KJ Bagi ‘Hint’ Kes Akan Naik Sampai 15k, Minta Warga Emas Segera Cucuk Booster | Malaysia hari ini merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 10,089 kes. Trend peningkatan ini dilihat telah bermula sejak beberapa hari lalu dengan 9,117 kes yang telah dicatatkan semalam. Susulan itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata negara ini telah memasuki gelombang penuh varian Omicron dan kes akan mencecah ke angka 15,000 tidak lama lagi. Tambahnya, masih ada satu juta warga emas yang tidak disuntik dos penggalak. “Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya menerusi ciapan ringkas sebentar tadi.…
Author: Syifa' Syakinah
Kes COVID-19 Hari Ini Melonjak Naik Hampir 10 Ribu Kes | Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan hari ini adalah sebanyak 10,089 kes. Menurutnya, peningkatan kes harian itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 2,914,220 kes. Pertambahan kes tersebut juga lebih tinggi berbanding 9,117 kes yang dicatatkan semalam. Maklumat terperinci berkaitan kes covid ini akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. https://twitter.com/DGHisham/status/1490218401356480512?s=20&t=r8qnw7_h_kwdlEc0SJPALA Sumber : SK
Rayan Disahkan Meninggal Dunia | Kanak-kanak lelaki Maghribi berusia lima tahun yang diselamatkan selepas terperangkap di dalam sebuah perigi sejak Selasa, dilaporkan meninggal dunia. Berita kematian Rayan Awram itu disahkan Istana Diraja Maghribi pada Sabtu. Menurut laporan media antarabangsa, Raja Maghribi Raja Mohammed VI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Rayan atas pemergiannya. Terdahulu, pasukan kecemasan Maghribi dilaporkan berjaya menemui budak lelaki itu di dalam lubang perigi sempit sedalam 32 meter. Kanak-kanak itu dilaporkan terjatuh ke dalam perigi berhampiran Kampung Ighran, di wilayah Chefchaouen, pada Selasa malam. Usaha mencari dan menyelamat mangsa menjadi tular setelah video kejadian itu distrim secara langsung…
Viral Kisah Rayan Yang Terperangkap Dalam Perigi 32 Meter Selama 4 Hari. Ini Kronologinya Yang Perlu Anda Tahu | Tular di media sosial tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam lubang perigi sedalam 32 meter di Maghribi, sejak beberapa hari lalu. Kisah ini telah mendapat liputan di negara-negara seluruh Afrika Utara dan Eropah. Buat masa ini, difahamkan bahawa misi menyelamat masih lagi diteruskan. Tak dapat kita bayangkan bagaimana agaknya keadaan kanak-kanak bernama Rayan itu apabila terperangkap di bawah permukaan tanah sedalamnya 32 meter. Mungkin ramai yang ingin tahu situasi sebenar bagaimana kanak-kanak tersebut boleh terjatuh ke dalam…
Angka Kes Covid-19 Hari Ini Meningkat Hingga 9 Ribu | Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,117 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,904,131 kes. Kes positif harian COVID-19 setakat tengah hari 5 Februari 2022 menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini. Malah jumlah kes positif hari ini turut meningkat berbanding 7,234 kes semalam. Menurut rumusan sepintas lalu di laman web COVIDNOW setakat 11.59 malam tadi, kebanyakan negeri di Malaysia menunjukkan trend peningkatan kes dalam tempoh seminggu kebelakangan ini. Maklumat terperinci seperti pecahan…
Kemasukan Ke Hopsital Akibat Omicron Lebih Rendah Dari Delta – DGS, INSA | Risiko kemasukan ke hospital adalah 75 peratus lebih rendah bagi individu yang dijangkiti varian Omicron COVID-19 berbanding Delta, lapor agensi berita Xinhua. Individu yang dijangkiti Omicron, secara purata, mempunyai kadar kesembuhan lebih cepat dan risiko kematian lebih rendah, menurut kajian Lembaga Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Portugis (DGS) dan Institut Kesihatan Nasional Doutor Ricardo Jorge (INSA). Faktor risiko menurut kajian itu adalah benar “tanpa mengira umur, jantina dan status vaksinasi pesakit”, dan juga tidak dipengaruhi sama ada individu berkenaan sebelum ini pernah dijangkiti COVID-19 atau tidak. Penyelidikan itu dijalankan ke…
Lagi Isu Makanan Mahal Di Langkawi. 5 Aiskrim 6 Air Buah RM140? | Harga secawan air buah yang dijual RM15 di sebuah pantai di Langkawi disifatkan mahal dan tidak berpatutan terutamanya kepada pelancong. Luahan itu dikongsi oleh seorang wanita yang berkunjung ke pulau peranginan tersebut. Pengadu yang dikenali sebagai Fathin Shahirah menerusi beberapa buah video yang dimuat naik di laman TikTok, mendakwa perlu membayar RM15 bagi satu cawan air buah dan membayar RM90 untuk enam cawan air buah. Sedap tak apa la juga. Nak habiskan pun tak boleh telan. Ayoo first dan last la beli minuman dekat sini. Dakwanya lagi,…
(VIDEO) Situasi Terkini Misi Selamatkan Rayan Yang Terperangkap Dalam Perigi | Pihak penyelamat dikatakan telah sampai ke fasa terakhir dalam proses menyelamat seorang kanak-kanak lima tahun yang terperangkap selama empat hari setelah jatuh ke dalam perigi di wilayah Shafchaoun, Maghribi, lapor Arab News. Menurut laporan, usaha untuk sampai ke posisi keberadaan Rayan yang jatuh sedalam 32 meter (100 kaki) kini berdepan saat genting dan pihak penyelamat berdepan misi yang rumit untuk mengeluarkan kanak-kanak malang itu. Bagi memastikan Rayan terus bertahan, pihak penyelamat memetik media Maghribi telah berjaya menghantar oksigen dan air ke dasar perigi pada petang Khamis. Semalam, pasukan penyelamat telah…
Tular Video Oki Setiana Dewi Normalisasikan Keganasan Rumah Tangga. Ini Respon Beliau | Khalifah Media Networks – Pendakwah bebas Ustazah Oki Setiana Dewi dikecam teruk selepas didakwa mengeluarkan kenyataan menormalisasi keganasan rumah tangga. https://twitter.com/haluandotco/status/1489091770176589831?s=20&t=NRAk6eiCpLhutHVfu_CjBQ Menerusi hantaran di Instagram (IG), Oki tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Katanya, rakaman ceramah yang viral di media sosial itu diberikannya sekitar dua atau tiga tahun lalu. Tegas Oki, dia tidak menyokong tetapi menentang kekerasan dalam rumah tangga. Assalamualaikum sahabat semua, kelmarin saya mendapat mesej dari beberapa teman mengenai potongan ceramah saya dua atau tiga tahun lalu. Terima kasih atas perhatian dan kasih sayangnya. Sudah…
(VIDEO) Polis Buru Penunggang Motosikal Larikan Diri Dalam Semak | Polis sedang memburu lelaki yang melarikan diri meninggalkan motosikalnya berhampiran sekatan jalan raya (SJR) Op Selamat sempena Tahun Baru Cina 2022 di Jalan Kuching-Samarahan Express Way di sini, pada 1 Februari lalu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, seorang anggota trafik yang bertugas mengesan seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan. @sarawakeditionAksi seorang pegawai polis trafik mengejar seorang lelaki yang lari dari sekatan jalan raya di Jalan Kuching Samarahan Expressway ptg tadi.♬ Oh No – Kreepa Menurutnya, anggota trafik terbabit cuba menghampirinya tetapi…