Seorang lelaki warga emas meninggal dunia akibat ditikam berkali-kali selepas dituduh mempunyai hubungan sulit dengan isteri orang. Mangsa berusia 71 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan berkaitan kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Serdang berkaitan kejadian jam 6.29 petang semalam. “Mangsa dibawa ke hospital berkenaan oleh seorang rakan perempuan dengan kecederaan di badan dan paha akibat ditikam. “Mangsa sempat memaklumkan kepada pengadu bahawa dia diserang dan ditikam di sebuah pasar raya di Bandar Tun Hussien Onn, Kajang,” katanya pada kenyataan hari ini. Beliau berkata,…
Author: Syifa' Syakinah
Gara-gara gagal menjawab ujian mendapatkan lesen kenderaan e-hailing, seorang lelaki mengamuk bersenjatakan sabit di sebuah pejabat kawasan Sungai Way, di sini pada Khamis. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, maklumat tersebut diterima pihaknya daripada orang awam yang berada di lokasi kejadian. Katanya, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 24 tahun itu mengamuk bersenjatakan sabit akibat tekanan perasaan selepas gagal ujian bagi mendapatkan lesen terbabit. “Semasa kejadian, suspek memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter panjang lalu merosakkan harta milik syarikat tersebut. “Dalam kejadian itu, tiada individu yang dilaporkan tercedera dan pihak polis turut bertindak menangkap…
Penduduk di Kampung Sentang, Pagar Sasak, dekat Lipis, gempar apabila seekor harimau akar ditemui di bawah rumah seorang penduduk, jam 6.30 petang semalam. Keadaan itu menyebabkan penduduk mengambil tindakan mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah Ishak, 58, bagi mengelakkannya lari. Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, pihak polis menerima maklumat dari anak saudara pemilik rumah, terdapat seekor harimau dikenal pasti jenis harimau akar. Katanya, anggota pondok Pagar Sasak ke lokasi kejadian dan mendapati penduduk kampung mengepung harimau berkenaan yang berada di bawah rumah Faridah. ” Kejadian itu dikatakan berlaku apabila harimau itu mengejar seekor…
Seorang pereka aplikasi atas talian tergamak memukul muka dan menendang perut isterinya hanya kerana mangsa gagal menyiapkan kertas kerja diminta. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 28 tahun memaklumkan berlaku perselisihan faham antara dia dan suami di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, Sabtu lalu. Menurutnya, mangsa mendakwa dipukul di bahagian muka selain perutnya ditendang mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan. “Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Cawangan Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menahan suspek lelaki warga tempatan berusia 27 tahun di Taman Sentosa di sini,…
Mayat lelaki warga tempatan ditemukan oleh jirannya dengan kesan lebam pada muka dan badan berdekatan sebuah rumah di Kampung Cik Zainal, Chemor, di sini, semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mayat lelaki berumur 40 tahun itu dijumpai oleh jirannya jam 11.30 pagi dan dalam keadaan terbaring di tepi rumah jirannya itu. Katanya, pemeriksaan awal oleh pakar forensik perubatan daripada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, mendapati lelaki berkenaan mungkin meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum ditemukan. Beliau berkata, bagaimanapun, kes setakat ini diklasifikasi sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil keputusan bedah siasat yang dijadualkan hari…
Video klip memaparkan seorang wanita warga Rusia mengejutkan warganet apabila seekor ular sepanjang 4 kaki (1.2 meter) memasuki dalam mulutnya. Menerusi rakaman ngeri yang dimuat naik oleh Fascinating Facts di laman Twitter, memaparkan ular itu dikeluarkan menerusi pembedahan dari kerongkong wanita terbabit. Difahamkan, ular sepanjang 1.2 meter itu memasuki ke dalam mulut hingga ke kerongkong ketika wanita berkenaan sedang tidur. Semasa menjalani pembedahan, wanita itu tidak sedarkan diri. Lebih mengejutkan lagi, reptilia tersebut menyerang doktor yang bertugas sejurus ia dikeluarkan dari kerongkong pesakit, namun sempat mengelak daripada serangan berkenaan. Hasil pemerhatian, kami dapati video berdurasi 11 saat itu meraih lebih 1.9…
Seorang lelaki bertindak mengerat teman wanitanya kepada 35 bahagian sebelum membuangnya ke hutan Mehrauli di Delhi, India. Memetik laporan News Nine, lelaki dikenali sebagai Aftab Ameen Poonawalla didakwa membunuh teman wanita bernama Shraddha di sebuah flet di Mehrauli. Menurut pihak berkuasa Delhi, mayat wanita itu ditemui selepas 18 hari kejadian berlaku. NDTV melaporkan kejadian berlaku apabila pasangan ini bergaduh dan Poonawalla bertindak kejam mencekik dan mengerat anggota badan teman wanita itu sebelum menyimpan cebisan mayat di dalam peti sejuk yang dibeli selepas kejadian. Menurut sumber kepada NDTV, Poonawalla akan keluar pada jam 2 pagi setiap hari untuk membuang anggota badan…
Polis menahan seorang lelaki mabuk selepas disyaki menyerang penceramah agama di sebuah surau dekat Taman Universiti, Skudai di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 7.55 malam. Menurutnya, suspek berusia 38 tahun itu dikatakan meluru masuk ke dalam surau dan menyerang penceramah agama itu menggunakan dua pisau dan satu botol arak. “Suspek didapati berada dalam pengaruh alkohol dan tindakannya itu dapat dihalang jemaah lain sebelum mereka menghubungi polis. “Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang menyampaikan ceramah selepas solat Maghrib di surau berkenaan,” katanya menerusi kenyataan media,…
Kerajaan hari ini gagal dalam permohonan untuk melucut hak 2,435 unit barang kemas, tujuh utas jam tangan dan 29 beg tangan berjenama bernilai RM80 juta yang disita dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, yang didakwa milik Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin yang menolak permohonan pendakwaan selaku pemohon untuk melucut hak barangan tersebut yang disita oleh polis di Pavilion Residence pada 17 Mei 2018. Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, pemohon gagal membuktikan kesemua barangan yang disita itu adalah hasil daripada penyelewengan dana 1Malaysia…
Seorang wanita yang sedang sarat hamil berdepan dengan detik cemas apabila dia dipercayai terperangkap di dalam lif di kawasan rumahnya. Kisah tersebut dikongsikan oleh seorang wanita dikenali sebagai FarieynaNasya_ menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok dan meraih pelbagai respon daripada warganet. Menurut wanita berkenaan, dia yang sedang hamil sembilan bulan telah terperangkap di dalam lif hampir dua jam. Cemas dengan apa yang terjadi, dia mengambil keputusan untuk menghubungi pihak penyelenggara bangunan, namun lambat sampai ke tempat kejadian. Pengalaman 9 bulan bawa perut sekali stuck dalam lif. Saya stuck pukul 6.50 pagi dan lif dapat buka pukul 8.45…