Gambar sup perut yang dimuat naik seorang wanita menjadi tular apabila yang disangkakan lemak perut rupanya tahi lembu. Daging lembu sememangnya menjadi kegemaran rakyat Malaysia, tidak kira pada musim perayaan atau hari biasa. Daging lembu dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan, khususnya sup tulang yang digemari ramai. Bukan hanya daging, bahagian lain turut menjadi kegemaran ramai seperti perut, ekor, mata dan kaki. Bagaimanapun, sesetengah bahagian memerlukan kepakaran bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sebelum dimasak. Nasib malang menimpa seorang wanita yang membeli sup tulang apabila dia mendapati sup itu berbau busuk selepas dipanaskan. Selepas diperiksa, boleh kembang tekak dibuatnya. Perkongsian dibuat oleh…
Author: Admin Hanisah
Rumah agam berusia 286 tahun yang telah menjadi tapak beberapa peristiwa ‘misteri’ serta mengilhamkan filem seram The Conjuring (2013) akan dijual pada harga AS$1.5 juta (kira-kira RM6.6 juta). Menurut portal NDTV, rumah ladang itu mempunyai keluasan sebanyak 3,100 kaki persegi (kira-kira 288 meter persegi). Rumah tersebut yang terletak di Rhode Island merupakan salah satu rumah berhantu yang paling terkenal di Amerika Syarikat (AS). Pemilik terdahulu rumah itu, penyiasat paranormal, Jenn dan Cory Heinzen telah membeli rumah itu pada 2016. Difahamkan, pembeli baharu, Jacqueline Nunez, ialah pemaju hartanah dari Boston. Heinzen akan mengadakan siaran langsung untuk membuat pengumuman berkenaan penjualan hartanah…
Sebelum ini, kecoh mengenai isu pendakwah bebas memberi teguran kepada penyanyi, Ifa Raziah berhubung tidak menutup aurat tetapi sudah tiga kali dijemput Allah ke Tanah Suci Mekah. Terbaharu, Ifa Raziah tampil memberi respon susulan dikaitkan dengan dakwaan pergi umrah tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna sebagai tanda-tanda istidraj. Menurut pemilik nama sebenar Saripah Raziah Mustapha, kenyataan yang dikeluarkan oleh pendakwah bebas itu disifatkan umum. Namun, dia merasakan dirinya terpanggil untuk menjelaskan perkara terbabit. “Siapa orang itu nak letakkan saya ni istidraj. Dia tahu ke maksud istidraj? Jangan buat kerja tuhan. “Setahu saya yang jahil dan seorang pendosa ini, istidraj itu…
Lelaki Jepun yang dikenali sebagai Toco, sentiasa ingin menjalani hidup sebagai haiwan dan akhirnya dia ‘berjaya’ menunaikan impian tersebut dengan menjadi ‘anjing’. Impiannya itu direalisasikan oleh bengkel kesan khas Zeppet dengan menyiapkan kostum khas anjing ultra-realistik. Kostum khas anjing itu dapat digunakan untuk menyembunyikan kerangka manusia serta membolehkannya berfantasi. Menurut Odditycentral, Zeppet mengenakan bayaran kira-kira dua juta yen (kira-kira RM690,000) kepada Toco untuk mencapai impiannya itu. Keputusan akhirnya sangat mengagumkan apabila Toco bertukar menjadi anjing jenis Rough Collie. Malah, lelaki itu dengan bangganya turut berkongsi foto dan video dirinya memakai kostum anjing itu. “Saya rasa membazir jika saya seorang sahaja…
Adat berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya. Namun, andai tiada jodoh, sekuat mana pun dipertahankan pasti akan terlerai juga. Tiada orang yang berkahwin untuk bercerai, tetapi jika takdir berkata sebaliknya, hanya perlu terima dengan hati yang redha. Baru-baru ini, tular satu video mengenai seorang lelaki yang datang mengembalikan isterinya yang telah diceraikan. Video dimuat naik oleh pengguna TikTok, menyaksikan seorang lelaki yang sedang duduk di hadapan seorang warga emas yang dipercayai bekas mertuanya. Lelaki itu dikatakan datang untuk memulangkan isterinya yang dikatakan telah berkali-kali meminta cerai daripadanya. Menerusi video tersebut, lelaki itu menangis ketika ditenangkan oleh bekas ibu mertuanya.…
Sejak minggu lalu, kecoh dalam laman sosial mengenai video tular yang mendakwa pelakon muda Syafie Tee, yang juga anak kepada pendakwah terkenal, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah bercium sakan dengan seorang wanita. Selepas isu panas itu tular, timbul pula dakwaan mengatakan bahawa wanita yang dicium pelakon itu bukanlah seorang wanita tulen. Sebaliknya wanita itu dikatakan seorang mak nyah atau pondan, atau dengan kata lain, ‘wanita berloceng’. Perkara itu telah didedahkan seorang pengguna Twitter yang berkongsi tangkap layar profil wanita tersebut. Ternyata wanita itu sendiri mendedahkan dirinya merupakan seorang transgender dalam satu ruangan komen. Ini memberi teka-teki sama ada Syafie…
Stesen televisyen BBC memohon maaf susulan dua tajuk yang muncul pada skrin saluran berita itu yang antara lain melabelkan kelab ‘Manchester United (MU) sebagai sampah’. Satu lagi tajuk tertera ‘cuaca hujan di mana-mana’ turut dipaparkan di saluran berita itu. Lapor Daily Mail, tajuk menghina itu muncul di bahagian bawah skrin pada pukul 9.35 pagi (waktu tempatan) semasa siaran berita sukan mengenai tenis. Ketika laporan perlawanan tenis Terbuka Perancis dipaparkan di televisyen, tajuk ‘Manchester United adalah sampah’ muncul di bahagian bawah skrin. Ia diikuti dengan tajuk ‘hujan cuaca di mana-mana’ yang membawa kekeliruan dalam kalangan penonton. Kira-kira dua jam kemudian, seorang penyampai berita BBC,…
Seorang lelaki dari Isle of Man diperkosa seorang pengedar dadah sebagai hukuman atas kegagalannya untuk membayar hutang berjumlah £500 (RM2,759), lapor akhbar Daily Star kelmarin. Mangsa berusia 22 tahun itu mengalami serangan seksual tersebut di pulau yang dikawal oleh ahli-ahli kumpulan penjahat. Kumpulan penjahat tersebut sering memanipulasi golongan muda bagi aktiviti pengedaran dadah. Butiran mengenai kes tersebut dikongsikan ketika sesi perbahasan di Parlimen Isle of Man, yang mendedahkan bahawa kumpulan-kumpulan itu dari Liverpool dan Merseyside di England. Kumpulan-kumpulan tersebut telah menjadi ancaman terbesar buat masyarakat pulau itu. Ahli Majlis Perundangan, Tanya August-Hanson mengesahkan kejadian tersebut. Beliau menambah bahawa suspek tidak…
Jenazah seorang anak yatim piatu tidak dimandikan gara-gara tidak cukup RM60 untuk membayar kos pengurusan jenazah dalam satu kejadian baru-baru ini, lapor TribunnewsBogor. Kejadian menyayat hati itu berlaku di Kampung Kalaserena, Kecamatan Bontonompo di Gowa, Sulawesi Selatan. Jenazah seorang wanita bernama Irma enggan dimandikan oleh pihak pengurusan mayat. Difahamkan, punca pihak pengurusan enggan menguruskan jenazah adalah disebabkan pihak keluarganya tidak mempunyai wang sebanyak RM60 lagi daripada jumlah asal RM270. Menurut ahli keluarga jenazah (dipercayai saudara terdekat), Daeng Sija, arwah tinggal di rumah ibu saudaranya di Bontonompo, Gowa selama dua hari sebelum jatuh sakit. Namun arwah terpaksa dikejarkan ke Hospital Haji…
Bermula dengan mengadu sakit perut sebelum dibawa berjumpa dengan dukun, alangkah terkejutnya ibu bapa gadis ini selepas mengetahui hal sebenar. Rupa-rupanya anak tersayang yang berusia 13 tahun sebenarnya sedang sarat mengandung enam bulan. Susulan daripada itu, pihak polis telah pun menahan suspek, J, 30, yang merupakan warga Desa Ulu Danau, Kecamatan Sindang Danau, Indonesia. Memetik laporan Tribun News, mangsa mengadu mengalami sakit perut dan kedua ibu bapanya membawa dia berjumpa dengan dukun bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun dukun berkenaan menjelaskan gadis itu sebenarnya sedang hamil enam bulan. Berasa kurang pasti dengan kenyataan tersebut, gadis ini telah dibawa berjumpa bidan kampung. Hasil…