Jodoh dan ajal adalah rahsia Allah. Kita sendiri tidak tahu cara dan bilakah masa untuk kita pergi ke negeri abadi buat selamanya.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Ustaz Hasbullah ini mengenai salah seorang jemaah masjid Ar-Rahman yang meninggal dunia pada malam 27 Ramadan. Tidak dinafikan dijemput Allah SWT ketika beribadah pada bulan Ramadan adalah kematian yang benar-benar dicemburui orang ramai.
“Pemergian yang dicemburui, meninggal dalam solat dalam rumah Allah, pada malam Jumaat dan 10 malam terakhir 27 Ramadhan 1443H Subhanallah.”
“Perginya seorang insan yang dicemburui ramai selain ditangisi oleh mereka yang dekat dengannya dan dialah antara insan yang terpilih setelah dinilai oleh Allah SWT sebagai seorang khalifah di bumi ini yang mempunyai peribadi yang baik,” tulis Cikgu Hasbullah dalam Facebok miliknya.
“Arwah sememangnya sangat beruntung dan tidak semua orang yang akan mendapat peluang sebegini. Sesungguhnya arwah adalah insan yang terpilih, tambahan pula di 10 hari terakhir Ramadhan, berkemungkinan di hari kematiannya mungkin juga Malam Lailatul Qadar, siapa tahu?”
Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah buat arwah dan didoakan semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan Solihin. Amin Ya Rabbal Alamin.
Tulisan Ustaz hasbullahh itu nyata menyentuh emosi ramai dan mendapat maklum balas daripada ratusan pengguna Facebook.
“Andainya itu adalah kita, alangkah beruntung menghadap Allah di hari yang sangat mulia in. Allahuakbar. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golangan yang beriman dan beramal soleh. Aamiin,” komen salah seorang pengguna Facebook.
Menjelang malam-malam akhir Ramadan ini, kita sebagai umat Islam memang digalakkan untuk memperbanyak ibadah, apatah lagi di 10 malam terakhir ini, ada satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan, iaitu malam Lailatul Qadr.
Semoga, arwah dipertemukan dengan Lailatul Qadr di dalam ibadahnya selama ini. Begitu juga dengan kita semua, Aminn.
Sumber : SK