Lelaki ditemukan lemas selepas hilang dipercayai ketika memukat ikan di Empangan Sungai Layang berdekatan Loji Sultan Iskandar di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Saifulbahri Safar berkata, yang lemas dikenali sebagai Betron Anak [email protected], 39.

Katanya, difahamkan ketika kejadian mangsa bersama 13 lagi rakannya melakukan aktiviti merawai atau memukat ikan di lokasi kejadian.

“Pihak kami menerima panggilan pada jam 12.55 tengh hari, setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati seorang lelaki dewasa dilaporkan hilang berhampiran kawasan lokasi.

“Mangsa dipercayai hilang kira-kira 2 pagi. Difahamkan mangsa ke empangan itu untuk memeriksa pukat yang dipasang kelmarin bersama 13 lagi rakannya.

“Mangsa berada di tebing empangan, sementara menunggu rakannya datang, namun rakan mangsa memaklumkan sebaik tiba di lokasi mendapati mangsa sudah tiada,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut Saifulbahri, pihak bomba membuat pencarian di air dengan menggunakan teknik ‘surface’ dan selaman.

Katanya, pencarian di darat dipecahkan kepada dua kumpulan.

“Mangsa berjaya dijumpai oleh pasukan penyelamat pada kedalaman tiga meter dan jarak tiga meter dari lokasi mangsa disyaki terjatuh pada jam 6.35 petang semalam.

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Share.

Leave A Reply