Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Seorang wanita tergamak membakar ibu tirinya hingga warga emas itu melecur satu badan dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Suasana ketika pengebumian jenazah Nurhayati Dalimunthe di kampung halamannya di Rantauprapat, Labuhanbatu. Lebih menyayat hati, perbuatan itu dilakukan terhadap mangsa yang berumur 60 tahun ketika selesai menunaikan solat Subuh dan masih bertelekung. Dalam kejadian pada pukul 5 pagi, Jumaat lalu di Labuhanbatu Selatan, Sumatera Utara, Indonesia, suspek dan ibu tirinya dikatakan terlibat dalam pertengkaran namun tidak dapat dipastikan sebabnya. Ketua Polis Daerah Kanan Labuhanbatu, Ajun Komisaris Heri Sugiharto berkata, seorang lagi anak tiri mangsa yang tinggal berdekatan terdengar kekecohan dari rumah…

Read More

Kemeriahan kempen Pilihan Raya Umum Ke- 15 (PRU15) mula terasa apabila bendera parti-parti politik semakin rancak dipacak di kawasan Parlimen masing-masing. Pemasangan bendera parti ini boleh dianggap sebagai tradisi setiap kali menjelang pilihan raya kerana ia dapat menyemarakkan lagi semangat penyokong. Dalam kemeriahan kempen pilihan raya, media sosial tidak pernah sunyi dengan berita-berita vandalisme bahan kempen seperti menconteng poster, mencabut dan mengoyakkan bendera parti serta pelbagai berita kurang enak lain. Terbaharu, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter @nanmanjoi8715, tular rakaman aksi dua pemuda bermotosikal terlibat kemalangan jalan raya ketika melakukan vandalisme terhadap bendera yang dipacak di sepanjang jalan.…

Read More

Pasangan suami isteri cedera selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Terap, Sungai Tengas di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faiz Helmi berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung terperangkap pokok dan menghempap kereta pada jam 8.22 pagi. Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Serdang bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba mendapati sebatang pokok tumbang melintang jalan dan menghempap sebuah kereta Proton Wira Aeroback. “Pegawai operasi mengarahkan anggota supaya menstabilkan kecederaan mangsa yang mengalami pendarahan di tangan…

Read More

Sejak akhir-akhir ini dilihat menjadi ‘trend’ buat orang ramai melakukan aktiviti ekstrem, selain melawat kawasan menenangkan bagi merehatkan minda. Terbaharu, tular sebuah video di laman sosial Twitter sejak Jumaat memaparkan seorang wanita bersama bayinya sedang melakukan aktiviti flying foxdipercayai di Kuala Kubu Bharu, Selangor baru-baru ini. Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita terbabit mendukung anaknya dan memakai kelengkapan keselamatan tetapi dilihat tidak mempunyai ciri keselamatan tambahan. Berdasarkan kapsyen video oleh @My_CrimeWatch di Twitter, memberitahu jika kanak-kanak didedahkan kepada bahaya pihak terlibat boleh dikenakan hukuman denda dan dipenjarakan. “Akta Kanak-Kanak ada menyatakan sekiranya kanak-kanak didedahkan kepada bahaya yg boleh mengakibatkan kecederaan, pihak terlibat boleh dihukum denda…

Read More

Sejak kebelakangan ini, negara sering dilanda hujan lebat sehingga menyebabkan beberapa kawasan yang rendah dinaiki air hingga berlakunya banjir kilat. Dalam cuaca yang kurang baik, tular seorang penghantar makanan sanggup meredah banjir demi menghantar makanan kepada pelanggan baru-baru ini. Menerusi sebuah video tular di platform TikTok yang dimuat naik oleh @echa.cha__ memaparkan kegigihan seorang rider FoodPanda yang masih memenuhi permintaan pelanggan tidak kira dalam apa jua keadaan. @echa.cha__ada yang kenal kaaa 😆♬ សំឡេងដើម – 🇰🇭ជីវិតកូនកំព្រា🙂🥺 – 💓សាមណេរ 💓ផាន់នី 🇰🇭 Berdasarkan klip rakaman yang berdurasi 12 saat itu memaparkan penghantar makanan terbabit lengkap berpakaian baju hujan meredah air banjir berkenaan. “Terima kasih abang…

Read More

Perwatakan tegas dan garang sememangnya sinonim bagi individu yang bergelar bapa. Tujuan utamanya adalah untuk mendidik dan membentuk disiplin dalam diri anak-anak agar menjadi insan yang berguna dan mampu membanggakan keluarga apabila meningkat dewasa kelak. Namun sikap garang yang keterlaluan serta tidak bertempat amat tidak digalakkan kerana emosi anak akan terjejas dan memberi kesan mendalam terhadap tumbesaran mereka. Sebagaimana luahan seorang individu di laman ConfesstweetMY, dia berkongsi kisahnya dan lima adik-beradik lain yang dibesarkan dalam suasana yang agak tertekan gara-gara bapanya yang seorang yang panas baran. https://twitter.com/ConfessTweetMY/status/1590124251155410945?s=20&t=Cin_eY7iWDblkTNVL5H-mQ “Abah punya baran sampai kalau lambat hidang makan pun dia mengamuk pekik dekat…

Read More

Seorang bekas jururawat di Wisconsin menghadapi tuduhan jenayah selepas bertindak memotong kaki pesakit yang hampir mati tanpa arahan doktor. Portal Insider melaporkan, Mary K Brown, 38, bekas jururawat yang bertanggungjawab menjaga mangsa di Pusat Kesihatan dan Pemulihan Spring Valley di Spring Valley, Wisconsin, didakwa atas penderaan fizikal ke atas warga emas. Selain itu, dia didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan melakukan keganasan, menurut aduan jenayah yang disemak oleh saluran berita tempatan WQOW. Pesakit yang hampir maut berada di bawah jagaan Brown, mengalami luka beku (frostbite) yang teruk pada kedua-dua kakinya. Susulan itu, mangsa dimasukkan ke rumah jagaan pada Mac 2022…

Read More

Bagi golongan kurang berkemampuan di luar sana, kebiasaannya setiap negeri mempunyai institusi zakat yang membantu. Namun, segala proses untuk mendapatkan pertolongan itu bukan mudah selain perlu melengkapkan beberapa dokumen terlebih dahulu. Usaha yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Harraz Naufal untuk mendapatkan bantuan untuk salah seorang anakmya yang terlantar sakit dengan masalah kesihatan. Oleh kerana lelaki berkenaan hanya bekerja sendiri, dia dikehendaki untuk membuat surat pengesahan pendapatan terlebih dahulu dengan tok penghulu di kawasan yang diami. Sebelum datang berjumpa dengan tok penghulu, difahamkan bawa si bapa tersebut sudah memaklumkan terlebih dahulu akan hasratnya. Namun lain pula layanan yang…

Read More

Barang yang tertinggal atau ditinggalkan oleh tetamu setelah mendaftar keluar dari penginapan seperti hotel dan homestay bukanlah perkara baharu bagi pekerja yang bertugas. Sering terjadi apabila tetamu tertinggal pelbagai jenis barangan seperti pakaian, kasut, dokumen atau barangan berharga yang termasuk telefon bimbit. Namun kisah yang berlaku di homestay yang diusahakan oleh pemuda ini agak luar biasa apabila tetamu telah meninggalkan 30 biji telur itik. Pengusaha homestay berkenaan, Zakaria Nazir berkata bahawa dia menyediakan servis sewa penginapan di sebuah Semi-D dengan tiga bilik di Pendang, Kedah sejak pertengahan tahun 2021. Selain itu, Zakaria mengongsikan kisah lucu tersebut dengan memuatnaik video dalam…

Read More

Seorang lelaki didapati menghayun kakinya ke muka peniaga perempuan di sebuah kedai di Berjaya Time Square. Kejadian terbabit yang telah berlaku semalam telah menaikkan kemarahan netizen dan menggelar lelaki tersebut dayus kerana bertindak sedemikian. Bagi sesiapa yang pernah berkunjung ke Berjaya Time Square, mereka pastinya tahu bahawa sesetengah kedai dalam pusat beli belah itu mengamalkan polisi iaitu tidak membenarkan pelanggan untuk mencuba pakaian. Susulan itu, terbaharu kini, tular satu rakaman yang memaparkan beberapa individu yang dipercayai ‘naik angin’. Hal ini kerana lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk mencuba pakaian ketika berada di pusat beli-belah yang terkenal di ibu negara itu. ‘Customer…

Read More