Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Perlis Tahun 2023. | Alhamdulillah, Telah Tiba Kepada Kita Satu Bulan Yang Dinanti-nantikan Oleh Setiap Umat Islam Di Seluruh Dunia. Kedatangannya Sangat ditunggu Kerana Bulan Ini Menjanjikan Peluang Yang besar Untuk Seluruh Umat Islam Meningkatkan Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah SWT. Bulan Ramadan Adalah Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan Dan Kemuliaan. Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Maksudnya: Rasulullah SAW Memberi Khabar Gembira Kepada Para Sahabatnya Dengan Bersabda, “Telah Datang Kepadamu Bulan Ramadan, Bulan Yang Diberkati. Allah SWT Mewajibkan Kepadamu Puasa Didalamnya. Pada Bulan Ini Pintu-pintu Syurga Dibuka, Pintu-pintu Neraka Ditutup Dan Para Syaitan Diikat, Juga…
Author: Imannina
Petaling Jaya – Cubaan seorang kanak-kanak melarikan diri dari sekolah pada hari pertama sesi persekolahan kelmarin mencuit hati orang ramai. Menerusi rakaman yang dikongsi @Tiney_eny semalam memperoleh 100,000 tanda suka dan rata-rata ramai kagum dengan kelincahan kanak-kanak terbabit. Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak terbabit cuba meloloskan diri dengan cara menyelinap melalui lubang pagar sebelum ditangkap pengawal keselamatan sekolah. https://www.tiktok.com/@_tineyeny/video/7212498687799397659?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Difahamkan, kanak-kanak berkenaan bertindak bijak dengan menyidai dahulu tudung yang dipakainya di pagar sebelum melarikan diri. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan orang ramai berkenaan video tular itu. “Kesian dia mungkin tidak bersedia lagi untuk ke sekolah. Untuk para ibu, setahun…
KAJANG – Bekas pekerja sebuah syarikat jualan kenderaan yang bersenjatakan keris bertindak mengugut dan menjadikan jurujual wanita syarikat itu sebagai tebusan. Tindakan itu dibuat kerana berang apabila syarikat berkenaan tidak membayar komisen jualan kereta seperti yang dijanjikan. Majikan yang bergelut dengan suspek, cedera selepas terkena keris tetapi berjaya menangkap suspek dan menyerahkannya kepada polis yang tiba di lokasi tersebut di Jalan Semenyih Kawasan Perusahaan Beranang. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan itu pada jam 10.15 pagi pada 18 Mac lalu. “Suspek menggunakan keris dan mengarahkan dua pekerja mengikutnya sebagai tebusan ke lokasi yang…
Ampang: Gara-gara berang arahan memberhentikan kenderaan tidak diendahkan, lelaki bertindak menumbuk, menarik rambut dan menyepak seorang warga emas dalam kenderaannya di hadapan sebuah stesen minyak berhampiran sebuah pusat beli-belah, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, semasa memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa iaitu seorang doktor berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang, jam 10.30 pagi, semalam. “Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes berwarna putih. “Kemudian seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta…
SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini. Pernohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini. Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut. Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini. Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada…
Pertunangan atau perkahwinan ketika umur masih di bangku sekolah bukanlah budaya baharu dalam kalangan masyarakat kita. Meskipun ada sesetengah ibu bapa tidak bersetuju kerana masih muda lagi, namun siapalah kita untuk menafikan jodoh yang tertulis sejak di Luh Mahfuz lagi. Seperti diketahui umum, calon SPM 2022 baru sahaja menamatkan peperiksaan masing-masing pada bulan Mac ini. Ada yang settle awal, malah ada juga yang baru ‘merdeka’ pada minggu lepas. Namun rezeki jodoh awal gadis yang dikenali sebagai Zetty Aziz ini, dia telah disunting oleh lelaki pilihannya sejurus tamat SPM. Baru masuk usia 18 tahun, tapi pengantin dilihat cukup teruja bergelar isteri…
Kuala Lumpur: Tiga individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes khianat ke atas kenderaan milik dua kru penerbitan filem Mentega Terbang pada 16 Mac lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua individu yang dirakam keterangan adalah pemilik dua kenderaan yang terjejas dalam kejadian itu. “Seorang lagi individu yang dirakam keterangan adalah pengawal keselamatan bertugas ketika kejadian yang berlaku di Kajang. “Bagaimanapun, siasatan buat masa ini belum menunjukkan sebarang perkembangan positif dan pihak polis masih meneruskan siasatan,” katanya kepada ketika dihubungi, hari ini. Beliau turut memohon mana-mana saksi atau mereka yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan. Sebelum ini, media…
PETALING JAYA – Ramai pengguna tersentuh melihat kasih sayang seorang bapa yang sanggup menemani anak istimewanya menunaikan solat di sebuah masjid. Menerusi video yang dimuat naik @ric_callmeric di Twitternya, kelihatan ayah remaja orang kelainan upaya (OKU) itu menunggu dengan sabar sambil memerhati gerak-geri anaknya. https://twitter.com/ric_callmeric/status/1636713581604667392?s=20 Sehingga kini video tersebut mendapat 29,400 tontonan, 1,012 perkongsian dan 2,735 tanda suka. Menjengah di ruangan komen mendapati ramai yang terharu melihat video tersebut dan memuji kasih sayang yang ditunjukkan lelaki berkenaan. “Semoga seluruh ayah di dunia terbuka memberi kasih sayang kepada anak-anak tanpa batas,” komen Anne. “Setiap kali aku tengok orang istimewa, mesti terfikir…
PETALING JAYA – Perkongsian seorang tukang jahit mengenai salah seorang pelanggannya yang meminta untuk seluar sekolahnya dilabuhkan mengundang sebak orang ramai. Menurut perkongsian tukang jahit itu di Facebook, katanya kejadian itu berlaku baru-baru ini apabila seorang pelajar lelaki datang ke kedainya dengan membawa sehelai seluar sekolah yang sudah lusuh. “Semalam ada budak lelaki datang minta tolong labuhkan seluar sekolah dia. Seluar saiz 33 dan warnanya sudah lusuh. “Labuh asal 36 inci dan dia minta kalau dapat jadikan 37 inci. Termenung sekejap aku. Kenapa tak beli seluar baru? Basi seluar ada satu inci macam mana nak lipat kelepet seluar itu nanti?,”…
TAMPIN – Tiga buah rumah teres dua tingkat terjejas dalam satu kebakaran di Taman Gunung Mas, di sini, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Mohd Zayyid Zakaria berkata, dalam kejadian itu, sepasukan Bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.13 malam. Menurutnya, sebaik sampai, api sedang marak di rumah pertama dan pasukan bomba segera melakukan kerja-kerja pemadaman api serta mengawal kebakaran dari merebak ke rumah berdekatan. “Dalam kebakaran ini, rumah pertama bekeluasan 25 x 60 kaki persegi mengalami kebakaran yang dianggarkan sekitar 60 peratus, manakala rumah…