Tular satu video kemalangan melibatkan sebuah van berwarna putih yang dihempap pokok dipercayai berlaku di Jalan Genting, Pahang pada Selasa.

Kejadian tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di kawasan terbabit.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan cuaca di kawasan terbabit hujan ribut sehingga menyebabkan beberapa pokok bertiup kencang.

Ketika kejadian, kelihatan pemandu van tersebut sedang memandu menaiki bukit sebelum sebatang pokok di laluan bertentangan jatuh lalu menghempap kenderaan tersebut.

Berdasarkan video terbabit, pada mulanya pemandu van itu sempat mengelak sebelum sebatang pokok jatuh dipercayai mengenai cermin hadapan kenderaan tersebut.

Manakala sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan sempat mengelak daripada menjadi mangsa kejadian apabila pokok itu nyaris menghempapnya selepas kereta terbabit melepasi kawasan kejadian.

Menerusi tinjauan di ruangan komen, rata-rata orang ramai berharap pemandu itu berada dalam keadaan yang selamat.

“Musim-musim hujan ini, kalau tiada apa yang mustahak jangan naik Genting,” ujar Andrew Ho.

“Tolong berhati-hati ketika memandu dalam musim-musim hujan ini,” jelas Justine Teh.

“Bahaya betul pandu dalam hujan ini, harap pemandu van itu berada dalam keadaan yang baik,” kata Tion Teng.

“Kalau saya jadi awak, saya akan pandu laju dan potong MPV sebab dah nampak tanah runtuh itu berlaku,” luah Julius Winston.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan mangsa sama ada mengalami kecederaan parah atau tidak.

Belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung insiden itu setakat ini.

Sumber: Majoriti

 

Pasangan Suami Isteri Cedera Dihempap Pokok Tumbang

Pasangan suami isteri cedera selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dihempap pokok tumbang ketika melalui Jalan Terap, Sungai Tengas di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Faiz Helmi berkata,

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung terperangkap pokok dan menghempap kereta pada jam 8.22 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Serdang bergegas ke tempat kejadian. Sebaik tiba mendapati sebatang pokok tumbang melintang jalan dan menghempap sebuah kereta Proton Wira Aeroback.

“Pegawai operasi mengarahkan anggota supaya menstabilkan kecederaan mangsa yang mengalami pendarahan di tangan serta mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Image

Mohd Faiz berkata, pasangan suami isteri berusia 51 dan 58 tahun itu berjaya dikeluarkan dan diberi rawatan awal di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Kulim dengan Jentera EMRS untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 9.29 pagi.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply