Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Seorang Lelaki Maut Tersangkut Di Pokok Tualang Semasa Cari Madu Lebah | PASIR PUTEH – Seorang lelaki maut selepas tersangkut di atas pokok tualang setinggi 24 meter semasa mencari madu lebah di Kampung Cabang Tungkat, Bukit Lapan di sini kelmarin. Meninggal Dunia Sebelum Sampai ke Sarang Lebah Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Che Hussin Hassan, 62, atau dikenali sebagai Hussin Leboh meninggal dunia sebelum sempat ke kawasan sarang lebah di pokok tersebut. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.09 petang tadi. Menurutnya,…

Read More

Seorang Wanita Maut Digilis Lori Dan Anaknya Cedera, Motosikal Bergesel Dgn Lori | Seorang wanita maut digilis sebuah lori manakala anaknya cedera selepas motosikal dinaiki mereka bergesel dengan lori berkenaan di Kilometer 28 Jalan Temerloh-Bahau di sini hari ini. Cedera Parah Di Kepala Dan Lengan Mangsa, Maryaton Othman, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian kerana kecederaan parah di kepala dan lengan. Ketua Polis Daerah Bera, Suprintendan Zulkiflee Nazir berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Triang ke bandar Bera. “Apabila tiba di lokasi kejadian motosikal Honda Wave yang ditunggang mangsa bergesel dengan bahagian…

Read More

Tragedi Kepala Air : 9 Mayat Sudah Dijumpai Dan Satu Lagi Masih Hilang | KEMAMAN: Sembilan mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Blok 6 Sungai Air Putih di sini telah ditemukan setakat jam 1 tengah hari tadi. Cuma Seorang Masih Hilang. Satu daripada mayat itu telah disahkan identiti sebagai Muhammad Haziq Ziqree Karim 6 tahun, ditemui jam 11.05 pagi tadi. Mangsa ditemui di Sungai Teladas dan Sektor B operasi mencari dan menyelamat (SAR). Mayat Muhammad Haziq Ziqree telah pun dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih. Manakala enam lagi mayat belum disahkan identiti. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan ketika…

Read More

Seorang Penunggang Motosikal Meninggal Dunia Terperosok Bawah Kereta | KUANTAN – Seorang penunggang motosikal maut selepas terperosok di bawah sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan berhampiran susur keluar Felda Chegar Perah, Lebuhraya Central Spine Road (CSR), Lipis pada awal pagi Isnin. Mangsa Teperosok Bawah Kereta Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurutnya, pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis menerima laporan berhubung kemalangan itu jam 4.05 pagi. “Lapan anggota termasuk pegawai bersama jentera ke lokasi untuk bantuan menyelamat. “Sebaik tiba di lokasi…

Read More

36 Orang Pengunjung Cemas, Kabin Kaca Menara Taming Sari Tersangkut  | Melaka: Seramai 36 pengunjung berdepan detik cemas apabila kabin kaca Menara Taming Sari, di Banda Hilir, di sini, tersangkut pada ketinggian 60 meter, kelmarin. Terperangkap Lebih 20 Minit Difahamkan, kejadian berlaku jam 5.55 petang dan mangsa dikatakan terperangkap lebih 20 minit sebelum diselamatkan. Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari (MTS) Azlan Abidin berkata, kejadian berlaku ketika kabin itu berada di ketinggian kira-kira 60 meter dan dalam perjalanan turun. “Terdapat seramai 36 pelanggan termasuk lapan kanak-kanak dan masing-masing seorang warga emas serta orang kurang upaya (OKU) berada di dalam kabin…

Read More

Cemburu Bekas Isteri Ada Kekasih Baru, Seorang Lelaki Tikam Bekas Isteri 13 Kali Dlm Bilik  | KOTA BHARU: Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita berusia 42 tahun maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian, sekitar jam 3 pagi kelmarin. 13 Kesan Cedera Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa yang maut merupakan ibu kepada tiga orang anak serta berstatus ibu tunggal. Katanya siasatan awal pihak polis ke atas mayat mangsa menjumpai 13 kesan kecederaan di tubuh mangsa. Mangsa yang mempunyai tiga anak berusia dari 14 hingga 24 tahun itu telah berpisah dengan…

Read More

Tak Sempat Sambut Hari Raya Aidiladha,  Lelaki Maut Semasa Pergi Beli Barang Dapur |  KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang tukang kayu untuk membuat persiapan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha esok tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Jalan Paloh-Pulau Rusa berdekatan Jambatan Manir, Kuala Terengganu pagi tadi. Terperosok Bawah Lori Mangsa, Muhammad Fathihin Najmi Ruslan, 23 tahun, dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Kedai Buluh ke pasar untuk membeli barangan dapur. Dalam kejadian kira kira jam 8 pagi tadi, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar belakang sebuah lori rosak yang telah lama dibiarkan…

Read More

Wanita Warga Emas Ditemui Tanpa Pakaian Meninggal Dunia Kerana Lemas| SEGAMAT – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, di kawasan Sungai Segamat di Bandar Segamat, di sini malam semalam. Mayat Ditemui Oleh Orang Awam Menurut Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, mayat warga emas berusia 80an itu ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis kira-kira pukul 7 petang. “Pengecaman dilakukan waris mangsa mengesahkan bahawa ia adalah mayat waris terdekat, berdasarkan kepada raut wajah wanita itu sebelum keluar rumah dua hari lalu dan mayat mangsa dibawa ke…

Read More

Tanah Runtuh Di Jalan Simpang Pulai Di Cameron Highlands Akibat Hujan Lebat | Insiden tanah runtuh berlaku di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Cameron Highlands, di sini, lewat malam semalam akibat hujan lebat. Banyak Kereta Terkandas Sehingga jam 1.34 pagi tadi, banyak kenderaan yang melalui jalan itu terkandas. Difahamkan, kejadian runtuhan tanah itu berlaku pada jam 11.25 malam tadi di lokasi yang pernah berlaku insiden sama sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air, dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata kejadian malam tadi disebabkan jumlah aliran air permukaan yang tinggi akibat hujan lebat yang menyebabkan sisa tanah…

Read More

Suami Dan Bayi 10 Bulan Maut, Isteri Terselamat Dalam Kemalangan Dengan Treler | KUANTAN: Dua beranak maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 145 Jalan Kuantan-Johor Bahru, Rompin, awal pagi tadi. Bapa Dan Anak 10 Bulan  Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd Azahari Mukhtar, berkata dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu kereta PERODUA Myvi, Azirul Azeem Mazri, 30, dan anaknya, Muhammad Adhwa yang berusia 10 bulan. “Siasatan awal mendapati, kereta dipandu Azirul Azeem bersama isteri dan anak lelakinya dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuantan dipercayai…

Read More