Tidak dapat dinafikan, ramai yang sanggup mengikat perut dan makan secara bersederhana sahaja untuk menyimpan lebih wang demi mencapai matlamat masing-masing.
Begitu juga yang dilakukan oleh seorang pekerja asing dari Bangladesh, dia hanya mengisi perutnya dengan berlaukkan bawang, cili dan garam sahaja untuk berjimat cermat bagi membolehkan dia membuat simpanan wang untuk keluarganya.
Dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @pokchek906 di laman TikToknya, dia merakam seorang pekerja asing yang sedang menikmati hidangannya yang berkuahkan air putih dan tanpa lauk pauk.
@pokchek906 Nmpak kesian tapi duit kat kg mcm gunung #fyp #bangladesh #tiktokmalaysia #makan
Difahamkan juga, pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang sebanyak RM800,000 dan sudah memiliki tanah dan sebuah rumah di halaman kampungnya hasil daripada pengorbanannya itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan hormat apabila melihat kegigihan pekerja asing tersebut dalam menyimpan wang ringgit ketika bekerja di Malaysia meskipun terpaksa berkorban daripada menikmati makanan yang mewah.
“Diorang dah biasa makan macam ni. Kalau orang kita makan macam ni, sambil makan sambil kesat airmata,” @Alzahari7777.
“Kalau kita makan macam ni mak bapak suruh balik kampong,” @Sititanjungperak_60.
“Mulai malam ni aku nak makan nasi dengan cili kering ja,” @Sufi.
“Kenapa la tak terfikir macam ni dulu. Dulu masak nasi air lebih, letak garam dengan ajinamoto 😂 janji perut kenyang,” @MrCocan.
Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang meluahkan rasa was-was kerana tidak percaya pekerja asing tersebut telah berjaya menyimpan wang hampir sejuta namun, ada yang bersemangat untuk mengikuti jejak sama sepertinya.
Bagaimanapun, kita perlu bersyukur dengan nikmat yang diberikan Allah dan perlu bijak dalam menguruskan wang demi keselasaan hari tua kelak.
Sumber: OMM
Baca Juga: 3 Warga Asing Kurung Pekerja Kedai Runcit Minta Wang Tebusan
Tindakan tiga lelaki warga Bangladesh mengurung seorang pekerja kedai runcit untuk mendapatkan wang tebusan berjumlah RM30,000 mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada seorang lelaki warga Bangladesh berusia 35 tahun yang memaklumkan rakannya dikurung sekumpulan lelaki dari negara sama serta meminta wang tebusan RM30,000, pada 4.04 petang, semalam.
Bertindak atas maklumat itu, beliau berkata, sepasukan anggota polis membuat dua serbuan berasingan di Jalan Tropicana Selatan dan Mutiara Damansara antara 4.30 petang hingga malam.
“Dalam serbuan itu, kami menahan tiga lelaki warga Bangladesh berusia antara 33 hingga 46 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.
“Kami turut menyelamatkan seorang lelaki Bangladesh yang dilaporkan dikurung rakannya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Nik Ezanee berkata, siasatan awal mendapati mangsa adalah pekerja kedai runcit milik seorang suspek yang sudah lama tidak membayar gaji lelaki berkenaan.
“Menurut mangsa, suspek menuduhnya mengambil wang di dalam kedai itu. Suspek dikatakan bersekongkol dengan rakannya untuk menculik dan mengugut mangsa bagi mendapatkan wang berjumlah RM30,000 jika mahu dibebaskan.
“Semua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323, Seksyen 324 dan Seksyen 385 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: KMN