Polis menahan 10 kaki judi di sebuah pasar awam di Jalan Tunku Abdul Rahman, di sini awal pagi tadi. Dalam Op Khas /Aidilfitri /Op Dadu jam 2.30 pagi itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menjalankan serbuan berdasarkan maklumat dan risikan. Difahamkan suspek bermain judi belangkas pada waktu tengah malam atau awal pagi sementara menunggu pemborong menghantar bekalan untuk jualan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, semua kaki judi itu terdiri daripada kalangan peniaga pasar. Beliau berkata, ketika serbuan, pihaknya mendapati sekumpulan lelaki sedang berkumpul…
Author: Syifa' Syakinah
Seorang wanita dilihat memanjat penghalang konkrit Jambatan Pulau Pinang dan berdiri di tepi tembok dalam keadaan berbahaya. Terkejut, dan menyangka dia berniat untuk terjun ke laut, seorang penumpang dalam kereta yang sedang melintasi lokasi itu terus membuat rakaman video. Video tersebut kemudian menjadi tular dalam media sosial. Perakam video berusia 29 tahun yang dikenali sebagai Chow itu berkata dia amat terkejut memandangkan sejak kebelakangan ini pernah dilaporkan berita tentang individu jatuh ke laut dari jambatan tersebut. Bagaimana pun, setelah melihat seorang lelaki kulit putih memakai topi keledar memasuki frame kamera, baru dia sedar rupanya mereka hanya sepasang pelancong asing yang…
Lelaki Ini Bongkar SESUATU Tentang Ayat Di Dinding Makam Raja Firaun | Khalifah Media Networks – Sebagai umat Islam sudah pasti kita pernah dengar tentang kisah Raja Firaun yang zalim pada zaman Nabi Musa. AS. Raja Firaun dikenal sebagai pemimpin zalim dengan kuasa yang sangat besar dan kuat. Dia juga menganggap dirinya adalah Tuhan yang wajib disembah seluruh rakyat. Selain itu, Raja Firaun juga mempunyai seorang isteri yang bernama Asiyah. Akan tetapi isterinya sangat berbeza berbanding Raja Firaun. Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook iaitu Mohamad Nasir telah berkongsi tentang satu kisah yang menarik mengenai ayat di dinding makam Firaun. Ikuti perkongsian…
Sebelum ini, nama selebriti media sosial, Sabrina Azhar pernah tular di media sosial kerana bakatnya dalam bidang tarian serta sering berkongsi kehidupannya sebagai pelajar kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan. Namun begitu, nama Sabrina sekali lagi menjadi perbualan hangat warganet apabila rakaman temu bualnya bersama sebuah agensi berita antarabangsa tular di media sosial. Menerusi video rakaman temu bual berkenaan, Sabrina menceritakan bahawa dia sering menerima kecaman dan mendapat komen jelek daripada warganet kerana memuat naik video dirinya sedang menari. Kalau anda tanya kepada seseorang, mereka akan kata ‘Oh, dalam Islam, wanita tidak boleh menari, tak boleh menyanyi dan sebagainya. Tapi ada juga…
Hasrat seorang daripada lima pelajar yang rentung dalam kebakaran kereta selepas kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara di Kuala Kangsar tengah malam tadi untuk mengikut jejak ibunya dalam bidang perniagaan tidak kesampaian. Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, yang beralamat di Batu Caves, Selangor adalah pelajar semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS). Ibunya Siti Norazah Bahari, 42, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu mempunyai minat mendalam dalam bidang perniagaan sejak dahulu dan bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan berjaya. “Arwah ambil jurusan perniagaan sebab dia memang minat berniaga macam saya tetapi kami keluarga terima…
Seorang individu asnaf dilapor menghantar sepucuk surat kepada Zakat Selangor kerana mengisytiharkan dirinya sudah tidak layak menerima bantuan, lapor Zakat Selangor. Menurut perkongsian di Twitter, Zakat Selangor mendakwa, tindakan jujur asnaf tersebut ‘dikesan’ ketika pihaknya mahu menjalankan prosedur bancian semula tahunan. “Niat nak buat bancian semula asnaf ini (aktiviti tahunan bagi lihat kelayakan semuka asnaf sedia ada), tapi kita dikejutkan, beliau sendiri nak keluar asnaf sebab sudah mampu menampung diri dan keluarga. “Alhamdulillah! Terima kasih pengeluar zakat bantu beliau ketika susah dulu,” maklum Zakat Selangor dalam kenyataan di Twitter itu. Sementara itu, dalam surat yang dihantar asnaf tersebut, dia menyatakan…
Seorang bayi perempuan berumur enam bulan maut ditetak datuk saudaranya dalam kejadian di Kampung Ubi Sungai Pauh semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, ibu bayi berkenaan yang berusia 35 tahun turut dilaporkan parah dengan kecederaan telinga sebelah kiri yang hampir putus. Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 2.40 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian. “Anggota bertugas mendapati bayi perempuan terbabit sudah meninggal dunia akibat ditetak di bahagian kepala manakala ibu bayi itu pula parah di…
Tak dapat digambarkan betapa remuknya hati seorang isteri apabila dia mendapati bahawa si suami tergamak menjalin hubungan sulit di belakangnya. Lebih mengejutkan apabila mengetahui wanita ‘perampas’ itu sebenarnya masih berstatus isteri orang. Pengalaman hitam itu diceritakan oleh seorang wanita yang dikenali dengan nama Puan Suci. Menurut Puan Suci, dia dan suaminya, Encik DK telah mendirikan rumah tangga pada 21 November 2021. Pada awalnya Puan Suci mengharapkan agar perhubungannya bersama suami akan bahagia selama-lamanya. Namun siapa sangka, sebaliknya pula yang terjadi apabila si suami tergamak berlaku curang bersama seorang wanita yang berstatus isteri orang. Jelas Puan Suci, dia mula mencurigai si…
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus, iaitu kenaikkan sebanyak 25 mata asas. Berita berkenaan dikongsikan oleh BNM di laman facebook mereka sebentar tadi. Menurut kenyataan itu lagi, kadar tertinggi dan terendah OPR pula ditetapkan pada 2.25 peratus dan 1.75 peratus. Pembukaan semula ekonomi global yang berterusan selain keadaan pasaran kerja yang bertambah baik terus menyokong pemulihan ekonomi. Keadaan ini membantu mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik kententeraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat dilaksanakan oleh China. ”Tekanan inflasi telah meningkat secara mendadak disebabkan oleh kenaikan harga komoditi, rantaian bekalan…
Polis menahan dua pekerja syarikat penghantaran barang susulan video membabitkan seorang daripada mereka membuli lelaki orang kelainan upaya (OKU) di Bandar Baru Semariang, di sini tular, semalam. Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, di dalam video berdurasi 56 saat itu memaparkan suspek lelaki berusia 24 tahun membakar mercun dan menghalakan kepada lelaki OKU berusia 40 tahun yang sedang berehat di tangga sebuah bangunan. Menurutnya, di dalam video itu suspek turut menakutkan mangsa dengan mengacah-acah mencucuknya dengan objek tumpul dan perbuatan itu dirakam rakan sekerjanya. “Berikutan video yang tular di laman sosial itu, satu laporan polis diterima dan…