Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana aksi antarabangsa, termasuk temasya Sukan SEA Kemboja 2023, Mei ini. Ia selepas Hanis didapati bersalah kerana memuat naik ciapan di Twitter yang berbaur perkauman berhubung konsert artis dan komposer dari India, AR Rahman pada 28 Januari lalu. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat hasil mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu. Hasil daripada siasatan dan penjelasan yang membabitkan Hanis dan jurulatih pasukan kebangsaan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim, jawatankuasa siasatan MSN dan KHM…

Read More

“Walaupun berlaku gegaran kecil, ia menakutkan saya. Saya masih lagi trauma,” kata Zahirul Amin Mohamad, 21, mahasiswa Universiti Gaziantep, yang kini berada di bawah jagaan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turkiye. Mengimbau detik sebelum gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin lepas, Zahirul yang mengikuti pengajian Sejarah Islam di universiti berkenaan berkata ketika kejadian, dia sedang menonton televisyen. “Kami sering mengalami gegaran kecil di sini (Gaziantep), sekali sekala. Jadi, saya tidak ambil kisah pada mulanya. Tapi pada Isnin, selepas beberapa gegaran kecil, ia berlainan sekali. Kami betul-betul bergoncang (gegaran yang sangat kuat). “Pada mulanya,…

Read More

Akibat tidak berpuas hati tindakan seorang guru lelaki mendorong anak lelakinya memeluk agama Islam, seorang ibu bertindak membuat laporan polis, kelmarin. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, laporan tersebut dibuat seorang wanita tempatan pada pukul 10.21 pagi. “Wanita tersebut melaporkan, seorang guru lelaki telah mendorong anak lelakinya yang berusia 15 tahun memeluk agama Islam. “Akibat tidak berpuas hati tindakan guru itu, ibu pelajar tersebut tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Zam Halim, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298A dan 505(b) Kanun Keseksaan. “Siasatan terperinci sedang dilakukan berhubung kejadian ini…

Read More

Situasi semasa Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan, dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu merumitkan usaha pencarian dan penyelamatan mangsa gempa bumi yang melanda dua negara, Syria dan Turkiye. Bagi masyarakat di Syria, mereka mungkin sudah bersedia dengan pelbagai risiko serangan atau pengeboman yang membadai bumi Anbiya itu. Namun ketika usaha pencarian dan penyelamatan runtuhan bangunan susulan gempa di Syria iaitu menfokuskan kepada Idlib dan Aleppo, pasukan penyelamat berjaya menemukan dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan. Melalui perkongsian di laman Twitter oleh seorang wartawan Zuhair Alamosa, dia menceritakan detik-detik penyelamatan di bawah runtuhan. Apa yang meruntun hati…

Read More

Angka korban terbaharu akibat gempa bumi dahsyat di tenggara Turkiye dan sempadan Syria pada Isnin lalu sudah melepasi 7,800 orang. Reuters melaporkan sebanyak 5,894 kematian direkodkan di Turkiye, manakala di Syria lebih 1,900 kematian dilaporkan. Angka kematian dijangka terus bertambah selepas banyak lagi mayat ditarik keluar dari sisa runtuhan bangunan. Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa jumlah kematian di kedua-dua negara itu boleh melepasi 20,000. Ketika ini pasukan penyelamat turut berdepan kesukaran dan bergelut dengan cuaca sejuk dalam usaha menyelamatkan nyawa mangsa yang masih terperangkap. Semalam, Presiden Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan bagi 10…

Read More

Insiden kecuaian seorang jururawat di Hospital Muhammadiyah Palembang (RSMP) di Indonesia sehingga menyebabkan jari kelingking seorang bayi putus mencetuskan kemarahan orang ramai, lapor laman berita Suara.com. Mangsa dibawa ke hospital akibat demam panas, manakala kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa mangsa membuat laporan ke Pusat Khidmat Bersepadu Polis Kota Palembang. Suparman, 38, mendakwa seorang jururawat berinisial DN cuai sehingga menyebabkan bayinya mengalami kecacatan kekal. Jari kelingking mangsa terpotong ketika proses menukar saluran terapi intravena (IV). “Ketika hendak menukar IV, jururawat itu diingatkan untuk membuka balutan, tetapi dia sebaliknya menggunakan gunting,” kata Suparman. Timbalan Pengarah HR dan AIK RSMP, Muksin berkata,…

Read More

Seorang lelaki ditemui tidak sedarkan dalam sebuah rumah berkunci dalam kejadian di Penampang Baru pagi tadi. Ekoran kejadian itu, orang awam menghubungi pasukan bomba untuk membantu membuka pintu rumah terbabit. Sebaik berjaya dibuka, mangsa yang dikenali sebagai Sulaiman @ Arman Mosrih, 48, bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 8.38 pagi. “Sepasukan lapan anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian. “Pusat Gerakan Operasi Sabah menerima panggilan kecemasan rumah terkunci membabitkan seorang mangsa…

Read More

“Hati ibu mana yang tidak pilu lihat keadaan anak yang melecur hampir seluruh badan disebabkan asid,” kata ibu kepada kanak-kanak yang cedera dalam kejadian letupan paip sinki di rumahnya di Kota Perdana, Seri Kembangan, Serdang, semalam. Menceritakan semula kejadian itu, Nurul Shaszamul Hidayah Mohd Sham, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 9 malam, mereka sekeluarga mahu menikmati makan malam. “Ketika itu, anak ketiga saya, Muhammad Haidar Munir, 9, sedang menggoreng telur di dapur ditemani adiknya, Marissa Nur Humaira Munir, 7. “Tiba-tiba, kami terdengar letupan kuat di dapur. Kami sangkakan bunyi gas memasak meletup sebelum terhidu bau asid yang kuat dan…

Read More

Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diikat ketika ditemui pihak berkuasa dalam sebuah rumah yang tidak diawasi. Kejadian yang difahamkan berlaku di Kabupaten Timor Tengah Selatan, Indonesia tersebut tular selepas satu video berdurasi 2 minit 51 saat yang dimuat naik pada Isnin. Dalam rakaman tersebut, kelihatan sekumpulan penduduk dan pihak berkuasa memasuki sebuah rumah kayu sebelum menggeledah salah satu bilik. Usaha tersebut akhirnya memperlihatkan seorang kanak-kanak berbaju kuning diikat dan ditinggalkan di atas lantai dengan keadaannya yang tidak terurus. Melihat keadaan kanak-kanak malang itu, salah seorang pegawai terus mendokongnya dan dibawa ke perkarangan rumah…

Read More

Kewujudan makhluk halus di dunia ini sudah biasa didengari orang ramai. Lebih-lebih lagi apabila yang menceritakan kisah tersebut adalah orang-orang tua yang tinggal di kampung. Orang yang mempunyai ‘deria keenam’ dan juga paling tidak jangka ialah penghantar makanan (rider) atau pemandu e-hailing seperti Grab. Baru-baru ini, seorang pemandu Grab bernama Muhammad Noor Izaat berkongsi cerita seram. Berhubung ‘entiti’ misteri yang dikatakan ‘berlakon’ menjadi penumpang di satu kawasan terpencil. Dalam hantaran Facebook lelaki itu, dia menceritakan bagaimana interaksi antara mereka meninggalkan kesan yang mendalam. Sehingga Noor Izaat masih berasa merinding dan seram sejuk apabila mengingati balik kejadian ngeri itu. Rambut panjang,…

Read More