Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengesahkan individu yang didakwa membuat kenyataan berbentuk penghinaan ke atas agama Islam itu adalah bekas pemain pelapis percubaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2014. Hannah menerusi ciapan di Twitternya hari ini memaklumkan pemain itu bukan lagi atlet negara dan kini tidak menetap di Malaysia. “Saya sudah semak dengan Majlis Sukan Negara (MSN), beliau (individu tular) bukan lagi atlet negara dan merupakan bekas pemain pelapis percubaan BAM sembilan tahun yang lalu. “Saya tidak bersetuju dengan ucapan media sosial beliau dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun…

Read More

JAKARTA – Seorang lelaki di Manado, wilayah Sulawesi Utara tergamak memukul bayi perempuannya yang berusia enam bulan sehingga meninggal dunia, lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam. Suspek yang hanya dikenali sebagai AB, 25, didakwa berasa terganggu dengan suara tangisan anaknya itu ketika bermain permainan video dalam talian. “Pelaku terganggu dengan tangisan anaknya ketika sedang bermain permainan online. “Dia memukul bibir dan kepala mangsa menggunakan tangan. Suspek kini telah ditangkap,” kata Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sulawesi Utara, Jules Abraham Abast. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Bhayangkara Manado untuk rawatan. Malangnya, bayi itu tidak dapat diselamatkan. “Pegawai perubatan memaklumkan bahawa terdapat…

Read More

SHAH ALAM – Seorang lelaki diberkas dipercayai mengamuk sebelum memukul seorang pelajar sekolah swasta warga Filipina dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku di lobi pusat beli-belah tersebut ketika mangsa sedang menyiapkan litar permainan kereta kebal bersama beberapa individu yang lain. “Mangsa yang berumur 17 tahun itu mengalami kecederaan di kepala akibat dipukul suspek dengan menggunakan peralatan membancuh simen. “Mangsa kemudiannya dibawa ke Pusat Rawatan Sunway untuk rawatan selanjutnya,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad. Katanya, siasatan mendapati mangsa mempunyai dua rekod berkaitan kes dadah.…

Read More

TULAR satu video orang awam menjumpai mayat seorang lelaki berhampiran Sungai Langat, Kampung Bukit Changgang, Kuala Langat, Selangor pada Sabtu. Melalui video tular yang dimuat naik oleh pengguna TikTok cikFaizal97 memaparkan mayat seorang lelaki yang tidak dikenali identiti dilihat terapung di sungai berkenaan. “Orang awam jumpa jumpa mayat ketika nak memancing,” tulisnya. Dalam video tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menarik mayat tersebut menggunakan sebatang kayu ke tebing sungai. ” Tarik, tarik, cuba sangkut pada baju atau seluar,” katanya. Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Datuk Norazam Khamis mengesahkan kejadian terbabit. Menurut beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Ibu Pejabat Polis…

Read More

SELEPAS 55 hari tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Selangor, anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Denti dan Frankie pada Rabu diterbangkan ke Turkiye untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa kejadian gempa bumi. Selain Denti dan Frankie, penghantaran pasukan penyelamat kedua dari Malaysia turut disertai 20 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), 30 anggota JPBM dan 20 pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM). Pada Disember 2022, Denti dan Frankie berjaya membantu bomba untuk mengesan enam mayat mangsa tragedi runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting Highlands-Batang Kali, Selangor. Ketika itu…

Read More

Tahun baharu sepatutnya menjadi permulaan yang baik, namun sebaliknya yang terjadi kepada seorang lelaki. Manakan tidak, rumah yang disewanya berubah sekelip mata seperti tempat pelupusan sampah. Bermula dari ruang tamu, bilik tidur sehingga ke bilik mandi dipenuhi dengan sampah sarap. Malah sinki turut dipenuhi dengan kelengkapan mandi seperti syampu dan sabun yang tidak lagi digunakan. “Dugaan tahun 2023… kisah penyewa durjana, ambil iktibar la. Rumah aku bagi sewa dijadikan tempat sampah. “Ada lagi manusia begini. Hangpa viral sat supaya tuan rumah menyewa alert sikit,” tulisnya menerusi keterangan video. Menerusi perkongsian di laman sosial, lelaki itu memberitahu dia pada mulanya mahu…

Read More

SINGAPURA  –  Seorang lelaki di  Toa Payoh, Singapura, mendedahkan sikap pengotor seorang jirannya yang gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi, lapor portal berita Coconuts semalam. Lelaki dikenali sebagai Valiant Khong itu menerusi kumpulan perbincangan di laman Facebook, Complaint Singapore, berkongsi klip  video memaparkan sikap jelik penduduk di kejiranan tersebut. Dalam video itu, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat. Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan). Antara bahan buangan…

Read More

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila rumahnya di Taman Desa Petaling, Kuala Lumpur terbakar awal pagi tadi. Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba (PgB) Roshdi Fitri Roslan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.41 pagi sebelum menghantar jentera ke tempat kejadian. Ujarnya, kekuatan anggota seramai 22 orang daripada Balai Bomba Penyelamat (BPP) Sungai Besi, Bandar Tun Razak, Sri Petaling, dan Seputeh digerakkan ke lokasi terbabit bersama tiga buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta sebuah Perkhidmatan Penyelamatan, jentera Perawatan Kecemasan (EMRS). “Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah di tingkat satu berkeluasan 280…

Read More

Adakah anda pernah mengalami situasi dimana anda tidak boleh keluar dari parkir kerana ada kedai makan sudah ‘block’ kereta anda dengan meletakkan meja dan kerusi? Inilah apa yang terjadi kepada pemilik Myvi dimana keretanya tidak boleh keluar apabila kedai makan telah meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir lot sehingga ‘block’ keretanya. https://twitter.com/isusemasaviral/status/1622573198842945536?s=20&t=DQQK6POmXrFL-r3RXJxKZw Bukan itu sahaja, kereta Myvi tersebut juga didapati telah calar dipercayai disebabkan perbuatan khianat pihak kedai. Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit. Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi melihat situasi terbabit yang dilihat tidak sepatutnya berlaku. Bukan itu sahaja,…

Read More

IPOH – Lapan kenderaan milik pendaki Gunung Korbu dan Gunung Gayung (Korga) dipecahkan ketika ditinggalkan di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta di sini pada Isnin. Kejadian itu disedari sekitar jam 3.10 petang oleh seorang malim gunung selepas selesai menjalankan aktiviti pendakian berkenaan. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa bersama beberapa rakan meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sejak Sabtu untuk menjadi pemandu arah mendaki gunung selama tiga hari. “Selesai mendaki, lelaki berusia 49 tahun itu pergi ke arah kereta dan mendapati cermin hadapan sebelah pemandu pecah dan beg yang diletakkan di bawah kerusi telah hilang. “Akibat…

Read More