Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Beberapa kawasan di sekitar Janda Baik, Pahang dilapor dinaiki banjir dalam satu kejadian awal yang berlaku kira-kira awal pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura memaklumkan keadaan sedemikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya sebentar tadi. “Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air. “Saya kini berada di Janda Baik bagi melihat kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak Bomba dan Penyelamat dengan kerjasama orang kampung di Kampung Sum Sum Hulu. “Saya juga telah singgah melihat keadaan Jalan Lama KL – Genting Sempah yang rosak teruk akibat tanah dan batu-batu runtuh sebelum…

Read More

Seorang lelaki diburu selepas beronani di belakang sebuah rumah akauntan wanita di kawasan perumahan Seksyen 23, baru-baru ini. Kejadian dikatakan berlaku kira-kira pukul 12.06 tengah malam pada Sabtu lalu dengan aksi lelaki tersebut dirakam televisyen litar tertutup (CCTV). Aksi tidak bermoral suspek itu juga tular di laman Twitter semalam menerusi video berdurasi satu minit 19 saat dengan suspek dilihat mengendap rumah berkenaan melalui kaca tingkap kediaman tersebut. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin setelah mengetahui kegiatan tersebut melalui jirannya. Katanya,…

Read More

Jodoh dan ajal adalah rahsia Allah. Kita sendiri tidak tahu cara dan bilakah masa untuk kita pergi ke negeri abadi buat selamanya. Seperti kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Hasbullah ini mengenai salah seorang jemaah masjid  Ar-Rahman yang meninggal dunia pada malam 27 Ramadan. Tidak dinafikan dijemput Allah SWT ketika beribadah pada bulan Ramadan adalah kematian yang benar-benar dicemburui orang ramai. “Pemergian yang dicemburui, meninggal dalam solat dalam rumah Allah, pada malam Jumaat dan 10 malam terakhir 27 Ramadhan 1443H Subhanallah.” “Perginya seorang insan yang dicemburui ramai selain ditangisi oleh mereka yang dekat dengannya dan dialah antara insan yang terpilih setelah…

Read More

Seramai 13 pelajar yang ditahan bagi membantu siasatan kes pergaduhan di sekolah menengah di sini, semalam, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata, ia susulan rakaman percakapan ke atas semua suspek selesai dilakukan pihaknya. “Rakaman percakapan sudah selesai, pagi ini mereka dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi. Semalam, tular video berdurasi 25 saat memaparkan sekumpulan pelajar mengepung pelajar lain sebelum beramai-ramai menumbuk, menendang dan menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum memijaknya beramai-ramai. Malah mangsa yang terbaring di lantai kemudian turut dihentak dengan meja. Berikutan itu, 13 pelajar ditahan selepas mangsa berusia 16…

Read More

Aliran trafik di semua lebuh raya bertol dilaporkan masih lancar dan terkawal pagi ini. Menurut Twitter rasmi Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 di kedua-dua arah termasuk di sekitar Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Kuala Terengganu juga lancar. Sementara itu, menurut laman rasmi Plus Trafik, tiada sebarang kemalangan berlaku dan aliran trafik berada dalam keadaan terkawal. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan agar memulakan perjalanan lebih awal sebelum pukul 10 pagi bagi tempoh 29 April hingga 2 Mei…

Read More

Mayat seorang lelaki ditemui tersangkut pada dahan pokok di Sungai Selangor berhampiran Jeti Bukit Belimbing di sini pada Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada jam 12.48 tengah hari. Menurutnya, seramai lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke tempat kejadian. “Kita menerima laporan awal tentang penemuan mayat terapung di dalam sungai dan berjaya dibawa ke jeti dengan bantuan nelayan dan polis,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis. Norazam berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dibawa…

Read More

Penetapan Tarikh Hari Raya Akan Diumum 1 Mei Ini |  Khalifah Media Networks – Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila segelintir individu mendakwa berkemungkinan besar umat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya atau 1 Syawal pada 2 Mei, bukannya 3 Mei seperti yang tertera di kalendar ketika ini. Bagi mengelakkan kegusaran orang ramai berhubung isu tersebut. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengeluarkan satu kenyataan tentang penetapan tarikh hari raya. Menerusi Facebook rasmi JAKIM memaklumkan bahawa pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri 1443H/2022M akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam…

Read More

Seperti yang ramai tahu, bayi yang baru dilahirkan hanya boleh diberikan makanan selepas mencecah usia 6 bulan, atau bergantung pada keperluan nutrisi masing-masing. Namun, masih ada ibu bapa yang kurang arif tentang isu tersebut dan menjejaskan kesihatan anak. Tular satu perkongsian di laman Tiktok seorang wanita yang dikenali sebagai Sulfa dilihat menyuap bubur segera kepada anaknya beberapa kali. Bayi yang berada dalam posisi baring itu hanya menelan sahaja setiap suapan dari ibunya. Selain itu, terdapat juga sebuah mangkuk berisi bancuhan makanan di sisi bayi tersebut. Video tersebut kelihatan seperti video menyuap bayi yang normal, namun telah mengundang kemarahan orang ramai…

Read More

Beberapa kelonggaran telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini. Antara yang menarik perhatian adalah imbasan kos QR MySejahtera tidak diwajibkan apabila memasuki premis atau tempat-tempat awam. Pun begitu, beliau memohon agar orang ramai mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk tujuan pengesanan kontak. “Individu dengan status High Risk pada aplikasi MySejahtera iaitu kes positif COVID-19 dan individu yang diberi arahan HSO, tidak dibenarkan masuk ke premis. “Pihak pengurusan premis hendaklah menyemak status risiko individu dalam aplikasi MySejahtera yang akan memasuki premisnya,” katanya. Maklumat lanjut akan menyusul. Sumber : SK

Read More

Manusia terkaya di dunia dan juga pengasas jenama Tesla, SpaceX dan beberapa syarikat teknologi lain, Elon Musk secara rasmi telah membeli aplikasi sosial popular, Twitter. Menurut laporan GSM Arena, beliau membayar sebanyak USD 44 billion (RM 191 billion) bagi menjadi pemilik aplikasi tersebut, dengan setiap saham perlu dibayar USD 54.20 ( RM 236) seunit. Bagaimanapun, proses pengambilalihan ini dijangka akan mengambil masa berbulan-bulan untuk diselesaikan. Selepas itu, Twitter akan menjadi syarikat milik persendirian dan tidak lagi mendagangkan sahamnya kepada mana-mana bursa saham. “Kebebasan bersuara adalah asas kepada demokrasi. Manakala Twitter menjadi gelanggang digital dimana masa depan manusia didebatkan” kata Musk…

Read More