Author: Admin Hanisah

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menjadi penamat era kegemilangan Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pelumba basikal trek negara. Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris nanti. Olimpik Paris 2024 bakal menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu. Malah, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun ini juga merupakan penampilan terakhir beliau. “Justeru, saya ingin berikan sepenuh perhatian untuk memastikan saya dapat beraksi dengan cemerlang…

Read More

IPOH: Semenjak pandemik bermula, Bandar Agacia atau popular sebagai Disneyland Malaysia di Kampar kini menjadi suram. Oleh itu, kerajaan Perak sedia membantu untuk menghidupkan semula kawasan tersebut. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata kawasan itu di bawah pengelolaan swasta, bukan Kerajaan Perak. “Berikutan pandemik, pembangunan di kawasan itu agak perlahan. Sekarang mereka sedang berusaha untuk mendapatkan peniaga kembali ke kawasan berkenaan dan meneruskan pembangunan seperti yang dirancang,” katanya. Beliau ditemui di perasmian Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (GIPS) 2.0 di…

Read More

Marc Marquez, juara MotoGP enam kali, mengesahkan sekali lagi menghidapi masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan yang menyaksikan dia terkeluar daripada saingan Grand Prix (GP) Indonesia. Pelumba berusia 29 tahun itu menjelaskan, penyakit itu tidaklah seteruk seperti yang pernah dialaminya sebelum ini. Dia turut memberitahu dia tidak pasti bila akan kembali ke litar perlumbaan. “Nampaknya seperti saya mengalami ‘dejavu’. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula berasa tidak selesa dengan penglihatan saya.” Dia bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkannya sekali…

Read More

Selepas kelewatan dua tahun akibat birokrasi, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menari kegembiraan ketika perasmian kilang kereta elektriknya berhampiran Berlin. Semalam, kereta Model Y pertama yang dibuat di Eropah akhirnya berjaya dikeluarkan. “Danke Deutschland! (Terima kasih, Jerman),” kata Musk di Twitter selepas memotong reben merah. Beliau turut bersama-sama pekerja dalam bertepuk tangan kepada 30 pemandu pertama memandu kereta baharu mereka. Pembukaan kilang itu melalui proses kelulusan dan pembinaan dua tahun yang sukar. Tesla menghadapi beberapa halangan pentadbiran dan undang-undang, termasuk aduan penduduk tempatan tentang kesan alam sekitar. Tesla akhirnya mendapat persetujuan rasmi setelah memulakan pembinaan atas risiko sendiri.…

Read More

Hissein Brahim Taha, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengecam penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin serta serangan di Baitulmaqdis. Katanya, isu Palestin menjadi tumpuan utama pertubuhan itu dan menuntut Israel menamatkan dasar mengenai penempatan haram dan “meyahudikan” Baitulmaqdis. Tambahan, isu serangan tanpa henti ke atas pusat tumpuan umat Islam termasuk Masjid Al Aqsa turut disertakan dalam perbicangan tersebut. Dakwanya lagi, rejim zionis itu melakukan pembunuhan, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid serta pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin. “Perbuatan haram ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang berkaitan, perjanjian dan resolusi,” katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar…

Read More

Enam laporan polis telah diterima setakat ini terhadap pemilik akaun Facebook atau lebih popular dengan gelaran Kak Long 7E di seluruh negara. Laporan membabitkan tindakannya yang didakwa telah menghina dan memperlekehkan nasib Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau didapati telah memuat naik video yang meniru mimik muka golongan tersebut menerusi laman sosialnya. Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, dua laporan itu diterima di Selangor manakala satu laporan masing-masing di Terengganu, Perak, Kuala Lumpur serta Johor. Katanya lagi, pihaknya telah menyerahkan kes tersebut kepada polis Selangor memandangkan kertas siasatan…

Read More

Minggu lalu, telah tular satu video adegan panas kontroversi di media sosial yang dipercayai telah dijadikan sebagai promosi sebuah drama baharu yang akan ditayangkan pada Ramadan akan datang. Klip adegan panas itu telah dimuat naik oleh pelakon Zul Ariffin di laman media sosial untuk mempromosikan drama tersebut yang dipercayai atas tujuan publisiti. Malah, ada sesetengah individu yang mengangap ia dibuat atas kepercayaan si penularnya bahawa ‘bad publicity is still publicity’ yang bermaksud publisiti tidak elok tetap publisiti. Isnin yang lalu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) telah menyatakan bantahan…

Read More

Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat (AS), memberi amaran mengenai tindak balas Barat yang teruk sekiranya Rusia memilih menggunakan senjata kimia dan biologi di Ukraine. “Dia membelakangkan semuanya. Tuduhan Presiden Rusia, Vladimir Putin, terhadap AS yang memegang senjata kimia dan biologi di Eropah tidak benar. “Saya memberi jaminan ia tiada, malah mereka mencadangkan Ukraine mempunyai senjata biologi dan kimia di Ukraine. Katanya, “Ia jelas petanda Rusia sedang mempertimbangkan untuk menggunakan kedua-duanya,”. Amarannya itu mengulangi kenyataan yang dibuat oleh pentadbirannya awal bulan ini serta negara Barat yang lain. Hal ini…

Read More