Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyeru umat Islam untuk menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa acara yang melibatkan maksiat serta hiburan melampau. Ustazah Asma’ mengulas dalam satu hantaran di Facebook tentang sambutan pesta Halloween yang dibuat besar-besaran di negara Arab Saudi baru-baru ini. “Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Usaha untuk bawa pengaruh dan budaya barat semakin menjadi-jadi di Arab Saudi yang merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam. “Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat,” katanya. Tambahnya, sambutan itu semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan…
Author: Imannina
Ribut Tropika Nalgae menghentam Flipina semalam selepas mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang, kata beberapa pegawai. Nalgae membadai pulau utama Filipina, Luzon dengan angin maksimum selaju 95 kilometer sejam selepas tiba di Pulau Cataduanes sebelum subuh. Hujan lebat melanda ketika Nalgae menghampiri selatan Filipina kelmarin dan mengenangi kebanyakan kawasan di pedalaman Pulau Mindanao, kata perkhidmatan kaji cuaca. Ia disusuli bencana tanah runtuh dan banjir kilat dengan air keruh yang membawa serpihan, menghanyutkan seluruh keluarga di sesetengah kawasan. Pengarah Pertahanan Awam Filipina, Rafaelito Alejandro, berkata, menjelang pagi semalam, angka kematian meningkat kepada 45 orang. “Sekurang-kurangnya 14…
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh anaknya berusia 12 tahun menggunakan parang dan mencederakan isteri serta dua anak yang lain, minggu lalu. Tertuduh, Roni Abraham, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja lima pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Izwan Mohamed Noh. Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nafizah Mohd Salleh, 38, dengan memukul pipi kiri dan seluruh badan mangsa menggunakan tangan. Dalam pertuduhan kedua sehingga keempat, tertuduh didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap tiga anaknya masing-masing berusia 10, 12 dan 13 tahun. Kecederaan dibuat dengan…
Sesat ikut “Waze” telah membawa seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya menaiki motosikal ditahan di Plaza Tol Sungai Besi, malam tadi. Remaja perempuan tanpa lesen memandu itu tersebut berkata, dia keluar dari rumah secara curi-curi menaiki motorsikal abangnya untuk ke rumah kawan di Taman Medan, Petaling Jaya. “Ini kali kedua saya dari rumah di Semenyih pergi ke Taman Medan untuk ke rumah kawan di sana. “Saya tersesat sebab gunakan ‘waze’ kalau tidak sebelum ini gunakan jalan pintas yang juga lebuh raya untuk pulang ke rumah saya,” katanya ketika ditemui pemberita. Dalam tangkapan lain, seorang…
“Saya sedia untuk dibicarakan”. Itu kata ringkas usahawan kosmetik Safiey Ilias ketika ditemui di Mahkamah Ampang di sini selepas sebutan kes empat pertuduhan seksual terhadap dua remaja lelaki melalui laman sosial Instagram tahun lalu. Safiey Ilias atau nama sebenar Mohd Safiuddin Ilias, 28, mengatakan dia tiada masalah berdepan dengan perbicaraan dan akan patuh pada prosedur makhamah kerana sepanjang kes, dia telah memberi kerjasama yang baik. Makhamah Sesyen telah menetapkan hari ini bahawa empat hari bermula Julai tahun depan bagi perbicaraan empat pertuduhan kes tersebut. Hakim Norhazani Hamzah menetapkan 24 hingga 27 Julai 2023 bagi perbicaraan selepas pihak pendakwaan dan pembelaan…
Seorang lelaki di Iran yang tidak pernah mandi selama 67 tahun kerana bimbang dijangkiti penyakit meninggal dunia pada usia 94 tahun. Dia meninggal beberapa bulan selepas pertama kali membersihkan badannya. Amou Haji digelar ‘lelaki paling kotor di dunia’ kerana mengelak daripada mandi. Dia bagaimanapun kekal sihat walaupun bertahan hidup dengan hanya memakan bangkai landak mentah yang mati dilanggar serta meminum air lopak jalan yang diisi di dalam tin minyak berkarat. Jiran-jirannya berjaya memujuknya pada awal tahun ini untuk mandi selepas memberikan alasan bahawa tiada kawan dan teman wanita akan mendekatinya jika tidak membersihkan badan. Agensi berita Iran, IRNA memetik sumber…
Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan peningkatan sebanyak 137 kes atau 9.3 peratus kes demam denggi pada Minggu Epidemiologi ke-42 2022 (ME42/2022) berbanding minggu sebelumnya. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sebanyak 1,614 kes demam denggi dilaporkan sepanjang tempoh bermula 16 hingga 22 Oktober lalu. Manakala, kes pada minggu sebelumnya adalah 1,477 kes. Menurut beliau, KKM telah merekodkan satu kes kematian akibat komplikasi demam denggi yang dilaporkan pada ME42/2022. “Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 48,109 kes berbanding 21,308 kes bagi tempoh sama pada 2021 iaitu peningkatan sebanyak 26,801 kes atau 125.8 peratus. “Kematian…
ASEAN menggesa pelbagai pihak terutama negara yang mempunyai kuasa besar mengambil tindakan konkrit bagi mencari penyelesaian secara aman membabitkan krisis Myanmar. Menurut Pengerusi ASEAN ketika ini iaitu Kemboja, negara blok itu bimbang dengan keganasan yang semakin meningkat di Myanmar, termasuk insiden pengeboman di penjara Insein dan pergolakan di negeri Karen, baru-baru ini. ASEAN juga telah menunjukkan kebimbangan terhadap serangan udara di sebuah perhimpunan awam di negeri Kachin, sekali gus menyebabkan 80 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera. “Kita amat sedih dengan jumlah korban akibat keganasan yang semakin meningkat, dan penderitaan dialami jutaan penduduk Myanmar. Oleh itu, kita mendesak supaya keganasan…
Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang individu dengan menyerahkan ‘cek tendang’ berjumlah RM4,287.70 bagi perkhidmatan kerja fotostat, empat tahun lalu. Muzzamil Soliheen Musa, 45, yang tertuduh, bagaiamanapun mengaku tidak bersalah. Hal ini selepas pertuduhan diabacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan curangnya memperdayakan seorang individu berusia 45 tahun untuk perkhidmatan fotostat kertas-kertas soalan peperiksaan. Cek AmBank Islamic Berhad (AmBank Islamic) itu berjumlah RM4287.70 untuk perkhidmatan di sebuah sekolah di Lenggeng. Bagaimanapun, tertuduh telah membatalkan cek tersebut yang mana individu itu tidak akan melaksanakan kerja-kerja tersebut jika…
Perkhidmatan aplikasi WhatsApp dilaporkan sedang menghadapi masalah teknikal ekoran pengguna tidak boleh mengirim mahupun menerima mesej. Berdasarkan laporan, DownDetector menyatakan masalah itu dikesan berlaku pada pukul 3 petang tadi. Laporan itu juga mendakwa terdapat lebih 400 pengguna perkhidmatan berkenaan sudah mengemukakan aduan berhubung gangguan terbabit. Berdasarkan perangkaan awal, sebanyak 86 peratus pengguna didapati menghadapi masalah berkenaan. Walau bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan setakat ini oleh penyedia perkhidmatan sosial media berkenaan. Rata-rata netizen mula membuat aduan ini di laman Twitter mereka mengenai masalah ini. https://twitter.com/punjabiii_munda/status/1584804167251787776 https://twitter.com/GingerPower_/status/1584806943281254402 https://twitter.com/Jacksonnyakoe/status/1584812362145484803 https://twitter.com/Tina_cortes09/status/1584804803762216960 Sumber: Kosmo