Biarpun sempit serta tiada kemudahan asas, namun bagi lima sekeluarga ia sudah memadai buat mereka yang terpaksa tinggal dalam dangau di Kampung Pokka, dekat sini sejak hampir setahun lalu. Keluarga Rosdi Omar, 50, dan isteri Nor Fariza Zainol, 39, bersama tiga anak lelaki berusia lima hingga 15 tahun tinggal di bangsal berlantai serta berdindingkan buluh, kain dan zink yang sudah dianggap ‘mewah’ kerana hanya itu sahaja tempat tinggal yang mereka ada untuk berteduh sejak Januari lalu. Mereka sekeluarga hidup tanpa mempunyai bilik, yang ada cuma ruang tamu yang juga menjadi tempat meletakkan dapur kayu bagi memasak. Di situ jugalah tempat…
Author: Imannina
Beberapa hari lalu, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki dan rakan-rakannya membuat review makanan terhadap perniagaan pencuci mulut yang diusahakan oleh influencer TikTok di kenali sebagai Kieda. Dalam video tersebut, mereka dilihat menghina bau dan rasa beberapa jenis makanan yang dibeli di Kieda Crepe, malah salah seorang daripadanya menyamakan makanan tersebut seperti bau ‘bontot’. Video itu telah mendapat kritikan daripada orang ramai yang berpendapat pandangan tersebut akan menjatuhkan perniagaan dan periuk nasi orang lain. “Nak review makanan tp jenis cheese tak makan, manis x boleh.. baik review jenis2 pasir kucing je,” @Rafie Razali. “Agak2 la ko bang kalau satu dua…
Bila tamat musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang berlumba-lumba untuk pergi bercuti bersama keluarga dan sahabat tersayang. Namun perlulah kita sentiasa ingat, apabila kita melawat ke negeri orang, kita perlulah menjaga adab dan perkataan dan tidak ‘bercakap besar’. Kita tidak ingin perkara yang tidak diingini untuk berlaku. Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda apabila dengan beraninya dia berenang di Tasik Dayang Bunting, Langkawi tanpa memakai jaket keselamatan. Isterinya dikenali sebagai @taca_fitri yang memuat naik video berkenaan di media sosial berkata, suaminya ketika itu ‘cakap besar’ dan tidak mahu memakai jaket keselamatan kerana dikatakan pandai berenang. “Bukan main-main, tapi betul-betul.…
Seorang lelaki di Britain menyedari memiliki kemahiran seni, pertukangan dan pembuatan model secara tiba-tiba selepas tersedar daripada koma. Lelaki bernama Moe Hunter, 38, dijangkiti meningitis bakteria dan tuberkulosis (tibi) yang jarang berlaku pada otaknya. Selepas menjalani pembedahan otak dan koma selama lebih sebulan, dia tersedar dan hilang ingatan, Namun, dia tersedar yang dia mempunyai kemahiran yang belum pernah dimiliki sebelum ini. Hunter mendapati dirinya mempunyai kebolehan baharu termasuk bakat melukis, mewarna dan membina model walaupun tidak memiliki bakat seni ketika di sekolah. Dia kini menggunakan kemahiran tersebut untuk memulakan kerjaya sebagai tukang kayu yang bekerja sendiri. Bapa kepada seorang anak…
Hartawan terkemuka, Elon Musk dikhabarkan merancang untuk mengurangkan kira-kira 3,700 pekerja di Twitter Inc, atau separuh daripada tenaga kerja syarikat media sosial itu. Menurut sumber, perkara itu dibuat dalam usaha untuk mengurangkan kos operasi selepas membuat pembelian aplikasi tersebut pada harga AS$44 bilion (RM208.65 bilion). Pemilik baharu Twitter itu dijangka akan memaklumkan kepada kakitangan yang terjejas pada hari Jumaat. Musk dan pasukan penasihatnya juga menimbang pelbagai senario untuk pemberhentian kerja dan perubahan dasar lain di Twitter yang berpangkalan di San Francisco. Musk juga berhasrat untuk membatalkan dasar kerja yang membenarkan kakitangan menjalankan tugas di mana sahaja sebaliknya mengembalikan semula polisi…
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang menghadapi tiga pertuduhan berkaitan dadah, ditempatkan dalam sel tahanan berasingan di penjara berikutan keadaan kesihatan yang dihadapinya. Peguam Ariff Azami Hussein yang mewakilinya berkata, walaupun diasingkan daripada banduan lain tindakan itu tidak menjadikan Yasin mendapat layanan istimewa. “Semalam saya melawat Yasin dan keadaan beliau ceria dan bersemangat cuma kurang selera makan. Layanan pihak penjara dan polis terhadapnya sangat baik malah tiada isu langsung. “Macam beliau kata tadi, penjara tetap penjara,” ujar peguam itu ketika ditemui wakil media selepas prosiding sebutan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Sementara itu, Yasin ketika ditanya keadaannya…
Kalau ditanyakan soal bermadu, pastinya perkara ini sukar untuk diterima atau dihadapi rata-rata wanita berkahwin kerana menganggap ia satu perkara yang pahit untuk ditelan. Namun begitu, lain pula pandangan dua ‘madu’ yang dikenali sebagai Siti Nor Aisyah Saawal, 36, dan Marzurah Abdul Rahman, 23. Mereka merasakan hidup bermadu sama sekali tidak mendatangkan masalah meskipun mereka berkongsi suami, Mas Nawi Yusof, 41. Bahkan, mereka berasa sangat gembira kerana dapat berkongsi kasih dan duduk serumah bersama. Ketika ditemu ramah, Siti Nor Aisyah yang merupakan isteri pertama mendedahkan bahawa dia mengenali madunya, Marzurah yang ketika itu masih lagi bersekolah di tingkatan tiga di…
Seorang wanita warga Thailand didenda RM10,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah tinggal melebihi masa di negara ini, bulan lalu. Miss Sanjai Mano, 38, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mahkamah juga menetapkan tertuduh dipenjara empat bulan jika gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa tinggal di negara ini selama tempoh dua bulan 18 hari tanpa sebab munasabah. Dia menetap walaupun sudah tamat tempoh Pas Lawatan Kerja Sementara yang sah laku sehingga 27 Julai lalu. Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 11.05 malam di Bilik 8419 Tingkat 4 Marvelux Hotel,…
PEMAIN beregu campuran profesional negara, Goh Liu Ying mendedahkan akan menamatkan kariernya sebagai pemain badminton sebaik sahaja Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2023 yang dijadualkan berlangsung Januari depan tamat. Pemain berusia 33 tahun itu boleh dianggap antara beregu campuran terbaik Malaysia apabila gandingannya bersama Chan Peng Soon berjaya merangkul pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016. Liu Ying berkata, setiap kejayaan yang diraih sepanjang bergelar pemain profesional akan menjadi kenangan paling indah bagi dia. Tambahnya, keputusan ini dibuat biarpun dia berdepan kesukaran selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2018. “Mengenai perancangan, kejohanan Terbuka Malaysia tahun depan akan jadi kejohanan terakhir…
Tumbuk Dan Pijak Ibu Kandung. Seorang Lelaki Ditahan Polis. | Polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun selepas dipercayai menumbuk muka dan memijak tubuh ibunya hanya kerana wanita itu dikatakan tidak mengemas rumah, semalam. Kejadian berlaku di kediaman mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini, kira-kira jam 6 petang, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata mangsa yang berusia 44 tahun tampil membuat satu laporan polis pada jam 2.40 petang, kelmarin. Katanya, siasatan mendapati pengadu dipukul oleh suspek yang tidak berpuas hati kerana berasakan ibunya tidak mengemas rumah. “Ketika kejadian, suspek bertindak…