Tindakan seorang lelaki meletakkan ‘pod’ vape pada mulut bayi tular di media sosial dan mengundang kecaman warganet. Berdasarkan perkongsian rakaman berdurasi 15 saat di Facebook, lelaki berkenaan didakwa sengaja meletakkan pod berkenaan pada mulut bayi yang berada di pangkuannya. https://twitter.com/fanaizty/status/1555532754380500993?s=20&t=sdtQEWfqblEhqXmM7F-GXQ Walaupun tidak kelihatan asap yang dihembuskan, tetapi mulut bayi berkenaan seolah-olah cuba merasa sesuatu pada muncung pod itu. Pelbagai komen diutarakan pengguna media sosial yang turut mendakwa tindakan lelaki tersebut seolah-olah mahu membahayakan kesihatan bayi berkenaan. “Kandungan bahan kimia dalam cecair pod tersebut bahaya kepada kesihatan bayi yang berusia mungkin lima atau enam bulan itu. “Ia boleh menyebabkan keracunan dan…
Author: Syifa' Syakinah
Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka. Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu. Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan penuh penghormatan, seraya berkata: “Cikgu masih ingat saya lagi tak?” Gurunya menjawab: “Tidak.” Murid itu hairan dan bertanya lagi, “Eh, cikgu tak ingat saya?” “Sayalah… murid yang mencuri jam tangan salah seorang kawan di dalam kelas kami tu. “Ketika murid yang kehilangan jam itu menangis dan mengadu, cikgulah yang menyuruh kami semua berdiri, lalu dibuat pemeriksaan poket murid2 semuanya. “Saya terfikir bahawa saya akan dipermalukan di hadapan murid2…
Dua anggota trafik yang mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dengan menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikenakan tindakan tatatertib. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata tindakan itu diambil di bawah Peraturan 36 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. “Polis Pulau Pinang sebelum ini membuka Kertas Siasatan Tatatertib (KST) ke atas dua anggota trafik kerana mengiringi individu dipercayai anak lelaki kepada Ahli Parlimen BN menggunakan motosikal PDRM di Jalan Bukit Gambir, Georgetown. “PDRM juga sudah menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu selepas rakaman video berdurasi 20 saat tular di media sosial sejak 7 Mei…
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyifatkan dakwaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, sebagai tidak berasas dan berniat jahat untuk menjatuhkan imej beliau sebagai pegawai tinggi kerajaan. Dalam satu kenyataan awal pagi ini, JPA memaklumkan KPPA, menegur pihak Imigresen di KLIA khususnya pegawai bernama James Lee berikutan ketidakpatuhan amalan dan prosedur apabila pegawai tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasport KPPA serta delegasi ke luar negara. Kenyataan itu menyebut, delegasi terbabit diarahkan terus ke kaunter pemeriksaan Kastam untuk meneruskan perjalanan. “JPA berpandangan bahawa ketidakpatuhan dalam menyemak dokumen imigresen…
Maut Di Pusat Beli Belah, Rupanya Individu Tersebut Adalah… | Seorang lelaki iaitu pesakit psikiatri yang berusia 65 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat di sebuah pasar raya Alor Setar, hari ini. Menurut laporan Harian Metro, warga emas tersebut ditemukan dalam keadaan berlumuran darah akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Di dalam satu sidang kenyataan, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri memaklumkan insiden tersebut telah berlaku antara jam 10 hingga 10.30 pagi. Katanya, warga emas itu kelihatan mencurigakan ketika berada di ruangan tingkat empat pasar raya tersebut selepas mendapat maklumat daripada pengawal…
Kehadiran generasi ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Wan Nawawi, 37, dan anak lelakinya yang juga generasi kelapan di pulau ini mengundang rasa teruja orang ramai. Difahamkan Wan Aishah atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May bersama suami, Alee Tongyon, 39, dan anak lelaki mereka bercuti di pulau ini selama dua hari mulai Khamis lalu. Wan Aishah yang lahir pada 1986 dan menetap di Phuket, Thailand dikatakan menamatkan sumpah tujuh keturunan Mahsuri ke atas Pulau Langkawi selepas pulau itu mendapat status pulau bebas cukai setahun kemudian. Video dan gambar percutian tiga beranak itu yang dimuat naik warganet, produk pelancongan dan Wan…
Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam sungai ketika memancing di Bendungan Notopuro, Pilangkenceng di Madiun, Jawa Timur semalam, lapor Tribun Mataraman. Pada awalnya, mangsa, Nanang Sutrisno, 40, dan anaknya FS, 14, sedang memancing di Bendung Notopuro pada pukul 3.30 petang waktu tempatan. Bagaimanapun malangnya, FS tiba-tiba tergelincir dan tenggelam ke dalam sungai sebelum Nanang tekad bertindak untuk menyelamatkannya. Agensi Tindakan Bencana Daerah (BPBD) Madiun, Zahrowi namun mengatakan pada saat mangsa berusaha untuk menolong anaknya, dia turut menjadi mangsa aliran sungai tersebut. Difahamkan, selain Nanang Sutrisno, ada saksi lain di situ yang…
Seorang lagi individu dilaporkan maut dipercayai jatuh dari tingkat atas sebuah pusat membeli-belah. Menurut laman Facebook Kedah Kini, kejadian berkenaan didakwa berlaku di sebuah pusat membeli-belah yang terletak di negeri itu pagi tadi, 3 Ogos 2022. Kes berkenaan dikatakan masih lagi dalam siasatan. Berita lanjut menyusul. Sumber : SK
Lelaki warga Myanmar bertindak kejam apabila mencampak tiga kanak-kanak dari jejambat Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berketinggian 20 meter di sini, sebelum bertindak membunuh diri hari ini. Kejadian pada 5.50 pagi itu menyebabkan dua kanak-kanak dan lelaki terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, seorang lagi kanak-kanak mengalami kecederaan parah. “Berdasarkan kenyataan saksi, lelaki berusia 38 tahun terbabit dilihat berjalan sambil mengendong seorang kanak-kanak, manakala dua lagi kanak-kanak dipegang di tangan kanan dan kirinya. “Saksi cuba menghampiri lelaki berkenaan namun secara tiba-tiba lelaki itu terus mencampakkan kanak-kanak yang dikendong dan…
Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari jambatan di Jalan Baru Beaufort, di sini, semalam. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.48 petang. Katanya, seramai sembilan pegawai dan anggota bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian. “PGO Sabah terima panggilan menerusi MERS999 yang melaporkan terdapat seorang lelaki berusia 39 tahun terjun ke dalam sungai. “Bagaimanapun, ketika jentera dalam perjalanan ke lokasi, mangsa berjaya diselamatkan anggota skuad Pasukan Bomba Bantuan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurutnya, mangsa yang terjun ke sungai berkenaan sempat…