Sebelum ini, nama selebriti media sosial, Sabrina Azhar pernah tular di media sosial kerana bakatnya dalam bidang tarian serta sering berkongsi kehidupannya sebagai pelajar kejuruteraan mekanikal di Korea Selatan.
Namun begitu, nama Sabrina sekali lagi menjadi perbualan hangat warganet apabila rakaman temu bualnya bersama sebuah agensi berita antarabangsa tular di media sosial.
Menerusi video rakaman temu bual berkenaan, Sabrina menceritakan bahawa dia sering menerima kecaman dan mendapat komen jelek daripada warganet kerana memuat naik video dirinya sedang menari.
Kalau anda tanya kepada seseorang, mereka akan kata ‘Oh, dalam Islam, wanita tidak boleh menari, tak boleh menyanyi dan sebagainya. Tapi ada juga di antara mereka yang mengatakan ‘sekarang ni dah abad ke-21’.
Maksud saya memang lah kita (dalam Islam) tidak dibenarkan untuk ‘twerk’ dan sebagainya.
Namun bagi pelajar berusia 22 tahun ini, dia tetap dengan pendirian dan merasakan apa yang dilakukan oleh dirinya ketika ini tidak menjadi satu masalah.
Bagi saya, selagi saya rasa apa yang saya buat itu ada betul, saya tak cederakan sesiapa, jadi saya rasa ia tidak menjadi masalah.
Malah ada juga individu yang mengatakan kepadanya bahawa dia telah memalukan agama Islam dan dia tidak sepatutnya bertudung.
Saya tidak membalasnya. Bila mereka fikirkan tentang hijab, mereka akan berpendapat bahawa ‘Oh, awak kena menutup diri awak. Awak kena bersembunyi. Awak tak boleh bangga dengan diri sendiri dan awak tidak akan berasa yakin’.
Walau bagaimanapun, dia berasa yakin dan suka untuk bertudung. Namun, gadis ini menyatakan juga dia gemar untuk menari dan membuat keputusan untuk menggabungkan kedua-dua elemen tersebut.
"I like my hijab and I like dancing."
How this young K-pop dancer from Malaysia deals with hate comments
More on how K-pop conquered the world https://t.co/qR2LK84ua3 pic.twitter.com/topbD7Ujo8
— BBC World Service (@bbcworldservice) May 10, 2022
Walau bagaimanapun, cara dirinya menjawab ketika sesi temu bual itu kurang disenangi oleh netizen kerana ia berkaitan dengan agama Islam. Malah ada juga di antara mereka yang tidak bersetuju dengan kenyataan Sabrina.
Sumber : Oh Bulan