Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

‘Kreativiti’ seorang pemuda, Nur Syahzuan Yunus, 21, yang mahu membuat ‘prank’ anak saudaranya sempena ulang tahun kelahiran ke-11 kanak-kanak itu, baru-baru ini, mengundang kecaman. Apa tidaknya, hantaran video yang dikongsikan Syahzuan di aplikasi TikTok itu memaparkan anak saudaranya, Saiful Aniq Rayyan Saiful Fadhirul sebagai gelandangan sebelum dibersihkan dan menjalani ‘make over’. Syahzuan berkata, dia tidak menjangka video itu menjadi tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan. “Namun, tidak menjangka pula hantaran itu boleh tular hingga mencecah 2.9 juta tontonan dan hampir 5,000 komen tak sampai 24 jam. Anak saudara saya memang tak tahu perkara itu, hanya saya dan mak dia saja…

Read More

Seekor ular sawa hampir membelit seorang lelaki yang sedang memancing di sebatang sungai berhampiran kawasan Parihara Panchayat, Jharkhand, India baru-baru ini. Ketika kejadian, lelaki yang juga seorang warga emas dikenali sebagai Birjalai Ram itu dikatakan sedang mabuk sebelum menemui ular sawa terbabit berhampiran dengan sungai. Dia kemudian mengambilnya dan meletakkan di leher serta membiarkan reptilia itu sehingga haiwan tersebut membelit. Selepas beberapa ketika, dia mula berasa sesak nafas dan berusaha untuk menjerit bagi meminta pertolongan kepada anak lelakinya. Melihat keadaan itu, anaknya segera membantu untuk melepaskan ular tersebut daripada terus membelit leher mangsa. Pada mulanya, anaknya cuba merentap ular tersebut…

Read More

Seorang lelaki dipercayai suami kepada ibu muda yang dibantu pendakwah bebas, Ebit Lew baru-baru ini tampil menafikan dakwaan bahawa mereka sudah lama terpisah. Lelaki tersebut dikenali sebagai Fakhrul berkata, dia dan wanita yang dikenali sebagai Emy itu masih lagi berhubung kerana membesarkan anak bersama-sama. Bagaimanapun katanya, status rumah tangga mereka masih lagi menunggu keputusan daripada pihak mahkamah. “Ya Allah Ustaz, salah tu bukan dah lama terpisah. Kami masih baik, masih ‘contact’ sebab sama-sama uruskan anak sekarang. “Duduk pun dekat-dekat cuma status kami masih dalam proses. Insya Allah esok mahkamah bagi keputusan. Jangan salah faham ya, doakan kami tiga beranak,” katanya…

Read More

Bayi Diletakkan Dilantai Ketika Bapanya Isi Minyak. Buat Ramai TERSENTUH Dan PUJI.   | Tular satu video seorang bayi diletakkan di atas lantai ketika bapanya mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Video itu buat ramai tersentuh. Baca selanjutnya. Di TikTok, video seorang bapa membawa dua orang anaknya ketika isi minyak telah mengundang simpati dan meraih pujian netizen. Menerusi video berdurasi 0:11 saat, seorang pengguna stesen minyak sempat merakam momen di mana seorang ayah meninggalkan bayinya duduk bersila di lantai stesen tersebut. Manakala, seorang lagi dibiarkan berada di atas motor. Turut mencuri tumpuan apabila motosikal yang digunakan itu dipenuhi barang keperluan kanak-kanak.…

Read More

Majlis perkahwinan outdoor sering menjadi pilihan kebanyakan bakal pengantin kerana persekitarannya dapat menghidupkan suasana romantis. Namun bagi pasangan pengantin ini, mereka tidak menyangka majlis pernikahan yang bertemakan dalam taman dilanda hujan lebat. Video upacara akad nikah pasangan itu dilakukan ketika hujan menjadi tular di laman TikTok. https://www.tiktok.com/@sheikhhafiq/video/7164803323680263450 Berkongsi pengalaman, pengantin perempuan, Nor Syakirin Nor Affendee berkata, majlis pernikahan diadakan di Colony Star Boulevard KLCC di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. Lebih mesra disapa Erin, dia memberitahu bahawa lokasi majlis nikah telah ditetapkan lebih awal sejurus majlis pertunangan yang berlangsung pada 1 Januari tahun ini. “Saya memilih tema garden untuk majlis…

Read More

Luaran rumah penternak ikan ini mungkin kelihatan usang, malah tiada juga perabot mewah yang melengkapkan hiasan dalaman. Namun bagi Ahmad Mokhtar Taib, 32, dan isteri, Mariyah Ghazali, 32, kesederhanaan itu membahagiakan mereka, selain sentiasa rumah itu bersih serta terjaga agar indah di mata. Kesungguhan pasangan berkenaan menghias rumah sungai mereka mendapat pujian netizen selepas Mariyah berkongsi gambar dekorasi ruang dalaman kediaman itu di Facebook (FB). Menurut Ahmad Mokhtar, rumah sungai yang terletak di Kampung Gong Tepas itu asalnya rumah rehat yang dibina bersebelahan sangkar ikan ternakannya, sebelum mereka bersama anak, Ahmad Mujahiddin, 4, mendiaminya pada akhir 2018. “Saya dan isteri…

Read More

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa 30 konsesi lebuh raya di seluruh negara telah bersetuju untuk menawarkan kadar tol percuma selama dua hari susulan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hujung minggu ini. Ismail Sabri berkata, kadar tol percuma itu akan bermula dari pukul 12.01 pagi 18 November (Jumaat) hingga 11.59 malam pada hari Sabtu, 19 November 2022. “Kadar tol percuma ini akan melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 sahaja yang dianggarkan kira-kira 90 peratus daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya. “Implikasi kewangan daripada inisiatif ini akan diserap sepenuhnya oleh syarikat-syarikat konsesi lebuh raya sebagai salah…

Read More

Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan air naik mendadak di banyak lokasi. Keadaan itu ternyata merisaukan penduduk terutama yang berada di kawasan rendah dan kering terjejas akibat banjir. Bagi keluarga ini, insiden ‘banjir’ yang dialami mereka ternyata luar biasa kerana kediaman dua tingkat mereka yang dinaiki air bermula dari tingkat atas. https://www.tiktok.com/@hellohampa/video/7164296575387274522?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Setelah ditemu bual, Rose Zainol berkata, kejadian berlaku di kediaman jenis semi-D dua tingkat di Alam Impian, Shah Alam, Selangor, pada petang Rabu lalu. Wanita berusia 40 tahun ini memberitahu, dia hanya menyedari perkara itu sebaik pulang ke rumah bersama suaminya. “Setibanya di rumah, saya naik tangga untuk…

Read More

Hari persandingan yang ditunggu-tunggu oleh pasangan mempelai, akhirnya terpaksa diraikan oleh pengantin lelaki seorang diri apabila isteri dimasukkan ke hospital. Video yang dimuat naik oleh pengantin lelaki, @syaf0311 di akaun TikToknya, menunjukkan dirinya terpaksa bersanding dan makan beradab seorang diri tanpa ditemani isteri di sampingnya. “Kenangan untuk dikenang nanti, sanding seorang diri.. isteri kena tahan wad. Nak buat macam mana, Tuhan tidak izinkan. “Semoga kesedihan hari ini diganti dengan kegembiraan yang tidak terduga suatu hari nanti,” tulisnya di dalam video itu. Menurut video berkenaan itu juga, pasangan tersebut telahpun bernikah pada 29 September tahun lepas dan terpaksa menunggu…

Read More

Seorang ibu tunggal berumur 23 tahun yang senang disapa sebagai Emi sebak selepas Ebit Lew menghadiahkannya sebuah motosikal. Wanita berkenaan yang mempunyai tanggungan seorang anak bekerja sebagai walker Foodpanda untuk menyara hidup. Selain itu, Emi juga bekerja sambilan sebagai pembantu restoran dan menetap di sebuah flat sekitar Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Menerusi hantaran di Instagram Ebit Lew, pendakwah itu berkata dia terharu dengan kesungguhan ibu muda ini keluar mencari rezeki. “Suami dah lama terpisah. Masih proses mahkamah. “Ujian adik sabarlah. Di usia muda dengan ujian begini. InsyaAllah di sebalik ujian dan kesusahan kerana Allah sayang kita,” tulis Ebit Lew.…

Read More