“Uwais mula-mula berkerut, kemudian dia toleh beberapa kali,” itulah reaksi anak kepada Allahyarhamah Siti Sarah, Uwais Alqarni ketika pertama kali bertemu dengan ‘kembar’ ibunya dikenali sebagai Emy. Mereka bertemu ketika majlis sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Raissuddin Hamzah, baru-baru ini. Ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi, 35, berkata, Uwais adalah orang yang ingin bertemu dengan Emy selain suaminya yang juga bapa kepada penyanyi lagu Kesetiaan itu. “Saya tanya suami sama ada dia nak berjumpa dengan Emy atau tidak dan dia memang nak. Uwais pun meluahkan hasrat untuk berjumpa juga,” katanya. Jadi, dia minta bantuan pekerjanya untuk menghubungi Emy. Kebetulan,…
Author: Admin Hanisah
Kes saman fitnah Johnny Depp dan bekas isterinya, Amber Heard kini sedang hangat diperkatakan, malah, pengguna Facebook, Hamka (Kereta Mayat) telah berkongsi pendedahan mengenainya. Pada awalnya, Johnny Depp telah jatuh cinta kepada Amber Heard ketika berlakon dalam The Rum Diaries pada tahun 2011. Kemudian, mereka telah melangsungkan perkahwinan di sebuah pulau peribadi yang terletak di Bahamas. Tiba-tiba, selepas bergelar suami isteri selama 15 bulan, Heard memfailkan tuntutan penceraian kerana wujud perbezaan persefahaman antara mereka berdua. Selepas empat hari, hakim mengeluarkan arahan penahanan sementara untuk Depp atas dakwaan keganasan rumah tangga. Kesan daripada itu, Depp tidak mendapat beberapa tawaran kerja, malah,…
Dilaporkan selebriti terkenal Hollywood, Johnny Depp telah memenangi tuntutan saman terhadap bekas isterinya, Amber Heard. Juri telah memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah. Menurut laporan Sky News, Depp telah menerima sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta). Jumlah tersebut terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta). Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post. Artikel tersebut merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’. Walaupun, nama Depp…
Seorang peniaga mendapat pujian netizen apabila dia sanggup menawarkan makanan percuma di kedainya kepada pelajar yang tidak mempunyai wang. Tular beberapa gambar di media sosial, peniaga merangkap pemilik kedai melekatkan nota makluman di premisnya. Kedainya itu terletak di ‘N24 Streetcafe’ di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Beliau yang dikenali Siti Aishah, turut berkongsi maklumat itu di Facebook miliknya, sebelum gambar itu tular dengan netizen memuji sikapnya. Katanya, dia melakukan sedemikian kerana dia pernah menjadi pelajar serta mengetahui rasa susah yang dialami pelajar. Justeru, beliau mengalu-alukan khususnya mereka yang tidak mempunyai wang untuk datang ke kedainya. Mereka juga tidak perlu…
Kerajaan Negeri Perak menyarankan supaya rakyatnya menanam sendiri sayur-sayuran serta memelihara haiwan ternakan untuk kegunaan sendiri. Saranan ini dibuat susulan isu kekurangan bekalan makanan yang dihadapi ketika ini. Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata langkah itu merupakan antara inisiatif bagi mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat. Tambahan, rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beberapa produk pertanian serta penternakan ketika ini. Sayur-sayuran boleh ditanam, manakala kambing, lembu, kerbau dan ayam boleh diternak sendiri. Sekiranya bekalan itu berlebihan, rakyat juga boleh menjual sendiri. “Sebab itu saya kempen di merata tempat supaya apa yang kita hendak makan, kita tanam dan ternak sendiri…
Sebuah balai polis di Sibu digemparkan dengan kejadian mengejutkan apabila seorang lelaki warga emas hadir dengan membawa mayat anak perempuannya. Lelaki terbabit hadir ke balai polis itu untuk membuat laporan kematian pada Isnin. Sebelum itu, lelaki tersebut menghantar anaknya ke sebuah universiti awam di Sibu untuk menghadiri kelas. Kira-kira pukul 10 pagi, dia pulang ke rumah keluarganya di Bawang Assan. Namun, dia melihat anak perempuannya, 49, yang bertugas sebagai guru, rebah di dapur. Kemudian, lelaki itu membawa anaknya ke klinik di mana doktor mengesahkan anaknya sudah meninggal dunia. Lalu, doktor terbabit menasihatkan lelaki itu supaya membuat laporan kematian di balai…
Baru-baru ini, seramai 22 pasangan pengantin dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sekolah Pondok Darul Falah Pusat di Sidoarjo, Jawa Timur. Lebih menarik lagi, mereka saling tidak mengenali pasangan masing-masing ketika dinikahkan. Ketua sekolah pondok tersebut, Syaiful Bakri memberikan kenyataan tentang kejadian itu. Katanya, setiap lima tahun sekali acara pernikahan melibatkan ramai pasangan pengantin itu akan dilakukan. Kebanyakan pengantin merupakan pelajar perempuan dan lelaki di sekolah pondok berkenaan. Mereka yang sudah cukup umur dan ingin mendirikan rumah tangga. Mereka akan dinikahkan kemudian hanya bertemu dengan pasangan masing-masing selepas selesai ijab kabul. Menurut laporan Antara, hal ini tidak menimbulkan masalah…
Secara hakikatnya, pekerjaan sebagai penghantar makanan merupakan suatu pekerjaan yang tidak mudah untuk dilaksanakan. Mungkin sesekali habuannya agak cukup lumayan tetapi terpaksa bekerja dengan cuaca hujan panas serta terdedah dengan pelbagai risiko. Tambahan lagi, mereka perlu melayan karenah pelanggan yang bermacam-macam jenis. Situasi ini turut terjadi kepada seorang penghantar makanan apabila pelanggannya tersalah meletakkan lokasi ketika membuat pesanan. Lebih mengecewakan, usaha lelaki itu dengan menghubungi pelanggannya menemui jalan buntu apabila individu itu tidak mengangkat panggilannya. Akhirnya, penghantar makanan itu berjaya menghantar pesanan tersebut selepas pelanggan itu berjaya dihubungi. Bagaimanapun, jelas terlihat dia merasa sangat marah dengan kejadian itu. Malah, pelanggan…
Sudah menjadi adat dalam berumah tangga, pasti akan ada momen di mana suami isteri akan bergaduh akibat kurang persefahaman. Malah, ada yang bertindak di luar kawalan sehingga sanggup mencederakan pasangan masing-masing serta mencetuskan trauma dalam diri seseorang. Seorang wanita yang berasal dari Indonesia telah berkongsi kisah mengenai sikap buruk suaminya. Menerusi sorotan nanaorlin10 di TikTok, suaminya sering menggunakan kekerasan setiap kali berlaku pergaduhan. Dalam pertengkaran terbaharu, suaminya telah bertindak kejam dengan membuang beras ke dalam lubang tandas. Jelasnya, dia sengaja berbuat demikian supaya isteri dan anaknya tidak dapat menjamu selera. Wanita itu meluahkan rasa sebak apabila suaminya turut merosakkan barang…
Seorang instafamous bertindak menempah sekumpulan penari pondan untuk sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City. Tindakan tersebut membawa padah apabila dicekup oleh pihak polis semalam. Suspek merupakan pengusaha kosmetik, 27 dikenali sebagai Cik Lala, ditahan selepas pihak polis mendapat laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran. Laporan dibuat susulan insiden tarian separuh bogel penari pondan serta pembakaran bunga api. Insiden tidak bermoral itu turut tular di aplikasi TikTok. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim telah memberi kenyataan berdasarkan siasatan. Beliau berkata, kejadian berlaku antara pukul 8 hingga 11.30 malam, Jumaat lalu di sebuah dewan aras…