PETALING JAYA – Tular beberapa gambar memaparkan keadaan sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dicemari dengan tuala wanita dan kondom di lantai tingkat bawah kediaman tersebut. Menerusi perkongsian portal Kuala Lumpur Reporter di Twitter baru-baru ini, rata-rata penghuni kondominium mewah tersebut buntu dengan sikap manusia pengotor dan mempunyai mentaliti kelas ketiga. “Penduduk di kondominium mewah di KL buntu dengan tuala wanita yang dicampak keluar dari tingkap dan mendarat berhampiran lantai jiran. “Isu ini telah berlaku selama setahun dan pihak pengurusan kondo tidak dapat menangkap pelakunya,” ciapnya. Lebih menjijikkan, tuala wanita yang dibuang masih terdapat kesan darah sehingga menyebabkan kawasan…
Author: Imannina
PEROMPAK yang memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik di wilayah Chiang Mai di utara Thailand pada Ahad sempat meninggalkan sebuah nota sebelum melarikan wang berjumlah lebih daripada RM1,570 (12000 Baht). Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, suspek yang dianggarkan berusia sekitar 30 tahun hanya bersenjatakan lampu suluh ketika memecah masuk sebuah kedai peralatan elektrik bersebelahan Kuil Wat Tha Mai-i di daerah Chiang Mai Mueang. Kejadian itu berjaya dirakam rakaman litar televisyen tertutup (CCTV) premis berkenaan. Suspek yang menggunakan pelitup muka kemudiannya dilihat tenang membuka mesin tunai kedai tersebut. Difahamkan, suspek hanya mengambil masa 15 minit sebelum dia meninggalkan kedai tersebut. Memetik…
KUALA LUMPUR – Lelaki warga emas yang juga suspek kes pembuli jalan raya yang tular memegang batu bata di persimpangan lampu isyarat Jalan Metro 1, Metro Prima, Kepong, di sini, bulan lalu telah ditahan. Lelaki berusia 63 tahun berkenaan ditahan ketika datang membuat laporan mengenai insiden tular itu di Balai Polis Sentul pada pukul 3 petang, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Superintendan Heisham Harun berkata, semakan rekod dilakukan terhadap suspek mendapati dia yang bekerja sebagai pemandu van mempunyai empat rekod jenayah. Menurut Heisham, pihaknya terdahulu menerima satu laporan daripada seorang ejen hartanah lelaki yang juga mangsa kejadian itu pada…
Kuala Terengganu: Alasan sepasang kekasih kononnya hanya mahu berehat di bilik hotel selepas kepenatan seharian bersiar di bandaraya ini tidak menjadi apabila ditahan, Sabtu lalu. Pasangan kekasih yang juga penuntut di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) ditahan dalam operasi pencegahan maksiat sempena perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2023 di sebuah hotel di bandaraya ini, jam 1.30 pagi. Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Khairul Azizi Idris berkata, kedua-dua pelajar IPTS itu berasal dari Terengganu. Katanya, pasangan berkenaan memberi alasan menyewa bilik hotel untuk berehat selepas penat bersiar-siar di sekitar bandaraya sempena cuti. “Pasangan kekasih itu…
BEBERAPA lelaki mengharungi detik getir apabila disamun dua lelaki bertopeng yang merompak dan mengganas di sebuah restoran sekitar Poh Kwang Park, Kuching, Sarawak pada Selasa. Kejadian itu difahamkan berlaku pada lewat malam apabila seorang lelaki mula merampas beberapa barangan berupa duit dan dompet dipercayai milik pelanggan di premis berkenaan. Tidak disedari mana-mana pihak, insiden tersebut berlaku secara tiba-tiba apabila lelaki berbadan gempal dan berbaju denim biru mula mengganas serta mencederakan seorang lelaki dipercayai pekerja restoran tersebut. Meskipun cuba menghalang perbuatan suspek, lelaki terbabit kemudiannya dipukul dan dihempuk dengan sebuah kerusi plastik kerana desakan supaya menyerahkan wang tidak dipenuhi. Dikongsikan di laman…
PETALING JAYA – Seorang lelaki tergamak mahu menceraikan isteri hanya disebabkan keputusan mahkamah tidak menyebelahinya bagi permohonan poligami sekali gus mahu hidup bersama isteri baharu. Itu ujian rumah tangga dihadapi seorang wanita seperti yang dikongsikan oleh Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali menerusi hantaran Facebooknya hari ini. Menurutnya, wanita tersebut membuat janji temu dengan beliau bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah rumah tangga yang dihadapi. “Dek kerana suami nak poligami, isteri minta suami mohon di Mahkamah Syariah. Keputusan tidak menyebelahi suami, maka suami ambil keputusan untuk ceraikan isteri pertama yang sudah punya empat cahaya mata sebab tetap nak…
PETALING JAYA – Beli nugget ayam goreng, sedang asyik mengunyah rupa-rupanya ia mengandungi besi dawai. Itu pengalaman dilalui seorang wanita dikenali sebagai Azwani selepas membeli nugget ayam menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. “Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi. Petang semalam lepak di satu tempat ini, ‘order’ (pesan) nugget. “Biasalah kita cicah sos terus masuk mulut. Masuk nugget ketiga atau empat, aku rasa kunyah benda keras. Ngilu macam besi. “Subhanallah juih keluarkannya. Itu dua besi dawai apa entah. Mengadu kepada pekerja kedai, memang bukan salah kedai,” ujarnya.…
Lelaki Warga Emas Terkejut Pencuri Tertidur Dalam Rumah. | JEMPOL – Seorang warga emas terkejut apabila mendapati lelaki yang terbaring di tengah rumahnya di Taman Tanjung Bahau, di sini, pagi semalam, rupa-rupanya pencuri yang terlelap dan tidak sempat membawa lari hasil barang curi. Mangsa, Sin Kong Men, 66, berkata, ketika kejadian dia seperti biasa bangun dari tidur dan mahu keluar untuk minum pagi seperti biasa di kedai berhampiran kira-kira pukul 6.15 pagi. Bagaimanapun menurutnya, dia terkejut apabila mendapati seorang lelaki terbaring dan seekor anjing berwarna hitam bukan miliknya sedang mengejut lelaki itu dengan menarik bahagian lengan bajunya. “Saya ingat kawan…
JEMPOL: Sebuah treler yang membawa muatan lebih 500 tong gas kosong terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 17, Jalan Bahau – Rompin, di sini kira-kira pukul 12.25 kelmarin, Isnin. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook, siasatan awal mendapati, pemandu treler seorang diri membawa muatan tong gas kosong dalam perjalanan dari Bahau di sini menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas. Menurutnya, sebaik tiba di selekoh lokasi kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaannya sehingga memasuki laluan bertentangan dan terus melanggar tebing jalan lalu terbalik dan melintang di tengah jalan. “Dalam kejadian itu juga semua muatan tong gas yang kosong…
ISTERI pertama seorang jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin, 61, yang terlibat dalam pergaduhan dengan madunya di sebuah restoran di Shah Alam, Selangor pada awal pagi Isnin kerana marah perkahwinan itu berlangsung di luar pengetahuannya. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita tersebut berasa tersindir dengan kenyataan madunya dalam program Famili Duo baru-baru ini. Menurut Mohd Iqbal, suspek yang juga isteri pertama dikatakan menarik rambut madunya di dalam sebuah restoran di Shah Alam hingga membawa pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan. “Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian…