Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Tindakan pantas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang terkunci di dalam sebuah kereta di Jalan Sultanah, Taman Uda Alor Setar, dekat sini pada petang Selasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba Ahmad Naufal Abdullah berkata, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit membuka pintu kereta dengan menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa berusia enam tahun itu. Menurutnya, seorang pegawai dan tujuh anggota telah digerakkan ke lokasi selepas Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah menerima panggilan Kecemasan. “PGO menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan menerima panggilan kanak-kanak terkunci di…

Read More

“Kami sekeluarga sangat berharap ayah segera ditemui dan sentiasa dalam keadaan selamat. Kami sangat bimbangkan keadaanya di sana,” kata Muhammad Nabel Musthafa Kamal. Muhammad Nabel, 26, adalah anak kepada jemaah umrah, Musthafa Kamal Abdullah, 49, yang dilaporkan hilang di Makkah hampir sebulan lalu. Katanya, bapa pergi ke Tanah Suci bersama adiknya, Muaz, 17, pada 6 Disember lalu dan dijangka pulang ke tanah air pada 18 Disember. Bagaimanapun katanya, bapanya dilaporkan hilang pada 12 Disember selepas adiknya menyedari bapa mereka tiada di bilik hotel di Makkah. “Mereka baru pulang dari Madinah dan tiba di hotel kira-kira 7 malam. Mereka sempat makan…

Read More

Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin. Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, kesemua mangsa daripada lima keluarga itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Seorang mangsa, Junita Mohamad, 25, berkata, jeritan jiran tersebut mengejutkan mereka yang sedang nyenyak tidur. Dia yang tinggal menyewa di kediaman itu bersama-sama ahli keluarga bergegas keluar menyelamatkan diri kerana kebakaran di bangunan tersebut marak dengan pantas hanya dalam kira-kira 10 minit. “Selain golongan dewasa, dua daripada penghuni merupakan bayi berusia 12 bulan serta tiga kanak-kanak adalah…

Read More

Beberapa rakaman video mengenai kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Miri, Sarawak tular sejak awal pagi Isnin. Kejadian itu dipercayai berlaku di Bintang Megamall baru-baru ini dan rakaman video tersebut dimuat naik semula seorang individu ke dalam satu laman Facebook yang dikenali sebagai We Are Malaysian. Dalam video tersebut memaparkan seorang lelaki tidak berbaju memecahkan cermin depan sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna putih menggunakan kayu besbol. Seorang lagi rakannya turut dilihat menendang pintu kereta tersebut. Dalam video berasingan, turut kelihatan beberapa orang wanita dilihat cuba mententeramkan seorang lelaki yang berada di lokasi…

Read More

VIRGINIA: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditahan polis selepas dia didakwa dengan sengaja menembak guru darjah satu di sekolah rendahnya sehingga berada dalam kritikal. Menurut laporan DailyMail.com, kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang (waktu tempatan) kelmarin. Polis Newport News menahan murid berkenaan dan dia berada di bawah jagaan mereka selain identitinya tidak didedahkan kepada umum. Guru wanita yang belum dikenal pasti itu berusia 30-an dilaporkan ditembak di bahagian perut serta dibawa ke Pusat Perubatan Wilayah Riverside. Ketua Polis Newport News , Scott Drew berkata, suspek yang ditahan itu merupakan kanak-kanak berusia enam tahun dan sekarang di bawah jagaan polis. “Ini bukan satu kejadian…

Read More

Seorang kanak-kanak lelaki melecur di bahagian badan sebelah kanan dari bawah ketiak hingga ke paha akibat bermain api di timbunan sampah berhampiran rumahnya di Kampung Parit Kudus, Pontian Jumaat lalu. Bagaimanapun, setelah lima hari berlalu, mangsa berusia sembilan tahun itu tidak dibawa ke hospital oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan rapi. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohd. Shofee Tayib berkata, perkara itu terbongkar selepas pengadu yang merupakan rakan kepada ibu mangsa membuat laporan polis Balai Polis Pontian. Beliau berkata, pengadu mengetahui mengenai perkara itu menerusi kumpulan whatsapp keluarga apabila nampak gambar anak lelaki kepada kenalannya yang dikenali sebagai Syikin. Katanya,…

Read More

Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf didapati meninggalkan sebuah rumah sewa di sekitar Tanjong Karang di sini, dalam keadaan yang amat kotor dan rosak. Ketua Divisyen Komunikasi Korporat LZS, Datin Norajun Ainun Mohd Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terkesan dengan perkara itu yang tular di media sosial, baru-baru ini. “Tindakan seumpama itu dianggap menganiaya pemilik rumah sewa itu yang turut memberi kesan kepada asnaf lain sukar untuk menyewa pada masa depan. “Justeru, LZS mengingatkan semua asnaf yang menerima bantuan itu supaya amanah dan bertanggungjawab menjaga rumah sewa dihuni mereka,” katanya. Jelas beliau, pihaknya menyarankan pemilik rumah itu membuat aduan…

Read More

Empat sekeluarga sempat menyelamatkan diri dari kenderaan yang terbakar di kilometer 225, Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian itu, mereka sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun dalam perjalanan ke rumah mereka dari Pontian, Johor, ke Batu Caves, Selangor. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Penguasa Bomba Ahmad Hafiz Mat Junoh, pasukannya diketuai Penolong Bomba Kanan II, Mokhtar Ahmad bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 2.52 pagi. “Sebaik tiba, didapati memang benar berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Mercedez Benz300 SE (1993). “Pemandu kereta iaitu si suami menyedari terdapat api…

Read More

Kehadiran seekor tapir yang berkeliaran di aras lima tempat meletak kenderaan sebuah hotel mewah di Banda Hilir di sini, mencemaskan kakitangan dan pelanggan premis berkenaan. Difahamkan kelibat haiwan yang dipercayai sesat itu mula dikesan orang awam kira-kira pukul 9.04 pagi tadi. Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II Sofian Hassan berkata, tapir berkenaan dipercayai masuk ke tempat tersebut melalui laluan masuk kenderaan dan kemudiannya sesat tidak dapat mencari jalan keluar. Jelasnya, pihaknya mengalami sedikit kesukaran menangkapnya berikutan haiwan itu bertindak agresif. “Seramai lapan anggota dari BBP Melaka Tengah bergegas ke lokasi kejadian dan…

Read More

Seorang wanita memberi alasan sekadar mahu bersiar-siar sambil menyaksikan pertunjukan bunga api sempena malam sambutan Tahun Baharu 2023 ketika dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Taman Kemuning, di sini awal pagi tadi. Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Shariffudin Mat Saad, berkata hasil pemeriksaan mendapati wanita berusia 32 tahun berstatus janda itu turut membawa anak lelakinya berusia sembilan tahun untuk mengaburi perbuatannya itu. Beliau berkata, dia dan pasangannya yang berusia 22 tahun dan masih bujang itu dicekup pada jam 1.35 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) yang diketuai pegawai, Azwan Azman. Beliau berkata,…

Read More