Author: Admin Hanisah

Polis di India menahan seorang lelaki yang merupakan pengasas bersama laman web, AltNews kerana kelantangan dirinya mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi. Menurut BBC, Mohammed Zubair dituduh menghina kepercayaan beragama dalam Twitter. Pemimpin pembangkang serta wartawan telah mengutuk penahanan tersebut. Hal ini kerana, secara jelas kerajaan nasionalis Hindu cuba menghalang individu dengan alasan menyebarkan kata-kata berbaur penghinaan. Baru-baru ini, Mohammed mengkritik ucapan jurucakap parti kerajaan Bharatiya Janata (BJP). Jurucakap tersebut telah menghina Nabi Muhammad SAW semasa siaran debat di televisyen. Ciapan lelaki itu tersebar meluas sehingga mencetuskan protes besar-besaran di beberapa negara Islam. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kenyataan yang…

Read More

Pelakon Yoe Parey menjelaskan terpaksa menutup gerai goreng pisang miliknya yang beroperasi sebelum ini di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh akibat masalah tertentu. Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk. Katanya, kedai itu telah dipecah masuk sebanyak tiga kali serta laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Puteh. Malah, pihak polis sudah datang ke kedai tersebut untuk membuat siasatan. Kini, kedai tersebut telah diserahkan kepada orang lain yang menjual ayam. Manakala, Yoe menolong ayahnya membuat budu yang sudah lama diusahakan serta turut membantu menghantar budu ke…

Read More

Sekurang-kurangnya 21 remaja dilaporkan maut di Cape Town, Afrika Selatan, pada hujung minggu selepas keluar malam di sebuah kedai minuman keras. Menerusi laporan media antarabangsa, punca kematian kumpulan remaja ini masih belum dapat dikenal pasti. Pegawai tempatan serta ahli politik meluahkan rasa bimbang jika kematian tersebut ada kaitan dengan pengambilan minuman keras. Lapan remaja perempuan dan 13 lelaki telah ditemui meninggal dunia di kedai minuman itu. Menurut kerajaan wilayah Eastern Cape, kejadian berlaku di kawasan perumahan yang dipanggil Scenery Park. Difahamkan 17 remaja ditemukan meninggal dunia di tempat kejadian dan selebihnya di hospital. Pegawai Keselamatan Kerajaan, Unathi Binqose, berkata, botol…

Read More

Hantaran poster notis awam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor di Facebook berhubung bidaan siri nombor pendaftaran kenderaan ‘BRA’ menarik perhatian warganet, hari ini. Apa tidaknya, huruf permulaan ‘BRA’ itu sendiri sudah menggambarkan keunikannya tersendiri. Hal ini kerana, ia membawa perihal sejenis pakaian dalam milik wanita. Tidak hanya nombor itu sendiri yang istimewa, reaksi warganet di ruangan komen hantaran berkenaan juga mencuit hati. Ada yang berkira-kira untuk mendapatkan siri nombor berkenaan malah, ada yang turut membayangkan nombor ‘fancy’ bila dipadankan antara huruf dan nombor. Rata-rata komen mahu wanita mendapatkan nombor pendaftaran itu kerana ia dilihat sesuai untuk golongan itu. Malah, ada…

Read More

Satu kajian baharu mendapati bahawa jangka hayat ahli politik adalah lebih lama berbanding penduduk di kawasan yang mereka wakili, lapor laman MailOnline semalam. Pasukan penyelidik dari Universiti Oxford melakukan kajian itu dengan menganalisis data dari 11 negara. Kajian itu melibatkan lebih 57,500 ahli politik sejak awal abad ke-19. Negara terbabit adalah Australia, Austria, Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Belanda, New Zealand, Switzerland, Britain dan Amerika Syarikat. Di semua 11 negara berkenaan, ahli-ahli politiknya didapati mempunyai purata jangka hayat 4.5 tahun lebih lama berbanding populasi yang mereka wakili. Jurang jangka hayat pula berbeza mengikut negara. Ia bermula sekitar tiga tahun yang direkodkan…

Read More

“Arwah seorang kakak yang ceria dan sangat baik, malah dua anaknya sangat rapat dengan ibu mereka, nak ke mana-mana pun mereka mesti bersama,” kata Mohd Asyraf Ibrahim, 34. Mohd Asyraf adalah adik kepada Masyitoh Ibrahim, 37, yang meninggal dunia selepas Proton Persona yang dinaiki bersama dua anaknya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai. Kejadian berlaku di Sungai Muda di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani – Baling, dekat sini, semalam. Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah kakaknya itu pada sambutan Aidilfitri lalu dan hubungan mereka seperti biasa. Katanya, dua anak saudaranya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad…

Read More

Dalam kejadian baru-baru ini, seorang lelaki bertindak di luar kebiasaan apabila membawa ular yang menggigit isterinya ke hospital bersama-sama mereka, lapor laman Gulf News. Kejadian berlaku di Afzal Nagar, negeri Telangana, India apabila seekor ular menggigit kaki isteri seorang penduduk kampung bernama Ramendra Yadav. Kebiasaannya, ular akan dipukul sehingga mati atau dihalau keluar. Namun, Ramendra bertindak menangkap ular tersebut dan memasukkannya ke dalam botol. Kemudian, membawa isterinya dan ular itu ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Doktor bertanya tujuan Ramendra membawa ular tersebut bersamanya ke hospital. Katanya, itu sebagai persediaan sekiranya doktor bertanya ular jenis apa yang menggigit isterinya serta…

Read More

Seorang ibu tunggal di Britain mendedahkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan seorang banduan jenayah bunuh, lapor akhbar The Sun, semalam. Malah, lelaki itu tidak pernah ditemuinya dan hanya saling mengenali menerusi program rakan pena. Laura O’Sullivan, tidak pernah bersemuka dengan Terrel Ravon Reese namun yakin lelaki yang berada di Amerika Syarikat (AS) itu adalah jodohnya. Meskipun Reese kini sedang menjalani hukuman penjara 20 hingga 40 tahun kerana bersubahat dalam jenayah bunuh pada 2009. Namun, kesalahan lelaki itu tetap tidak mengubah perasaan O’Sullivan terhadapnya. Katanya, kejadian itu berlaku ketika Reese berusia 18 tahun di mana dia masih muda, mentah serta berada di…

Read More

Pasukan Perubatan Hospital Bersalin dan Kanak-kanak Makkah, berjaya menyelamatkan nyawa seorang bayi berketurunan Amerika Syarikat yang tertelan jarum 5.5 sentimeter (cm). Memetik Arab News, bayi berusia tujuh bulan itu datang ke negara berkenaan untuk menunaikan umrah bersama keluarganya. Dia dalam keadaan kritikal apabila tiba di jabatan kecemasan hospital terbabit. Ini berikutan jarum berkenaan tertusuk usus dan menyebabkan lubang kecederaan. Pasukan perubatan berkenaan mengeluarkan jarum tanpa pembedahan, walaupun kesukaran yang ditimbulkan atas faktor usia bayi dan saiz jarum. Prosedur berjaya dan bayi itu dibenarkan keluar hospital dalam keadaan sihat. Ketua pasukan perubatan, Dr Abdullah Al-Shanbary berkata, selepas pembedahan bayi itu dirawat…

Read More

Polis sedang mengesan saksi kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal di kilometer 13.7 Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, memberi kenyataan berhubung insiden itu di sini, hari ini. Katanya, pihaknya menerima satu laporan polis berhubung kejadian pada pukul 7.01 malam semalam. Siasatan awal mendapati, kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berusia 19 tahun. Mangsa dipercayai telah melanggar bahagian belakang motosikal jenis Honda EX5 sebelum terbabas ke tengah jalan. Mohamad Fakhrudin berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Mayat mangsa telah di bawah ke Pusat Perubatan…

Read More