Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Perbicaraan kes Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella akan tetap diteruskan hari ini meskipun Pengasas Rumah Bonda itu tidak diwakili peguam. Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi membuat penetapan itu selepas tidak mahu lagi bicara bela diri itu ditangguhkan. Hakim Izralizam turut mengulangi prosiding itu perlu diteruskan seperti tarikh ditetapkan bagi memastikan Siti Bainun dapat menyelesaikan pembacaan pernyataan saksi hampir setebal 200 muka surat itu hari ini dan esok. Semasa prosiding, Hakim Izralizam bertanya kepada Siti Bainun adakah sudah mempunyai peguam bela dan tertuduh menjawab sudah berjumpa dengan peguam daripada Yayasan…

Read More

Seorang wanita meluahkan rasa kesal apabila roti burger yang dibeli dari sebuah restoran makanan segera di sini didapati berkulat manakala ayamnya pula telah berbau. Wanita yang dikenali sebagai Dhia Fadhila memuat naik gambar makanan itu menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya pada Selasa. Jelas wanita tersebut, status itu dimuat naik kira-kira jam 6.30 petang selepas kecewa dengan keadaan makanan yang diterima. “Ambe (saya) bukan nak buka aib orang! Ambe (saya) kecewa dengan kejadian hari ning (ni). Berasa nak makang (makan) ayam punya pasal. Tapi ni yang ambe (saya) dapat dengan harga yang dibayar. “Ambe (saya) dapat roti keras kejung, berkulat,…

Read More

Seorang lelaki yang disangkakan mabuk, rupa-rupanya mengalami masalah tulang rawan tergelincir (slip disc) sehingga terbaring sambil meraung kesakitan di hadapan pintu masuk sebuah kondominium. Menerusi video yang dimuat naik di akaun @Bohjankl, lelaki itu dilihat tidak mampu bergerak kerana terlampau sakit dan meraung meminta tolong. “Pagi tadi, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, ada seorang lelaki tiba-tiba terjatuh depan aku selepas itu meraung. “Aku sangka dia mabuk sebab sudah pukul 5 pagi. Rupa-rupanya dia meraung kesakitan sebab ‘slip disc’. “Sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan, tetapi kali ini diserang semula selepas turun daripada motosikal,” tulisnya di dalam video itu. Menurtnya,…

Read More

Kira-kira 39 keluarga hilang tempat berteduh apabila satu blok Rumah Panjang Bujang di Rantau Kiran, di sini, musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini. Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.48 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dengan bantuan Pasukan Bomba Sukarela Nanga Mendamit bergegas ke lokasi. “Sebaik sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah panjang dua tingkat itu. “Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan air dari jentera bomba berikutan berdepan kesukaran kerana kawasan berkenaan…

Read More

Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di sebuah bekas lombong berhampiran tapak projek perumahan di Cybersouth, di sini, kelmarin. Mayat lelaki dipercayai warga asing itu ditemui seorang individu yang ingin memancing di kawasan tebing bekas lombong kira-kira 2.30 petang. Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, individu berkenaan melihat satu objek menyerupai manusia dalam keadaan terapung pada jarak kira-kira 300 meter. Menurutnya, saksi menghampiri objek berkenaan dan mendapati mayat seorang lelaki lengkap berpakaian. “Saksi kemudiannya menghubungi balai polis Dengkil dan sepasukan forensik bersama tiga anggota hadir ke lokasi kejadian. “Pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat…

Read More

Polis menahan seorang pelajar lelaki warga Palestin yang dipercayai mengintai sebuah rumah didiami pelajar wanita warga tempatan di Mutiara Ville di Cyberjaya, dekat sini. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata mangsa membuat laporan setelah mendapat maklumat daripada jiran bahawa terdapat seorang lelaki disyaki berbangsa Arab mengintai rumahnya. “Lelaki itu membuka cermin tingkap tandas dan berdiri di ruang tepi untuk mengintai dan mengambil seluar milik rakan serumah wanita itu. Perbuatannya dirakam oleh jiran pengadu dan lelaki itu telah melarikan diri,” menurutnya dalam kenyataan kelmarin. Beliau berkata, mangsa kemudian membuat pemeriksaan di bahagian balkoni belakang dan…

Read More

7-Eleven telah meminta maaf atas tindakan salah seorang stafnya yang telah menggunakan kain mop untuk membersihkan oven microwave di salah satu cawangannya. Permohonan maaf tersebut telah dikeluarkan dalam satu pernyataan yang telah dimuatnaik di ruangan komen pada artikel laman Facebook NST Online tentang masalah ini. “Ini adalah satu pelanggaran yang jelas terhadap protokol sanitasi kami dan tidak mencerminkan piawaian tinggi yang telah kami usahakan untuk dikekalkan di semua kedai kami. “Kami memahami kepentingan menjaga persekitaran yang bersih dan selamat untuk pelanggan kami, dan kami memberi jaminan kepada anda bahawa tindakan segera telah dilakukan terhadap staf tersebut untuk memastikan perkara ini…

Read More

Mayat remaja yang hilang ketika mandi bersama rakannya di Pantai Batu Layar semalam berjaya dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi mangsa dilaporkan lemas. Mayat Hani Suefyan Hanizam, 16, dijumpai pukul 5.20 petang tadi selepas kira-kira satu jam lebih azan dilaungkan bapa saudaranya Abdul Rahim Hashim, 26, di pantai berkenaan yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat mangsa ditemui pasukan penyelamat yang menyambung semula operasi SAR pada pukul 3 petang kelmarin. “Hasil operasi SAR pada hari kedua, kita berjaya menemukan mangsa yang hilang dan disahkan telah meninggal dunia disyaki…

Read More

Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemukan di perairan berhampiran Pulau Perhentian di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, mayat itu dijumpai kira-kira 11 kilometer (km) dari pulau tersebut. Menurut beliau, mayat wanita berkenaan dijumpai seorang pemancing yang kemudian memaklumkan kejadian kepada pihak polis di Balai Polis Pulau Perhentian. “Pemancing itu bertindak menarik dan mengikat mayat tersebut di sebuah unjang bagi mengelakkan daripada hanyut sebelum membuat laporan polis. “Memandangkan cuaca buruk, pihak polis hanya dapat ke lokasi kejadian, hari ini dan menemukan mayat wanita itu masih terapung berdekatan…

Read More

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, atas pertuduhan memukul bapa kandungnya menggunakan topi keledar sehingga cedera, kerana berang disuruh tinggal berasingan dan berdikari, minggu lalu. Tertuduh, C Kaviarasan, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan topi keledar terhadap bapanya, S Chandran, 58, di sebuah rumah di Taman Seri Telok Emas, kira-kira jam 7 pagi 12 Januari lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 236A akta sama, yang boleh dikenakan hukuman…

Read More