Author: Admin Hanisah

Pesawat ringan yang terhempas di Jalan Raja Dr. Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini semalam, dilihat terbang terlalu rendah sebelum melanggar tiang lampu. Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Wan, 41, berkata, dia terkejut dan panik melihat pesawat itu dalam keadaan sedemikian seolah-olah mahu terhempas. Malah katanya, enjin pesawat tersebut juga mengeluarkan bunyi yang pelik ketika dilihat sekitar pukul 8 malam. Ketika kejadian, dia baru selesai mengisi minyak motosikal di stesen minyak berhampiran. Kemudian, dia terkejut melihat sebuah pesawat yang terbang pada paras yang terlalu rendah. Dia segera membuat pusingan U untuk melihat arah pesawat itu pergi. Dia terkejut…

Read More

Seorang jurulatih penerbangan maut manakala rakannya terselamat selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng di sini semalam. Difahamkan mangsa yang maut dikenali sebagai Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, manakala rakannya, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62, parah. Muhammad Din Fikri yang merupakan ketua jurulatih penerbangan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini ketika ditemui di sini semalam. Pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 8 malam membabitkan pesawat jenis Piper 28 yang terhempas di lokasi kejadian.…

Read More

Polis Kerian menahan tiga orang lelaki dalam dua serbuan berasingan kerana disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian di kawasan Tanjung Piandang di sini semalam. Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat, memberi kenyataan berhubung kejadian tersebut hari ini. Katanya, serbuan itu dilakukan ekoran susulan satu klip video tular di laman sosial yang memaparkan terdapatnya aktiviti judi dalam talian. Susulan video yang tular itu, polis Perak dan Kerian telah melakukan serbuan ke atas dua lokasi yang disyaki di kawasan tersebut. Serbuan pertama telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 21 tahun. Manakala, dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 32 tahun berjaya ditahan…

Read More

Pemandu Toyota Vios yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita di Simpang Empat Limbat, di sini, Khamis lalu akhirnya ditahan polis. Suspek lelaki berusia 45 tahun ditahan di rumahnya di Nilam Puri, 6.30 petang semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, memberi kenyataan berhubung kes ini pada sidang media di sini, hari ini. Katanya, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Katanya, suspek disiasat mengikut Seksyen Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 279 KK dan 427 KK. Siasatan mendapati, suspek mempunyai tujuh rekod jenayah lampau iaitu satu berkaitan jenayah manakala selebihnya berkaitan dadah.…

Read More

“Jaga solat dan jangan lupa nilai murni dalam diri,” itu antara pesanan yang dititipkan Chee Hoi Lan, 84, atau dipanggil ‘laoshi’ kepada anak angkatnya, Rohana Abdullah, 22. Pesanan itu dititipkan sebaik sahaja gadis itu bergelar mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Kata Hoi Lan, dia berasa sangat gembira apabila anak angkatnya yang dijaga sejak berusia dua bulan itu berjaya melanjutkan pengajian ke menara gading. Katanya, dia gembira Rohana menyambung pelajaran di UTeM, memang berat hati hendak berpisah tetapi demi masa depannya dia relakan juga. Tambahnya lagi, sebagai manusia, jangan lupa nilai murni atau moral serta sentiasa menjaga solat. Dia juga…

Read More

Satu lagi kemalangan ngeri melibatkan perlumbaan basikal berlaku pada Sukan Komanwel 2022 ketika saingan scratch lelaki 15 kilometer, hari ini. Pelumba England, Matt Walls melanggar penghadang dan terjatuh di atas penonton ketika beraksi dalam saingan tersebut. Juara Olimpik acara omnium itu diberi rawatan lebih 40 minit sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans. Insiden ngeri di Lee Valley VeloPark itu turut mendatangkan kecederaan kepada penonton selepas Walls dan basikalnya melepasi penghadang di selekoh velodrom. Walls cuba mengelak pelumba New Zealand, George Jackson dan Josh Duffy dari Australia yang terjatuh di depannya hingga memaksa dia melanggar penghadang. Dua lagi pelumba, Matt Bostock…

Read More

Dua beradik perempuan yang berasal dari Arab Saudi ditemui meninggal dunia di sebuah flat di Sydney, Australia. Lebih mengejutkan, kedua-dua mereka dipercayai sudah meninggal dunia sejak sebulan yang lalu. Menerusi laporan Metro UK, pihak polis tidak dapat mengesahkan punca sebenar dua beradik perempuan itu meninggal dunia. Mayat Asra Abdullah Alsehli, 24 dan Amaal Abdullah Alsehli, 23 ditemukan terbaring di flat di kawasan Canterbury pada 7 Jun lalu. Kegagalan mereka membayar sewa rumah membuatkan pasukan kebajikan telah melakukan pemeriksaan di kediaman tersebut. Menurut polis, mereka terkejut apabila menemui dua mayat yang sudah mereput di dalam rumah itu. Tambah polis, tiada sebarang tanda pencerobohan…

Read More

Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun sejak kelmarin terjawab apabila mangsa ditemui mati lemas di Sungai Plentong, dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak telah memberikan kenyataan berhubung kejadian di sini, hari ini. Menurutnya, mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam. Semalam, pihaknya menerima laporan polis oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin. Ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, 29 Julai. Namun, pada…

Read More

Hari bahagia bertukar menjadi episod paling memalukan dalam hidup. Itu yang berlaku kepada seorang wanita Tunisia yang ditinggalkan bakal suami pada majlis perkahwinannya. Ia selepas ibu kepada si lelaki mendakwa pengantin perempuan ‘hodoh dan pendek’. Daily Star melaporkan ibu kepada si lelaki hanya melihat gambar bakal menantunya itu, menjelang hari bersejarah itu. Wanita terbabit dikatakan hanya melihat bakal menantunya itu buat kali pertama di majlis berkenaan. Ibu lelaki itu dilaporkan kecewa selepas mendakwa bakal menantunya terlalu pendek dan tidak menarik untuk mengahwini anaknya. Dia kemudian mengarahkan anak lelakinya untuk menghentikan majlis itu serta-merta. Hal ini kerana, dia tidak boleh membenarkan…

Read More

Seorang lelaki warga emas dari Kampung Rancangan Pinggir, Kilometer 24, Jalan Bidor, Kampung Air Hitam di sini tidak pulang selepas keluar ke kedai pada 23 Julai lalu. Mairan Basir, 66, kali terakhir dilihat  penduduk berada di sebuah kedai kopi tidak jauh dari rumahnya pada pukul 4 petang hari yang sama. Anak sulung lelaki itu, Noorsam Mairan, 42, berkata, dia semakin bimbang kerana lebih seminggu bapanya tidak pulang. Sebelum ini, bapanya tidak pernah hilang atau tidak pulang walaupun mengalami masalah kesihatan. Biasanya walaupun bapanya keluar rumah untuk minum di kedai, dia tetap pulang. Bapanya mengalami masalah tidak boleh bertutur dengan betul…

Read More