PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bukan hanya beliau yang menolak gaji sebagai Perdana Menteri sebaliknya ia turut dilakukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Menurutnya, Yang di-Pertuan Agong menolak gaji yang diberikan kerajaan sejak negara dilanda pandemik Covid-19. “Beliau (Yang di-Pertuan Agong) lebih awal dari saya dan tidak menerima gaji dari kerajaan sejak Covid-19. Jadi eloklah saya beri penjelasan ini. “Itu sumbangan dibuat Yang di-Pertuan Agong memandangkan masalah ekonomi yang menekan kehidupan rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri, di sini hari ini. Sebelum ini, Anwar mengumumkan tidak akan mengambil gaji sebagai…
Author: Imannina
Tular satu video kemalangan melibatkan sebuah van berwarna putih yang dihempap pokok dipercayai berlaku di Jalan Genting, Pahang pada Selasa. Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di kawasan terbabit. Menerusi rakaman video itu, kelihatan cuaca di kawasan terbabit hujan ribut sehingga menyebabkan beberapa pokok bertiup kencang. Ketika kejadian, kelihatan pemandu van tersebut sedang memandu menaiki bukit sebelum sebatang pokok di laluan bertentangan jatuh lalu menghempap kenderaan tersebut. Berdasarkan video terbabit, pada mulanya pemandu van itu sempat mengelak sebelum sebatang pokok jatuh dipercayai mengenai cermin hadapan kenderaan tersebut. Manakala sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan sempat…
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak melakukan aksi ngeri apabila bertindak berani memanjat pagar besi di balkoni rumahnya dalam kejadian di sebuah pangsapuri yang tidak diketahui lokasi tersebut. Video kanak-kanak itu memanjat pagar balkoni tular selepas dimuat naik pengguna media sosial sekali gus mengundang kerisauan orang ramai. Berdasarkan video tersebut, kanak-kanak yang tidak diketahui jantinanya itu memanjat pagar balkoni rumahnya serta ke rumah jiran di sebelah, sebelum berpatah semula ke kediamannya. Tidak kelihatan orang dewasa di bahagian balkoni rumah kanak-kanak tersebut selain tidak dapat dipastikan aras ketinggian pangsapuri itu. Malah, kedengaran suara seorang wanita menjerit memanggil ‘adik, adik’ bagi meminta kanak-kanak…
Melaka: Pelajar tahun akhir sebuah kolej dituduh di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini, atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, bulan lalu. Tertuduh, Muhammad Adib Hishammuddin, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Darmafikri Abu Adam. Mengikut pertuduhan, dia yang sedang mengikuti jurusan elektrik didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman 1 Bukit Beruang antara jam 4 petang hingga 9 malam, 14 November lalu. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengulangi perbuatan itu terhadap kanak-kanak sama di tandas awam dan bilik persalinan…
Tindakan biadab seorang pemandu lori treler yang menunjukkan isyarat jari lucah kepada seorang pemandu di Lebuh Raya Plus Utara-Selatan menghala ke utara pada Isnin, mengundang kemarahan orang ramai. Kejadian itu difahamkan berlaku susulan tindakan pemandu lori tersebut secara mengejut bertukar lorong ke kanan laluan terbabit. Meskipun kereta tersebut sudah hampir separuh melepasi badan lori tersebut, pemandu lori itu dilihat terus meluru masuk ke lorong kanan sambil menunjukkan jari tengah kepada mangsa. Perbuatan itu sekali gus mengundang kemarahan mangsa yang mendakwa ia merupakan satu kesalahan bagi kenderaan muatan berat untuk memandu di lorong kanan. Dikongsikan di laman Facebook, rakaman tular itu…
KUALA SELANGOR – Pengusaha ‘fun fair’ yang mengakibatkan tiga cedera di Bandar Puncak Alam di sini, malam tadi dikesan beroperasi tanpa lesen. Malah, pengusaha tersebut juga didapati terus berdegil menjalankan perniagaannya biarpun arahan sitaan telah dikeluarkan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sebelum ini. Yang Dipertua MPKS, Rahilah Rahmat berkata, pihaknya telah menjalankan sitaan itu pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan. Katanya, pesta ria itu beroperasi secara haram kerana tidak mendapat kebenaran pihaknya selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). “Pengusaha itu memang ada membuat permohonan permit dengan MPKS, namun kita tidak meluluskannya dan menyitanya. “Namun,…
Kejadian seorang rider penghantar makanan dipukul pengawal keselamatan pangsapuri menggunakan senjata cota baru-baru ini sebenarnya berpunca daripada lelaki tersebut yang bertindak menumbuk salah seorang daripada mereka. Difahamkan, insiden pergaduhan di antara penghantar makanan dan pengawal keselamatan berkenaan berlaku di pangsapuri Menara U2, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Seorang lelaki, Shahrul Mohd berkongsikan kejadian sebenar itu di halaman Facebook GrabFood Rider Malaysia pada Ahad. “Kejadian sebenar yang berlaku di Menara U2, rider makanan mula dulu. Dia tumbuk guard Nepal. “Padan la rider kena pukul dengan cota,” tulisnya. Melalui rakaman berkenaan, kelihatan rider tersebut pada mulanya dilihat cuba bergaduh mulut dengan salah seorang daripada pengawal keselamatan berbaju merah sebelum dia…
SETIU – Mayat bekas imam yang terjatuh ke dalam kolam udang di Kampung Fikri di sini semalam telah dijumpai pasukan mencari dan menyelamat sebentar tadi. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mayat Zakaria Mat Nong, 72, yang berasal dari Kampung Beris Tok Ku di sini dijumpai pada pukul 10.54 pagi. Beliau berkata, mayat lelaki warga emas itu ditemui kira-kira 1.7 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh. “Mayat mangsa dipercayai dihanyutkan arus deras ke Sungai Fikri yang bersambung dengan kolam udang terbabit. “Pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai mayat mangsa tersangkut pada rimbunan pokok nipah yang terdapat di…
Kuala Terengganu: Buruh binaan dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat dan melakukan seks oral terhadap anak perempuannya yang berusia tujuh tahun. Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh yang berusia 45 tahun itu mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap mangsa yang ketika kejadian berusia tujuh tahun. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu sebuah rumah di Dungun antara 1 Disember 2020 hingga 30 Januari 2021. Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh…
Beberapa penduduk kampung dikejutkan dengan penemuan mayat bayi perempuan cukup sifat dalam sebuah parit pada Ahad. Kejadian menyanyat hati itu dipercayai berlaku di Kampung Melayu Kampung Melayu, Johor Bahru, Johor. Penemuan mayat bayi berkenaan dikongsikan semula oleh seorang warga awam yang hanya dikenali sebagai Wan di aplikasi Telegram Update Info pada Isnin pagi. Menurut Wan, mayat bayi tersebut yang dalam keadaan sempurna tersebut ditemui penduduk tempatan ketika hanyut dibawa arus di dalam sebuah parit semasa hujan lebat. “Bayi sudah meninggal dunia ketika dijumpai warga… dan itu gambar-gambar ibu yang sanggup buang anak sendiri. Sekarang tebus kesalahan dalam lokap. “Terjadi pagi…