Author: Admin Hanisah

Seorang abang yang kudung kaki kanan telah dikenakan hukuman penjara selama 14 tahun beserta lapan sebatan. Lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan merogol adik kandungnya yang berusia 14 tahun, hujung tahun lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh,21, menggunakan tongkat untuk berdiri membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan persetubuhan dengan mangsa yang ketika itu berusia 13 tahun. Perhubungan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama dan adat untuk berkahwin dengan kanak-kanak tersebut. Kesalahan itu dilakukan pada 1 November 2021 hingga 7 November 2021…

Read More

Netflix sedang merekrut peserta dari seluruh dunia bagi menyertai siri realiti televisyen Squid Game yang sebenar, lapor Entrepreneur semalam. Pertandingan melibatkan 456 pemain merangkumi cabaran-cabaran yang diilhamkan dari siri asal. Malah, ada penambahan baharu yang mengejutkan, kata Netflix dalam satu kenyataan. Pemenang bakal memperoleh hadiah bernilai AS$4.56 juta (RM20.16 juta). Naib Presiden Siri Tanpa Skrip dan Dokumentari Netflix, Brandon Riegg, telah memberi kenyataan mengenainya. Peminat drama itu bakal menyaksikan perjalanan 456 peserta mengharungi pertandingan terbesar pernah diadakan. Pertandingan penuh dengan ketegangan dan kelainan untuk merebut hadiah wang tunai lumayan. Siri itu bakal ditayangkan dengan 10 episod panjang dan difilemkan di…

Read More

Kehidupan sebagai suami isteri sudah pasti ada pasang surutnya dan antara yang sering terjadi ialah perselisihan faham antara ibu mentua dan menantu. Begitulah yang dirasakan oleh seorang pengguna TikTok apabila terpaksa berhadapan dengan ibu mentuanya. Sikap ibu mentuanya yang sering mencari kesalahannya sehingga menyebabkan pergaduhan. Wanita itu terpaksa membaik pulih rumahnya dek kerana sikap ibu mentua yang berkeras mahukan semula pintu yang pernah diberikan kepadanya sebelum ini. Tambahnya lagi, dia sebelum ini sudah menolak pemberian si ibu mentua kerana pintu itu tidak sesuai dengan rumahnya. Namun, ibu mentuanya itu tetap memaksa supaya pintu itu dipasang juga. “Ini adalah rumah aku…

Read More

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berkenan melantik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Sultan Ibrahim menitahkan perkara itu selepas selesai merasmikan pembukaan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini, hari ini. Titahnya, Tunku Mahkota Johor dilantik sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Baginda mahu berehat sekejap mulai hari ini. Tunku Ismail merupakan anak sulung Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Tunku Ismail dilantik sebagai Raja Muda Johor pada April 2006 sebelum dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor pada…

Read More

Seorang lelaki yang berasal dari Australia dihantar pulang ke negara asalnya selepas ditangkap memanjat pohon beringin yang dianggap suci, demi kandungan media sosial semata-mata. Menurut Kompas.com, Pejabat Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia memaklumkan bahawa Samuel Lockton telah mengganggu penduduk di Kampung Tradisional Kelod Kelaci, Tabanan, Bali. Ketua Kementerian berkenaan, Anggiat Napitupulu berkata, lelaki itu tidak dibenarkan berada di Bali lagi selepas melakukan gangguan tersebut. Mereka memerintahkannya supaya meninggalkan Indonesia dan dilarang masuk ke negara ini dalam tempoh tertentu. Tambah Anggiat, lelaki itu sudah memohon maaf kepada masyarakat adat terutamanya masyarakat Pura. Terdahulu, Samuel mengaku memanjat pokok tersebut beberapa kali…

Read More

Kumpulan BTS yang berjaya mencipta fenomena seantero dunia, mengumumkan mereka akan berehat seketika daripada aktiviti seni berkumpulan bagi memberi fokus kepada projek solo masing-masing. Bagaimanapun, pengumuman itu tidak merujuk kepada tindakan untuk berpecah selain memberi jaminan bahawa mereka akan kembali bersama menghasilkan lagu kelak. Perkara tersebut telah diumumkan oleh mereka dalam sebuah video di Youtube. Video itu memaparkan ketujuh-tujuh anggota kumpulan ini sedang berbincang mengenai harapan mereka sebagai sebuah kumpulan dan juga artis solo. Menerusi video berdurasi satu jam itu, anggotanya, V, memberitahu dan memberi jaminan kepada peminat-peminat bahawa mereka tidak akan berpecah. Tetapi, mereka mahu cuba mencuri sedikit masa…

Read More

Seorang isteri di Jambi, tidak menyangka dia sebenarnya berkahwin dengan seorang wanita selepas 10 bulan mereka berumah tangga. Menurut Detiknews, selama perkahwinan mereka, wanita itu tidak pernah menyangka ‘suaminya’ itu adalah seorang wanita. Mendedahkan perkara itu di mahkamah, wanita itu tidak pernah mengesyaki ‘suaminya’ itu adalah seorang perempuan. Pada awalnya, ‘suaminya’ mengaku bekerja sebagai doktor dengan memiliki banyak kelayakan akademik dari luar negara. Dia berkata demikian ketika memberi keterangan di mahkamah berhubung kes ‘suaminya’ yang didakwa kerana pemalsuan berhubung kelayakan sebagai guru. Menurut wanita itu, dia berkenalan dengan ‘suaminya’ yang menggunakan nama Ahnaf Arrafif, menerusi satu aplikasi janji temu. Katanya,…

Read More

Tular apabila seorang bekas peninju Britain, Julius Francis berjaya menumpaskan seorang lelaki yang sedang bergaduh dengan satu penumbuk lalu terus ‘KO’ di luar BoxPark, Wembley. Ketika itu beliau sedang bertugas sebagai pengawal keselamatan disitu dan cuba meleraikan pergaduhan melibatkan sekumpulan lelaki. Insiden tersebut bermula dengan seorang lelaki yang dilapor bengang dan berkelakuan agresif apabila terdengar orang memaki hamunnya. Francis dan beberapa pengawal keselamatan yang lain dilihat berjaya menjauhkan lelaki berkenaan daripada kawasan BoxPark. Bagaimanapun, ketika peninju yang pernah berdepan dengan Mike Tyson itu ingin berundur, dia diasak dengan kasar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba. Tanpa berlengah, bekas peninju berkenaan melepaskan…

Read More

Peluang skuad Harimau Malaya untuk menamatkan badi 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia tahun depan dilihat semakin cerah. Anak buah Kim Pan-gon hanya memerlukan kemenangan tipis 1-0 ke atas Bangladesh malam ini. Ia selepas pesaing terdekat daripada Kumpulan B iaitu Filipina tewas besar 4-0 kepada Palestin untuk mengumpul empat mata. Jika skuad negara menang dalam aksi terakhir Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini dengan hanya 1-0, Malaysia akan meraih salah satu daripada lima slot naib juara terbaik. Malah, keputusan seri juga dilihat memadai buat kem negara memungut empat mata namun dibezakan jumlah jaringan yang lebih…

Read More

Kematian pempengaruh TikTok, Cooper Noriega, 19, masih menjadi misteri selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan yang ‘pelik’. Mayatnya dijumpai di tempat letak kereta pusat beli-belah di blok 500 North First Street, Burbank, California dalam keadaan ‘pelik’. Memetik laporan media, mayat Noriega ditemui sekitar jam 4.20 petang pada Khamis lalu (9/6/2022). Punca kematian lelaki itu masih dalam siasatan. Apa yang lebih pelik, apabila Noriega dikatakan sempat berkongsi beberapa catatan misteri. Kemudian, dikongsi di TikTok di mana menunjukkan dia sedang berbaring di atas katil sebelum meninggal dunia. “Siapa sangka mereka akan mati muda.” Dia sebelum ini, terbuka dengan para pengikutnya mengenai perjuangan penyakit…

Read More