Mulai Esok Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Surau,Masjid – JAWI | Khalifah Media Networks – Pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi diwajibkan.

Tak Wajib Pakai Pelitup Muka Di Surau,Masjid - JAWI

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu berkuat kuasa mulai 30 September 2022 (Jumaat).

Menurutnya, ketetapan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selari dengan ketetapan terkini kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19.

“Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka masih digalakkan.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema. Serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Pada 7 September lalu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka. Di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian semasa Kementerian Kesihatan (KKM).

Sumber : Astro Awani

 

 

(Ada Video) Trend Jual Beli ‘Cedok-Cedok’, PU Amin Jelaskan Hukumnya | Kaedah penjualan secara ‘cedok-cedok’. Dilihat menjadi ikutan para peniaga ketika ini terutama semasa mereka mempromosikan barangan secara rakaman siaran langsung di media sosial (live).

Peniaga akan mencampurkan kesemua barang sama ada emas, perak, coklat dan pelbagai produk lain. Dibuat dalam satu bakul besar sebelum digaulkan mengunakan kaedah ‘cedok-cedok’.

Bagaimanapun, pendakwah bebas, PU Amin tampil memberi teguran kepada para peniaga yang menjalankan perniagaan. Berikutan menggunakan kaedah ‘cedok-cedok’ kerana bimbang menjurus kepada hukum haram.

“Tak salah nak jual beli tetapi kena ingat, kena belajar halal haram.

Baca Selanjutnya Di sini

Share.

Leave A Reply