Polis menahan seorang lelaki mabuk selepas disyaki menyerang penceramah agama di sebuah surau dekat Taman Universiti, Skudai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.55 malam.

Menurutnya, suspek berusia 38 tahun itu dikatakan meluru masuk ke dalam surau dan menyerang penceramah agama itu menggunakan dua pisau dan satu botol arak.

“Suspek didapati berada dalam pengaruh alkohol dan tindakannya itu dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi polis.

“Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di surau berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, suspek kemudiannya ditahan dan dua pisau serta botol arak yang digunakan suspek dalam kejadian itu turut dirampas.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek seorang penganggur dan merupakan orang dikehendaki berkait kes dadah di kontinjen lain.

“Saringan awal air kencing suspek mendapati dia negatif dadah dan mahkamah juga sudah membenarkan permohonan reman selama empat hari terhadap suspek,” katanya.

Fariz Ammar berkata, siasatan awal polis juga mendapati mangsa tidak mengenali suspek serta lelaki itu juga tiada motif lain dan hanya menyerang kerana berada dalam pengaruh alkohol yang berlebihan serta hilang kawalan diri.

Katanya, polis sudah merakam keterangan saksi di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 352 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Komen Netizen :

Itu sebab kenapa wajib perangi ARAK! tiada kompromi dalam hal ni

Kalau macam ni jugak ada pihak nak mempertahankan arak & judi kat Malaysia, aku doakan agar benda yang sama berlaku kat orang yang menyokong benda haram ini.

Pandai pulak dia pilih surau. byk2 org tepi jalan.. surau juga dia pilih. pastu target penceramah. nape tak attack yg lain? kata takde motif

Boleh buat alasan mabuk..Yang penting ambil tindakan undang-undang terhadap nya… hanya bayar denda tidak mencukupi

Sumber : Harian Metro 

Share.

Leave A Reply