Bagi golongan kurang berkemampuan di luar sana, kebiasaannya setiap negeri mempunyai institusi zakat yang membantu. Namun, segala proses untuk mendapatkan pertolongan itu bukan mudah selain perlu melengkapkan beberapa dokumen terlebih dahulu.

Usaha yang dilakukan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Harraz Naufal untuk mendapatkan bantuan untuk salah seorang anakmya yang terlantar sakit dengan masalah kesihatan.

Oleh kerana lelaki berkenaan hanya bekerja sendiri, dia dikehendaki untuk membuat surat pengesahan pendapatan terlebih dahulu dengan tok penghulu di kawasan yang diami.

Sebelum datang berjumpa dengan tok penghulu, difahamkan bawa si bapa tersebut sudah memaklumkan terlebih dahulu akan hasratnya.

Namun lain pula layanan yang diterima ketika kedua-dua pihak tersebut berjumpa di salah sebuah kedai kopi.

Susulan itu, tok penghulu yang bertugas dikatakan seolah-olah lepas tangan dan enggan menyediakan surat pengesahan tersebut.

Malah warga emas itu sempat mengeluarkan kata-kata kurang sopan sehimgga keadaan bertukar menjadi panas. Ditambah lagi dengan provokasi oleh rakan-rakan tok penghulu yang lain di situ.

“Ada yang menyampuk suruh lukis… Tok penghulu bercakap berpaling belakang sambil main carrom,” ujar bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Oleh kerana enggan berurusan lagi dengan lelaki tua tersebut, bapa tersebut lantas menggendong masuk anaknya kembali ke dalam kereta dengan penuh rasa kecewa.

@d00rmear

Cerita nya, 2hari sblm dh call tok ngulu ni minta buat surat pengesahan pendapatan sbb si mangsa kerja sendiri, nk minta bantuan utk anak nya yg sakit dh lama terlantar sakit sejak lahir sampai skrg bergantung pada bantuan oksigen, pergi ke maik utk minta bantuan, maik ckp perlu pengesahan pendapatan, so si ayah pergi berjumpa penghulu, dh 2 hari si ayah call penghulu, last penghulu ckp dtg kedai kopi, g sana penghulu ckp mana surat si ayah ckp xpandai buat surat sbb dulu dh minta ngan penghulu bg surat hanya tukar nama pastu penghulu cop, pastu kawan penghulu ckp xpandai tulis lukislah.. Si Ayah geram lalu meninggikan suara, lepas si ayah blah, tibe2 penghulu ckp ‘aku retap/pukul kan’ siayah naik angin dan kwn si tok ngulu pegang batang penyapu.. So si ayah balik naik kereta.. Nate tok ngulu jupo katok, keno ke waris sdri geram jgk ni.. #penghulu #yb #pru15 #umnomalaysia #pemudaumno #kotabharu #pas #pkr #pdrm

♬ original sound – Domey – Domey

Video yang dimuatnaik di akaun Tiktok yang bernama @dOOmear yang menceritakan kejadian itu berlaku telah menarik perhatian netizen dengan tontonan sebanyak lebih kurang 360,ooo orang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersedih melihat layanan yang diterima oleh bapa kepada kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, ramai yang meluahkan rasa bengang tatkala melihat reaksi ” tok penghulu” tersebut.

“Tok sidang tempat aku dulu sindir-sindir ayah tiem nak minta cop bantuan sekolah. Ayah aku cakap, nak kerja biar cara halal” kata salah seorang netizen yang menceritakan pengalamannya di ruang komen.

Bantuan kewangan yang diperlukan demi anaknya yang mempunyai masalah kesihatan tertangguh dan mengambil masa hanya kerana sikap tok penghulu yang lepas tangan dengan situasi bapa berkenaan.

Sumber : Kisah Dunia

Share.

Leave A Reply