Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Sepasang suami isteri hilang tempat tinggal selepas rumah mereka di Kampung Lintang Balingian di sini, malam tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.40 malam dan menggerakkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Balingian ke lokasi kejadian. “Kebakaran membabitkan kediaman jenis tidak kekal dua tingkat bertiang musnah keseluruhan. Api dapat dikawal daripada merebak ke kediaman berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Katanya, kerja-kerja pemadaman dilakukan 15 orang anggota dibantu penduduk kampung berjaya mengawal kebakaran, dengan sumber air terbuka dan pili…

Read More

Tidak dapat dinafikan, ramai yang sanggup mengikat perut dan makan secara bersederhana sahaja untuk menyimpan lebih wang demi mencapai matlamat masing-masing. Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pekerja asing dari Bangladesh, dia hanya mengisi perutnya dengan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja untuk berjimat cermat bagi membolehkan dia membuat simpanan wang untuk keluarganya. Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pokchek906 di laman TikToknya, dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk. https://www.tiktok.com/@pokchek906/video/7171288416720653594?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Difahamkan juga, pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang sebanyak RM800,000 dan sudah memiliki tanah dan sebuah…

Read More

Tindakan ganas seorang lelaki yang memukul dan mengasari pemandu di Bintulu, Sarawak, pada Selasa mengundang perhatian ramai susulan insiden tersebut didakwa menyebabkan laluan jalan raya bertukar sesak ketika kejadian. Suspek berbaju hitam dan berseluar biru itu dipercayai bertindak sedemikian akibat berang dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon berulang kali ketika memandu. Gagal mengawal kemarahan, suspek kemudiannya mengekori kereta mangsa dan mula bertindak kasar apabila dilihat menumbuk dan menendang ketika kejadian. Dikongsikan di laman media Facebook, rakaman tular itu hangat diperkatakan warganet dan menerima lebih 300 perkongsian setakat ini. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu dalam kenyataannya berkata, hasil siasatan awal…

Read More

Kebakaran sebuah kediaman di Jalan Sungai Meliu Mador di sini, awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada pemilik rumah sendiri, seorang lelaki kurang siuman, yang dikatakan membakar kertas. Kediaman itu didiami lelaki terbabit yang berusia 43 tahun bersama seorang anak perempuan berumur 20 tahun dan seorang anak lelaki berusia 18 tahun. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Pegawai Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, ahli keluarga memaklumkan bahawa pemilik rumah dikatakan kurang siuman. “Sebelum kejadian, pemilik rumah dikatakan berkelakuan aneh dan sering membakar cebisan kertas. “Ini mungkin penyebab kediaman mereka terbakar,” katanya pada kenyataan hari ini. Nicholas berkata, pihaknya menerima laporan berhubung…

Read More

Lagi kes perbuatan maksiat dilaporkan dilakukan tanpa segan silu di masjid. Terbaharu, dua pasangan anak muda dicekup melakukan perkara terkutuk itu di tandas Masjid Baitul Mukhlisin di Kampung Ngaglik, daerah Parang, Indonesia pada Ahad. Menurut laporan Detik Jatim, pelajar lelaki itu merupakan penuntut di sebuah universiti manakala murid perempuan itu adalah pelajar Madrasah Aliyah. Ketua Perhubungan Awam Polis Magetan, Ajun Komisaris Budi Kuncahyo memaklumkan, kedua-dua pelajar itu dari daerah Pacitan namun berbeza mukim. Katanya, mereka ditangkap penduduk setempat sebelum dibawa ke Balai Polis Parang. Polis juga telah memanggil keluarga kedua-dua pasangan itu. Ketika tangkapan, ada penduduk sempat merakam insiden itu sebelum…

Read More

Kemalangan jalan raya yang menimpa Izzat Aiman Zahari, 21 pada Jumaat lalu tidak hanya menyebabkan dia cedera pada badan, namun kedua-dua kakinya patah. Apa yang lebih mengecewakan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Elektrik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah harapannya untuk berada di atas pentas menerima skrol diploma yang diimpikannya selama ini. Istiadat Konvokesyen universiti itu ke-16 dan ke-17 semalam juga tidak dapat dikunjungi apabila sekadar hanya mampu terlantar di katil Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini. Namun, itu bukanlah pengakhiran bagi diri mahasiswa dari Jitra, Kedah itu apabila Naib Canselor UniMAP, Datuk Prof Ts Dr Zaliman Sauli yang mendapat…

Read More

Kecewa disebabkan wanita yang diminati menolak cintanya, seorang lelaki bertindak nekad cuba terjun dari menara tiang elektrik berhampiran rumahnya. Kejadian yang berlaku di Dusun Satu Banten, Desa Pasir Putih ,Indonesia pada Isnin itu dirakam orang awam yang berada di lokasi kejadian. Lelaki yang hanya dikenali sebagai RN itu turut merakam dirinya sendiri dan meninggalkan pesanan pada keluarga dan cinta hatinya. Ketua kampung Pasir Putih, Lin Sandra berkata, lelaki yang memanjat menara elektrik itu merupakan salah seorang penduduk di kawasan berkenaan. https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7171304572906933530?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 “RN penduduk di sini dan dia bertindak demikian kerana kecewa cintanya ditolak dan wanita itu juga sudah mempunyai teman…

Read More

Selepas dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 pada petang Khamis, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan tugas pertamanya pada Jumaat dengan masuk ke Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Beliau juga mengambil kesempatan untuk makan di foodcourt sebelum menunaikan solat Jumaat. Ketika bersalaman dengan para penyokong serta orang ramai yang berada di lokasi tersebut, seorang kanak-kanak comel telah meminta untuk bersalaman dengan Anwar. Momen tersebut berjaya dirakam dan dikongsikan di media sosial. Menerusi laman Twitter milik @Shaeyful, kanak-kanak lelaki itu dengan jelas menyatakan hasratnya ingin bersalaman sebelum disambut mesra oleh perdana menteri. https://twitter.com/Shaeyful/status/1596022355473858561?s=20&t=bIInlbbfTYyK1PCfOFJRmg Situasi itu telah menjadi perbualan warganet di ruangan komen…

Read More

Tular Video Seorang Lelaki Pukul Kanak-Kanak Dalam Masjid. |Tindakan seorang lelaki yang mengasari dan memukul kanak-kanak ketika solat di sebuah masjid di Tebet, Jakarta Selatan, Indonesia mengundang padah apabila dia ditahan polis. Ketika kejadian, kanak-kanak tersebut dilihat sedang bermain dan berlari dalam masjid berkenaan sebelum didatangi suspek yang secara tiba-tiba memukul mereka. Meskipun tindakan itu awalnya dianggap sebagai satu amaran buat kanak-kanak terbabit, namun situasi bertambah serius apabila lelaki berkenaan kemudiannya memukul muka dan kepala mangsa berulang kali. Dikongsikan di laman Instagram, rakaman itu hangat diperkatakan warganet dan menerima kecaman ramai. https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7170314162243931418?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Suspek lelaki dikenali sebagai Firman, 51, telah ditahan…

Read More

Polis menahan sepasang suami isteri dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14,330 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Baiduri, di sini, awal pagi semalam. Serbuan pada jam 1.30 pagi itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat serta pasukan ronda cegah jenayah. Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, ketika serbuan, suami isteri itu berada di ruang tamu dalam keadaan mencurigakan. “Pada awalnya, kedua-dua suspek enggan memberikan kerjasama dan lelaki itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan. “Hasil pemeriksaan lanjut menjumpai 13 biji pil kuda, heroin (29…

Read More