telefon saya rosak…

Read More

Mandi Lumpur Di TikTok Untuk Duit | Polis Nusa Tenggara Barat (NTB) menyiasat pemilik akaun TikTok yang memaparkan video wanita dipercayai berstatus ibu dan nenek yang mandi air lumpur. Berdasarkan semakan Kompas, kira-kira 30 video seumpamanya dengan menampilkan individu berbeza disiarkan di media sosial itu. Jurucakap polis NTB, Artanto berkata, pemilik akaun itu berasal dari Desa Setanggor, Praya Barat, Lombok Tengah. Beliau berkata bahawa pada Selasa, 17 Januari 2023, anggota Subdit Siber melakukan profiling dan menemukan pemilik akun TikTok @intan_komalasari92 itu berada di Desa Setanggor, Kecamatan Praya Barat, Kabupaten Lombok Tengah. Artanto berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap pemilik akun…

Read More

Bayi 2 Bulan Meninggal Lepas Diberi Minuman Campuran Herba | Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah ungkapan paling sesuai menggambarkan situasi yang dilalui seorang wanita ini apabila terpaksa menerima hakikat bayi kesayangannya ‘pergi’ buat selama-lamanya disebabkan kecuaian keluarganya sendiri. Menurut sumber, anak kecil yang baru berusia 54 hari itu disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas dan jangkitan paru-paru. Bercerita dengan lebih lanjut, Puan Aya akui sangat terkilan dengan sikap keluarganya yang sesuka hati memberi anak kecil itu minum air ramuan herba campuran daun kacang botol serta kencur. Meskipun Puan Aya sudah melarang dan memberitahu ramuan tersebut tidak…

Read More

Enam Termasuk Tiga Budak M@ut Akibat Layang-layang | Sekurang-kurangnya enam maut ketika festival layang-layang pada perayaan Uttarayan di Gujerat, India selepas leher mereka terbelit dengan tali permainan itu. Daily Star melaporkan polis tempatan pada Isnin mengesahkan tiga lelaki dewasa dan tiga kanak-kanak terkorban, manakala 176 orang lagi turut mengalami kecederaan akibat luka dan terjatuh semasa menerbangkan layang-layang. Menurut TribuneIndia, kejadian itu berlaku pada hujung minggu apabila orang ramai berpusu-pusu ke teres dan bumbung untuk menyaksikan perayaan itu. Beberapa tali tajam layang-layang itu tersangkut dan terbelit pada leher mangsa, menyebabkan mereka mati dalam keadaan mengerikan, kata pegawai dari Bortalav. Seorang mangsa berusia…

Read More

Pelakon Terkenal Didakwa Tumbuk & Tendang Penghuni | Seorang pelakon popular yang ditahan berikutan didakwa melakukan perbuatan menumbuk dan menendang penghuni di sebuah kondominium di Segambut akan dihadapkan di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, lapor Astro Awani. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pelakon berusia 38 tahun itu didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Asisten Komisioner Beh berkata dalam kenyataan pada Selasa bahawa dia akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 9 pagi, pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Kejadian didakwa berlaku pada 16 Jun tahun lalu di mana media melaporkan pelakon…

Read More

Puluhan Cedera Akibat Kapal Tangki Meletup | Berpuluh-puluh orang dilaporkan cedera apabila sebuah kapal tangki minyak meletup di wilayah Samut Songkhram, Thailand pada Selasa, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan. Insiden berlaku kira-kira 9.15 pagi waktu tempatan apabila kapal tangki minyak itu berlabuh di limbungan Sungai Mae Klong di daerah Muang sebelum meletup dan menyebabkan kebakaran, menurut akhbar tempatan Thailand Matichon. Beberapa pekerja dilaporkan hilang manakala kediaman yang berada di sekitar kawasan terbabit dilaporkan rosak teruk. Pasukan penyelamat sedang berusaha mengawal kebakaran dan memindahkan mangsa yang cedera. Sumber: Harian Metro Artikel Lain 8 Pekerja Hilang Selepas Kapal Tangki Minyak…

Read More

Lelaki Tipu Isteri Sambut Tahun Baharu Dengan Kekasih Gelap | Mahu sambut Tahun Baharu bersama kekasih gelap, seorang lelaki di Australia sanggup mereka cerita mengenai penculikannya sendiri sekali gus menipu isteri tercinta. Suspek, Paul Iera, 35, telah ditahan oleh pihak polis pada Khamis lalu (12 Januari) atas dakwaan sengaja memalsukan pengakuan tentang kes penculikan itu. Hasil siasatan polis mendapati, Iera keluar daripada rumahnya sekitar jam 11:45 malam waktu tempatan pada 31 Disember tahun lalu sebelum menyambut Tahun Baharu pada malam yang sama. Difahamkan, suspek memberitahu isterinya bahawa dia ingin berjumpa dengan seorang rakan lelaki di Dapto yang terletak di selatan…

Read More

Batu Hempap Kereta, Panggilan Telefon ‘Selamatkan’ Nyawa Lelaki | Ajal belum tiba, itulah yang dilabelkan kepada seorang lelaki yang terselamat daripada tanah runtuh apabila dia meninggalkan keretanya untuk menjawab panggilan telefon dalam kejadian yang berlaku di Malibu, California, lapor The Mirror. Lelaki berkenaan, Mauricio Henao yang berasal dari California mengatakan bahawa dia hampir kehilangan nyawa ekoran kereta miliknya dihempap batu besar. Tambahnya, dia meninggalkan keretanya untuk menerima panggilan telefon sebelum mendengar bunyi batu yang bergelimpangan di lereng bukit. Mauricio menjelas bahawa dia baru sahaja mendengar dentuman kuat, dia melihat keretanya telah remuk. Batu itu sebesar bumbung telah menghempap kereta Mauricio. Cermin depan…

Read More