Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan bahawa anaknya, Hammad Zulkifli meninggal dunia pada jam 5.22 pagi tadi. Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Facebook beliau berkata sudah redha dan sabar dengan pemergian anaknya. “Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini,” tulisnya di media sosial. Tambahnya, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantunya dalam menguruskan Hammad dari awal sehinggalah ke liang lahad. “Saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di…
Author: Syifa' Syakinah
Polis Kor Marin Diraja Thailand dilapor telah menemui sebuah beg pakaian yang disumbat dengan mayat seorang wanita terapung di Sungai Mekong di wilayah Isaan, Nakhon Phanom semalam, lapor Thaiger. Menurut pegawai dari Balai Polis Marin Wilayah Nakhon Phanom, mereka telah berjaya mengambil beg tersebut keluar dari Sungai Mekong kira-kira 20 meter dari dok balai tersebut. Kemudian, pegawai polis That Phanom, Hospital Putera Mahkota That Phanom dan pasukan penyelamat membantu menyiasat beg pakaian terapung itu. Hasil siasatan mendapati, beg hitam tersebut mengandungi mayat wanita berkulit cerah yang memakai tank top biru dan seluar jeans labuh dengan ketinggian kira-kira 60 sentimeter. Pegawai…
Mulai Esok Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Surau,Masjid – JAWI | Khalifah Media Networks – Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan. Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat). Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19. “Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih digalakkan. “Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema. Serta mereka yang berisiko tinggi…
Seorang lelaki sanggup menggadaikan maruah anak kandungnya yang berusia 10 tahun kepada rakan sendiri sebagai bayaran. Suspek berusia 45 tahun itu direman selama lima hari selepas disyaki menjual anak perempuannya kepada seorang lelaki dipercayai rakannya untuk dirogol. Permohonan reman telah difailkan di Mahkamah Kuching pada Rabu. Susulan itu Majistret Zubaidah Sharkawi membenarkan perintah reman sehingga 3 Oktober depan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut. Difahamkan mangsa telah memaklumkan tindakan bapa kandungnya itu kepada gurunya sebelum membuat laporan polis. Sementara itu Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan menerima laporan berhubung kes…
Seorang lelaki terkejut melihat seekor ular sawa batik di dalam kandang yang kekenyangan selepas membaham kambing di Felda Inas, di sini hari ini. Reptilia seberat 80 kilogram dan berukuran enam meter itu berjaya ditangkap dengan bantuan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai. Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Firdaus Juritah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.21 pagi. Beliau berkata, seramai lapan anggota bergegas ke lokasi dan menemui reptilia terbabit yang tidak bergerak di dalam kandang kambing. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 15 minit menangkap ular tersebut menggunakan penjerut. Ular tersebut kemudiannya dilepaskan…
Mahkamah Majistret di sini, hari ini diberitahu saksi pertama pendakwaan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew ada mencadangkan supaya pengadu wanita (identiti tidak boleh didedahkan) membuat laporan polis di Sabah. Bagaimanapun, Mohd Fairuz Abu yang juga pakar motivasi berkata, keputusan membuat laporan itu di Bukit Aman, Kuala Lumpur adalah pilihan pengadu selepas berbincang dengan suaminya. “Ia datang daripada pihak pengadu sendiri dan suaminya atas sebab seperti yang saya sebutkan semalam. “Pengadu memberitahu dia takut membuat laporan polis di Balai Polis Tenom disebabkan ada saudaranya yang bertugas di balai berkenaan. “Tenom ini sebuah daerah kecil dan ramai orang boleh…
Kes Pengkid Pergi Mekah, Ini UPDATE Terbaru Dari JAIP | Khalifah Media Networks – Kes wanita yang tular di media sosial kerana berpakaian ihram seperti lelaki di Mekah, sudah selesai secara baik melalui penyelesaian luar mahkamah sejak hampir sebulan lalu. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin, berkata wanita berperwatakan lelaki atau ‘pengkid’ berkenaan tampil bersama ibu bapanya di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Perak Tengah, Seri Iskandar dan melalui sesi kaunseling. “Kes sudah selesai hampir sebulan lalu selepas pihak kita mengambil keterangan serta semua maklumat berkaitan dengan kehadiran bersama ibu serta bapanya. Alhamdulillah mereka berikan kerjasama…
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan sewaktu menaiki kapal terbang. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata protokol baharu itu akan mula berkuatkuasa serta-merta pada hari ini, 28 September 2022. Tambah Khairy, KKM bagaimanapun amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi tiga kumpulan yang berisiko termasuklah individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema. Manakala individu yang berisiko pula ialah warga emas, orang yang menghidap penyakit kronik, ibu mengandung dan individu dengan imuniti rendah. Selain itu, individu yang mengembara bersama orang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak…
Polis India sedang mencari seorang guru yang didakwa telah memukul salah seorang pelajarnya sehingga mati hanya kerana mangsa tersilap mengeja, lapor Pledge Times. Pihak berkuasa melaporkan pada Selasa, protes telah tercetus berikutan kejadian kematian kanak-kanak itu. Pihak berkuasa pada Selasa melaporkan bahawa kematian pelajar tersebut telah mencetuskan rusuhan setelah berita mengenai perkara itu tersebar. Pelajar itu dilaporkan telah dipukul dengan kayu dan ditendang sehingga pengsan oleh guru sekolah menengahnya kerana salah mengeja perkataan pada ujian awal bulan ini, menurut aduan yang difailkan oleh bapanya. Berdasarkan laporan Times of India, kejadian itu berlaku pada 13 September lalu, di mana guru itu…
Seorang buruh binaan etnik Rohingya maut akibat dihempap dinding batu bata yang runtuh ketika melakukan kerja membina longkang berhampiran sebuah sekolah memandu di Indera Mahkota 15, di sini hari ini. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian itu turut menyebabkan dua lagi buruh binaan cedera. Katanya, berdasarkan laporan yang diterima pada jam 4.09 petang itu, seramai 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan BBP Kuantan bergegas ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat. “Setibanya di tempat kejadian, seorang buruh binaan didapati dihempap dinding batu bata ketika melakukan kerja…