“Nak saman pun, tengok-tengoklah, main saman saja. Sebesar-besar ‘hand controller’, siap ada nampak ‘sticker’ orang kurang upaya (OKU),” itu luahan seorang lelaki OKU berhubung keretanya didakwa di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat. Video luahan hati lelaki yang menggunakan kerusi roda itu tular menerusi media sosial, malah dia memaklumkan telah disaman RM20 selepas meletakkan kereta di tempat khas OKU. Dia yang turut meluahkan aduan menggunakan bahasa Jawa mendakwa, sebelum ini belum pernah disaman selepas meletakkan kereta di tempat letak kereta OKU sekali gus pertama kali situasi itu berlaku terhadapnya. “Aku kena saman sebab letak kereta…
Author: Syifa' Syakinah
Mayat wanita warga Rusia yang dipercayai terjun dari Jambatan Pulau Pinang ditemukan berhampiran sangkar ikan di perairan Pulau Jerejak, di sini semalam. Mayat mangsa berusia 34 tahun itu ditemukan tersangkut di sangkar ikan berkenaan kira-kira jam 1.42 petang . Pengarah Agensi Penguatkuasaan MaritimNegeri (APMM) Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan daripada pemilik sangkar ikan terbabit. Katanya, bot ronda Kilat 26 kemudian diatur gerak ke lokasi sebaik menerima laporan. “Pemeriksaan awal mendapati mangsa adalah wanita warga Russia berusia 34 tahun yang disyaki terjun dari jambatan berkenaan kira-kira jam 2.35 pagi semalam. “Mayat mangsa…
Lelaki ditemukan lemas selepas hilang dipercayai ketika memukat ikan di Empangan Sungai Layang berdekatan Loji Sultan Iskandar di sini, semalam. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saifulbahri Safar berkata, yang lemas dikenali sebagai Betron Anak Tela@Telong, 39. Katanya, difahamkan ketika kejadian mangsa bersama 13 lagi rakannya melakukan aktiviti merawai atau memukat ikan di lokasi kejadian. “Pihak kami menerima panggilan pada jam 12.55 tengh hari, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati seorang lelaki dewasa dilaporkan hilang berhampiran kawasan lokasi. “Mangsa dipercayai hilang kira-kira 2 pagi. Difahamkan mangsa ke empangan itu untuk memeriksa pukat yang dipasang kelmarin…
Seorang wanita melarikan diri dari rumah dipercayai selepas berselisih faham dengan kakak tirinya yang menegur sikapnya sukar bangun pagi. Ruslimah Baba, 39, berkata, adik tirinya, Siti Aisya Baun, 20, disedari hilang kira-kira jam 11 pagi kelmarin apabila dia tiada di rumah mereka di Jalan Genting Klang, di sini. Katanya, sebelum itu, dia sempat mengejutkan adiknya itu bangun solat Subuh kira-kira jam 5 pagi kelmarin. “Selepas menunaikan solat, saya sambung tidur semula. Apabila bangun kira-kira jam 11 pagi, saya mendapati dia tiada di dalam biliknya. “Ketika itu, saya ingatkan dia hanya keluar sebentar, namun sehingga tengah malam, dia masih belum pulang.…
Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ atau serangan panik ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat. Situasi itu menyebabkan aktres yang sinonim dengan lakonannya dalam filem seram Pontianak Harum Sundal Malam itu hampir pitam dan menggigil ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada ketika itu. Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas. View this post on Instagram A post shared by Maya Karin…
Angkara nafsu, seorang lelaki hilang pertimbangan apabila dia tergamak meliwat jirannya di ladang kelapa sawit di sini, bulan lalu. Perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang juga remaja lelaki berusia 16 tahun dan pelajar Tingkatan Tiga menceritakan kejadian menimpanya kepada guru kelas, Khamis lalu. Difahamkan, jirannya mengambil kesempatan terhadap mangsa yang juga pelajar lembam dengan membawanya ke lokasi jauh dalam ladang kelapa sawit sebelum melakukan perbuatan keji terbabit. Mangsa mendakwa diliwat sejak 20 hingga 25 November lalu oleh suspek yang turut mengancam membunuh seluruh keluarganya jika remaja itu membocor rahsia. Ketua Polis Kedah Datuk Wan Hassan Wan Ahmad berkata, hasil siasatan…
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke hospital bagi menjalani rawatan kerana mengalami ulser dalam perut. Menurut sumber, prosedur rawatan itu dilakukan di Hospital Kuala Lumpur sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah Akta Penjara 2000. Kata sumber itu lagi, rawatan yang diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu adalah mengikut saranan untuk pemantauan pakar. “Beliau ditahan di hospital, beliau masih berada di bawah kawalan pihak penjara. “Selaras dengan Seksyen 37 Akta Penjara, Jabatan Penjara bertanggungjawab memastikan tahap kesihatan seseorang banduan sentiasa dipantau dan dijaga termasuk penyediaan kemudahan rawatan dan ubat-ubatan sebagaimana yang disyorkan oleh pegawai…
Kerajaan negeri Terengganu pimpinan PAS melarang salun rambut uniseks daripada beroperasi di negeri itu dengan pengusaha salun yang melanggar syarat lesen boleh didenda antara RM500 dan RM1,000. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Alias Razak, peraturan bagi pengasingan jantina itu bukan peraturan baru yang digubal kerajaan negeri sebaliknya merupakan syarat lesen sedia ada. “Salun rambut atau kedai gunting rambut, sama ada diusahakan oleh orang Islam atau bukan Islam tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan gunting rambut untuk lelaki dan wanita pada masa yang sama,” katanya dipetik Sin Chew Daily. Menurutnya, pengusaha salun mesti mematuhi syarat lesen atau mereka akan didenda atau…
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memanggil pihak pengurusan TikTok. Ia berikutan dengan isu tiga klip video yang memberi amaran kepada pengguna bahawa tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 akan berulang. SKMM turut menjelaskan bahawa tindakan itu dibuat untuk mendapatkan maklumat lanjut kerana difahamkan klip berkenaan merupakan kandungan berbayar dari syarikat media sosial itu. Penyebaran kandungan video yang berbaur provokasi dengan niat mencetuskan ketidakharmonian, kebencian dan prejudis adalah kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Ekoran itu, SKMM turut meminta orang ramai agar tidak berkongsikan mahupun menyebarkan video…
Polis mengklasifikasikan kes penemuan mayat lelaki dalam kawasan semak di Lorong Cempaka, Kampung Sungai Kajang, di sini, semalam, sebagai kes bunuh. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.10 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Tanjong Karang dikejarkan ke lokasi kejadian. “Hasil pemeriksaan menemukan mangsa berusia 40-an terbaring dengan kesan kecederaan pada kepala. “Berhampiran mayat mangsa, terdapat sebuah motosikal jenis Modenas dan jarak antara kedua-duanya kira-kira tiga meter,” katanya ketika dihubungi, malam tadi. Beliau berkata, pegawai perubatan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.30 petang. “Hasil siasatan mendapati kematian ada unsur…