Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Murid yang bertindak merosakkan harta benda sekolah di Seberang Perai Selatan (SPS), Pulau Pinang pada hari akhir sesi persekolahan, semalam, akan dibabitkan dalam khidmat komuniti sebagai intervensi sahsiah dan adab bagi memastikan perkara sama tidak berulang. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas pihak sekolah memanggil murid yang terbabit bersama waris mereka, hari ini bagi membincangkan isu berkenaan. JPN negeri itu berkata, pihaknya amat kesal dengan kejadian itu dan akan memastikan ia diberi perhatian yang serius oleh pihak sekolah. “Langkah didikan akhlak serta pencegahan segera akan diambil bagi memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi,” katanya dalam kenyataan, hari…

Read More

Tindakan seorang penghantar makanan mengambil gambar dan video seorang wanita sedang mandi membawa padah apabila dia didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis. Mohd Khalis Rusli, 32, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim. Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara empat bulan, jika gagal membayar denda tersebut. Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa telah mengaibkan kehormatan seseorang wanita berusia 28 tahun, dengan cara mengambil gambar dan video mangsa sedang mandi melalui telefon, di sebuah unit pangsapuri di Jalan Tasik Permaisuri, di sini pada jam 3 pagi, 13 Januari lalu. Pertuduhan dibuat…

Read More

Pelajar sekolah dan warga Orang Kurang Upaya (OKU) kini boleh menikmati perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) secara percuma sepanjang masa menerusi pas perjalanan tanpa had MyRailLife yang dilancarkan hari ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata pas perjalanan percuma MyRailLife itu khusus untuk pelajar sekolah tahun satu hingga tingkatan enam serta OKU bagi perkhidmatan KTM Shuttle Timuran Sektor Gemas-Tumpat-Gemas, KTM Komuter Sektor Lembah Klang dan KTM Komuter Sektor Utara. “Selain memanfaatkan pelajar sekolah dan OKU, pas ini dapat meringankan beban kewangan ibu bapa selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengawal kos sara hidup,” katanya pada sidang media pelancaran MyRailLife…

Read More

Perasaan bimbang sepasang suami isteri akan nasib anaknya yang dilaporkan hilang dalam ladang sawit bertukar lega apabila ditemui selamat oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), di sini kurang daripada 24 jam. Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, kanak-kanak tersebut ditemuikan selamat dari jarak 2 kilometer mangsa dilaporkan hilang dan tiada cedera yang teruk pada badan mangsa. “Pasukan penyelamat telah menemukan kanak-kanak tersebut sekitar jam 1:14 petang tadi dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang kecederaan teruk. “Operasi SAR tersebut juga dibantu bersama satu unit K9, sejak jam 9 pagi tadi,” katanya. Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan…

Read More

Insiden pergaduhan antara seorang penghantar makanan bersama sekumpulan individu yang tular di media sosial adalah dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati akibat bunyi bising muzik. Pendedahan tersebut dibuat oleh seorang individu di laman sosial yang memaklumkan sebelum berlaku insiden tersebut, dia bersama ahli keluarganya telah mengadakan satu majlis hari keluarga di sebuah resort di Batu Pahat, Johor. Jelas individu tersebut, keluarganya telah menempah keseluruhan kawasan resort terbabit dan pihak pengurusan juga mengesahkan tempahan yang dibuat selama tiga hari dua malam. Tambahnya, pihak pengurusan tempat tersebut turut memaklumkan bahawa orang ‘luar’ tidak dibenarkan masuk. “Pada hari kedua kami ada buat…

Read More

Ibu bapa yang mendakwa yang bahawa anak mereka – seorang pelajar tingkatan tiga yang dikatakan cuba ditukar agama oleh seorang guru  – menolak alasan pihak sekolah bahawa dakwaan tindakan guru tersebut cuma sebagai satu gurauan. “Ketika kami berjumpa pihak sekolah mereka memberitahu bahawa cikgu itu mungkin bergurau sahaja. “Kami tidak sama sekali menerima alasan pihak sekolah bahawa perbualan cikgu itu sekadar gurauan. “Sekadar gurauan mungkin sekali dua sahaja. Bukan selama enam bulan, sehingga mencadangkan nama Islam untuk menukar agama,” kata Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia Arun Dorasamy yang  mewakili pihak keluarga. Sehubungan itu, keluarga itu menuntut supaya kerajaan, khususnya,…

Read More

Seorang lelaki dikhuatiri lemas sementara rakannya terselamat ketika mandi di Batu 12, Sungai Pisang Gombak, di sini, semalam. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya terima panggilan jam 6.57 petang dan tiba di lokasi jam 7.30 malam. Beliau berkata, tiga pegawai dan tujuh anggota bomba Dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian. “Laporan awal membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 20-an dibawa arus deras ketika mandi bersama rakannya susulan hujan lebat. “Rakannya masih terkandas di seberang Sungai berkeluasan 20 meter. “Kerja menyelamat dan mencari mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam…

Read More

Mayat bayi perempuan dipercayai baharu dilahirkan ditemukan di perkarangan sebuah masjid di Jemapoh, Juasseh, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, mayat bayi yang ditemui kira-kira 4.30 petang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam. “Polis menerima maklumat daripada seorang lelaki berhubung penemuan mayat bayi yang dibalut dengan kain dan diletakkan di dalam beg berwarna kuning dalam keadaan tidak sedarkan diri. “Polis segera ke lokasi bagi melakukan siasatan dan pasukan perubatan mengesahkan bayi berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan, semalam. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan…

Read More

Hasrat seorang kanak-kanak lelaki menyelamatkan rakannya yang dihanyutkan arus deras berakhir tragedi apabila dia ditemukan lemas berhampiran longkang di Jalan Ukay Perdana, Ukay Perdana, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Wan Muhammad Ammar Wan Mohd Noor Hafizan berusia lapan tahun ditemui di tebing batu kira-kira 200 meter dari lokasi dia terjatuh ke dalam longkang sedalam 1.2 meter. Ibu mangsa, Noraliza Yusoff, 34, berkata, ketika kejadian, dia dan suaminya, Wan Mohd Noor Hafizan Wan Mustafa, 41, berada di rumah mereka di Apartmen Sri Puteri, Ukay Perdana. “Sebelum kejadian, Ammar ada memaklumkan mahu bermain bersama rakan di luar. “Namun, saya…

Read More

“Saya bertugas demi Malaysia, keluarga juga sudah merestui. Harapan saya (dapat) pergi dan balik dengan selamat,” kata Cef Tentera Koperal Azizul Muhammad, 31. Beliau yang baru menimang anak kedua 15 hari lalu antara 41 anggota membabitkan 16 pegawai dan 25 anggota lain-lain pangkat daripada kumpulan terakhir pasukan Hospital Medan Malaysia (HMM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Operasi Starlight II (Op Starlight II) ke Turkiye untuk membantu mangsa gempa bumi di negara itu. Katanya, beliau ditugaskan untuk bersama di HMM ATM di Turkiye itu untuk penyediaan makanan dan katering. Sementara itu, walaupun masih berpantang, isterinya Nur Izzatie Rahim, 35, yang…

Read More