Musim hujan sejak kebelakangan ini menyebabkan air naik mendadak di banyak lokasi. Keadaan itu ternyata merisaukan penduduk terutama yang berada di kawasan rendah dan kering terjejas akibat banjir.

Bagi keluarga ini, insiden ‘banjir’ yang dialami mereka ternyata luar biasa kerana kediaman dua tingkat mereka yang dinaiki air bermula dari tingkat atas.

@hellohampa

Tingkat 1 pun banjir!! Balik je rumah nampak air dah start melimpah sampai ke tangga…rupanya family hall bahgian atas habis semua dah dipenuhi ayaq…bilik anak2 pun sama, basah habih semua carpet dalam bilik dan di family hall. Rupanya anak-anak kami pi tutup lubang utk keluaq ayaq kat balcony atas ni…apalagi teruih jadi kolam la area ni. Kreatif betoi anak-anak mummy ni…不 Depa mesti dah plan nak mandi kolam balik sekolah satgi. Depa tak tau yg mummy depa dah rasmi kolam ciptaan mereka不不不 Rasanya depa dah lama rancang strategi ni, mummy je lalai不不 Masa utk bersihkan bahagian atas. Tata! Love, Rose Zainol #banjir #rumahku #hall #hujan #fyp #viral #rosezainol

original sound – Hello Hampa by Rose Zainol – Hello Hampa by Rose Zainol

Setelah ditemu bual, Rose Zainol berkata, kejadian berlaku di kediaman jenis semi-D dua tingkat di Alam Impian, Shah Alam, Selangor, pada petang Rabu lalu.

Wanita berusia 40 tahun ini memberitahu, dia hanya menyedari perkara itu sebaik pulang ke rumah bersama suaminya.

“Setibanya di rumah, saya naik tangga untuk ke tingkat satu. Saya terkejut lihat separuh tangga sudah dipenuhi air.

“Saya bergegas ke tingkat atas, habis lantai dimasuki air, karpet di ruang tamu dan tiga bilik tidur basah. Air di balkoni cecah paras atas dari buku lali,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Rose Zainol, dia pada mulanya tidak menyangka banjir boleh berlaku di kediaman dua tingkatnya meskipun hujan lebat pada hari kejadian.

“Masa itu saya sedar lubang saluran air di balkoni ditutup dengan pasu bunga menyebabkan tadahan air hujan tidak dapat keluar sehingga masuk ke dalam rumah.

“Suami cepat-cepat tarik pasu untuk air keluar ikut saluran, manakala saya terduduk di sofa sambil termenung fikir kejadian yang berlaku,” ujarnya.

Rose Zainol berasal daripada Langkawi, Kedah.

Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, dia sebenarnya menyedari terdapat perubahan lokasi pasu bunya di balkoni sejak beberapa hari sebelum kejadian.

“Anak yang ketiga dan keempat, berusia empat dan lapan tahun ada beritahu yang mereka nak mandi di kolam renang. Jadi, mereka tarik pasu bunga untuk tutup lubang air.

“Masa tu saya tak syak perubahan pasu bunga menjadi punca kepada banjir di tingkat satu,” katanya lagi. Menurutnya, mereka sekeluarga membersihkan bahagian rumah yang terjejas.

Bagaimanapun kata Rose Zainol, hasil siasatan ‘dalaman’ turut mendedahkan penutupan saluran air membolehkan anak-anaknya menjadikan balkoni sebagai ‘kolam renang’.

“Saya pula selalu ajar anak-anak mandi hujan, kata orang-orang tua biarkan hujan turun selama 10 minit, barulah boleh pergi mandi di luar.

“Kalau kami tak balik rumah lagi sejam, air mungkin melimpah turun ke ruang tamu di tingkat bawah.

“Rumah saya pula tak ada kolam renang, jadi anak-anak saya nak buat kolam renang mereka sendiri. Mereka dah lama rancang, saya yang lalai.

“Nak marah anak-anak pun tak boleh sebab saya juga yang sering ajak mereka mandi tengah hujan, kadang-kadang tu ayah mereka pun join sekali,” ujarnya sambil berseloroh.

“Walau bagaimanapun, ahli perniagaan itu bersyukur kerana mereka pulang ke rumah lebih awal pada hari kejadian, sekali gus dapat mengelakkan perkara lebih serius berlaku.

“Kalau kami tak balik rumah lagi sejam, memang jenuh kami nak bersihkan. Di tingkat atas pun penat bergotong-royong.

“Saya reda dengan apa yang berlaku. Tapi disebabkan anak-anak saya ni kreatif sangat, sebelum keluar rumah kami akan periksa dulu lubang air di balkoni tidak ditutup untuk elak kejadian berulang,” katanya.

Sumber: Mstar

 

 

 

 

 

 

Share.

Leave A Reply