Kes perbicaraan penderaan seorang remaja perempuan Sindrom Down dikenali sebagai Bella masih belum selesai. Bagaimanapun, Bella kelihatan hadir ke mahkamah bagi tujuan prosiding untuk memberi keterangan pada pagi ini.
Namun apa yang lebih mencuri tumpuan pada pagi ini ialan pakaian Bella ketika hadir ke mahkamah. Remaja terbabit dilihat mengenakan gaun berwarna biru berserta crown dan tongkat persis Puteri Elsa di dalam filem Frozen.
22-09-2022 / Mahkamah Jalan Duta
Hari yang sangat manis
Walau awalnya terlekat dlm jem dek hujan lebat di pagi hari, saya ingat dah tak sempat nak sampai mahkamah sbelum 9am, hancurlah impian saya nak dapat tengok masa Bella tiba, namun Alhamdulillah, Allah Yang Maha Penyayang tetap memaqbulkn doa saya.
Sebaik mahu mbelok masuk area parking mahkamah, tiba2 ada kereta keluar..!
Very rare ok, mana ada org keluar dr parking jam 9.05 pagi. Tapi Allah dah janjikan rezeki saya, dapat terus masuk parking. Syukur, tkasih Ya Allah.
Kemudian toleh tengok belakang, MashaAllah ada payung dalam kereta. Ni pun rare juga haha.
Then terus berlari dalam hujan. Samnil kepit beg kertas yang ada baju kurung for Bella.
Sampai je dalam building mahkamah, terus nampak my Pengerusi Persatuan Sindrom Down, team Persatuan Bunga2 Syurga, bersama anak2 istimewa Sindrom Down, sedang menunggu.
Fuuh, maknanya Bella belum masuk lagi. Ada rezeki nak tengok Bella, Alhamdulillah.
Dan masa tu sebaik saya angkat muka tengok luar, kelihatan seorang PRINCESS sedang berjalan masuk.
ADIK BELLA !!
Ohh Subhanallah, Bella pakai crown dengan gaun FROZEN, animasi kesukaannya.
Saya terus jerit kat Elly Mokhtar, Elly Bella tengah masuk. U ambil video!
Saya nak buat LIVE. Saya buka fb, cari button live tak jumpa, hajat tak sampai, ya ampun!
Akhirmya, bukan hanya dapat melihat Bella, tetapi juga mendekatinya, menyerahkan sendiri sepasang kurung pink itu kepadanya, memeluknya, mencium lembut pipinya..
SUNGGUH SAYA MENAHAN AIRMATA…!
Keep strong Bella. Auntie SAYANG Bella. Hanya itu yang sempat saya bisikkan kepada Bella..
Akhirnya, for the first time setelah lebih setahun berjuang untuk Bella, pada hari yang hujan ini, Allah hadirkan rahmatNya, Bella berada di depan mata.
Thanks Ya Allah.
#JUSTICEFORBELLA
Biarpun rata-rata warganet memberi pujian terhadap Bella, namun ada juga segelintir yang sebak melihat remaja itu yang terus kuat berjuang menegakkan keadilan dibantu beberapa orang aktivis dan peguam.
Baca juga :
‘Bila Doktor Tanya Siapa Buat, Bella Sebut Nama Benon’- Kata Saksi
Selain Yasmin, Ada Tiga Saksi Nampak Siti Bainun Dera Bella
Sumber : Oh Bulan