Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, semalam. Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkan kepada pihak polis. Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu pada jam 2.38 pagi. Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dijumpai orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. “Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga. “Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi…

Read More

Polis sedang mengesan seorang lelaki tular memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati dalam kejadian dipercayai di hadapan sebuah kondominium di Wangsa Maju, di sini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan keterangan seorang pengawal keselamatan, kejadian itu dipercayai berlaku pada Rabu. “Setakat ini tiada laporan diterima dan polis dalam usaha mengesan serta mengenal pasti suspek terlibat. “Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini tetapi jika suspek berjaya dikesan polis akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu. Ashari berkata, tidak menjadi kesalahan untuk memiliki, membeli atau membawa panah di tempat…

Read More

Seorang wanita maut dipercayai diserang seekor gajah liar yang mengamuk berhampiran kawasan Dumpas, Jalan Merotai-Kalabakan, pagi Jumaat. Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Samsiah Arshad, 50, maut selepas dipijak gajah liar tersebut. Difahamkan, ketika kejadian mangsa bersama suaminya Tahir Salleh, dalam perjalanan untuk melawat cucu mereka di Kongsi 4, Ladang Kelapa Sawit Cenderamata dengan menaiki sebuah motosikal. Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, kedua-dua mereka diserang mamalia itu tetapi suaminya berjaya menyelamatkan diri. Selain itu, Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Tawau, Primus Lambut mengesahkan pihaknya menerima maklumat berkaitan kes amukan gajah liar di kawasan Dumpas. Menurutnya, gajah…

Read More

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepaskan dan membebaskan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem Visa Luar Negara (VLN). Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Yazid Mustafa selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap semua pertuduhan di akhir kes pendakwaan itu. Terdahulu, Presiden Umno yang hadir berbaju Melayu putih krim dan berseluar hitam itu tiba di mahkamah kira-kira 8.45 pagi dengan ditemani isterinya. Sekumpulan penyokongnya turut hadir di perkarangan luar Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sebagai tanda solidariti terhadap beliau. Turut kelihatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan…

Read More

Tumpuan akan terarah kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa pagi ini untuk keputusannya sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membela diri atau dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN). Hakim Mohd Yazid dijangka mengumumkan keputusan di akhir kes pendakwaan pada 9 pagi. Sekiranya keputusan mahkamah berpihak kepada pendakwaan, yakni mahkamah mendapati terdapat kes prima facie terhadap Ahmad Zahid, 69, maka beliau akan dipanggil untuk membela diri, namun jika keputusan adalah sebaliknya, bekas timbalan perdana menteri itu akan dilepas dan dibebaskan. Sekiranya Ahli Parlimen Bagan Datuk itu diperintah membela diri, mahkamah akan mendengar…

Read More

Penuntut warga Bangladesh sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban di sini, atas 12 pertuduhan menghasilkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak. Tertuduh, Zobaidul Amin, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Inggeris di hadapan Hakim Datin Surita Budin. Mengikut pertuduhan, penuntut perubatan universiti swasta itu didakwa atas lapan pertuduhan mengarah atau menghasilkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk gambar dan video menggunakan perkhidmatan aplikasi Snapchat. Sehubungan itu lelaki terbabit didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Bagi empat lagi pertuduhan, Zobaidul didakwa mempunyai dalam milikan suatu bahan pornografi kanak-kanak iaitu sebanyak 740 imej…

Read More

Kes perbicaraan penderaan seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella masih belum selesai. Bagaimanapun, Bella kelihatan hadir ke mahkamah bagi tujuan prosiding untuk memberi keterangan pada pagi ini. Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pada pagi ini ialan pakaian Bella ketika hadir ke mahkamah. Remaja terbabit dilihat mengenakan gaun berwarna biru berserta crown dan tongkat persis Puteri Elsa di dalam filem Frozen. Berikut merupakan perkongsian daripada Mona Din di laman Facebook rasminya.

Read More

Kementerian Kesihatan menjelaskan tidak sesuai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan pada musim tengkujuh kerana pelbagai kekangan. Selain memerlukan kos tinggi, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata biasanya apabila banjir, banyak tenaga kerja yang diperlukan pada PRU akan dikerahkan untuk menjaga pusat pemindahan sementara (PPS) dan pemindahan mangsa bencana berkenaan. Selain itu, beliau berkata, kemudahan yang akan digunakan untuk proses pengundian juga ada antaranya menjadi PPS untuk menempatkan mangsa banjir. “Lazimnya, kita elak pilihan raya pada waktu banjir. Ini ambil kira faktor keselamatan, tenaga kerja dan faktor kesihatan. “Apabila berlaku banjir, akan ada peningkatan penyakit berjangkit, penyakit bawaan air akan meningkat,…

Read More

Pemandu kereta terselamat apabila kenderaannya hilang kawalan lalu terjunam ke halaman sebuah rumah penduduk di Jalan Aman, Felda Lok Heng Selatan di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu jam 7.30 malam menerusi Facebook. “Hasil siasatan awal mendapati pemandu kereta itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan hendak pulang ke rumahnya di jalan yang sama, lalu terjunam dan menghentam bumbung sebuah rumah sebelum jatuh ke halaman rumah itu. “Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta mengalami kecederaan iaitu luka kecil di dahi,” katanya. Hussin berkata, kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu yang…

Read More

Dua individu ditahan polis susulan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki yang didakwa berkaitan kecurian burung di Kampung Pantai Kundor di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-duanya berusia 38 dan 44 tahun diberkas selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 8.33 malam. Katanya, pihaknya juga sudah mengenal pasti individu lain yang terbabit dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat. “Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu video berdurasi 24 saat yang tular di aplikasi WhatsApp pada 8 malam tadi, memaparkan pergaduhan sekumpulan individu di Kampung Pantai Kundor. “Setakat ini dua orang ditangkap bagi membantu…

Read More