Tak Perlu Perbesarkan Isu Gangguan Seksual, Fokus Pada Perkara Positif – Annuar Musa | Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menasihatkan pemain dalam industri seni tanah air tidak memperbesarkan isu gangguan seksual yang berlaku dalam kalangan mereka. Jelasnya kepada Mingguan Malaysia, pemain industri seharusnya lebih mengutamakan hal-hal positif daripada isu-isu terpencil yang didakwa berlaku. “Saya rasa isu itu tak perlu diperbesarkan. Fokus pada perkara positif daripada kes-kes terpencil,” katanya. Annuar berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan beberapa pemain industri berhubung isu gangguan seksual yang berlaku ke atas artis, selebriti dan kru produksi. Ditanya adakah perkara positif yang dimaksudkan…
Author: Syifa' Syakinah
Lelaki Ditahan Polis Sebab Persenda Pegawai Kerajaan Lepas Tiru Gaya ‘Salt Bae’ | Seorang penjual mi di Vietnam dipanggil polis akibat menyamar sebagai seorang chef selebriti Salt Bae yang mempunyai restoran menyediakan hidangan stik kepada pelanggan. Sebelum ini viral di media sosial negara itu video memaparkan pegawai terkemuka Vietnam menikmati hidangan stik bersalut kepingan daun emas di salah satu cawangan restoran chef selebriti tersebut di London. Penjual mi tersebut yang dikenali sebagai Peter Lam Bui, bekas aktivis telah memuat naik sebuah video di Facebook di mana jelas kelihatan dia menabur daun herba ke dalam semangkuk mi yang berisi daging sama seperti…
Tular Video Anak Lemas Di Kolam Rumah. Ayah Cerita Kisah Sebenar | Seorang bapa berdepan detik cemas hampir kehilangan anaknya apabila kanak-kanak itu lemas di dalam kolam renang yang dipasang di pekarangan rumah mereka. Ini kronologi apa yang berlaku kepada keluarga En. Abdul Rahim , harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain. Syukur ibunya SuperMom, tidak pernah menyerah dan terus memberi bantuan CPR. 1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang. 2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam…
Tular Video Pemandu Myvi Merah Memandu Lawan Arus | Polis menahan seorang lelaki yang dikenal pasti pemandu kereta jenis Perodua Myvi merah pada Rabu selepas dipercayai memandu melawan arus di Kilometer (KM) 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, penahanan lelaki berusia 74 tahun itu dibuat susulan satu rakaman video berdurasi enam saat yang tular berhubung sebuah kereta dipandu secara berbahaya dengan melawan arus di lokasi sejak Selasa lalu. Menurutnya, sejurus menerima laporan, polis terus membuat pengecaman berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan dan berjaya mengesan pemilik kereta tersebut yang beralamat…
Perkembangan Terkini Juruterbang Mejar Mohd Fareez | Juruterbang pesawat Hawk, Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera tulang belakang selamat menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang, Rabu lalu. Markas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam satu kenyataan memaklumkan, beliau selamat menjalani pembedahan tanpa komplikasi dan kini dalam keadaan stabil. “Mohd Fareez yang mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang selamat menjalani pembedahan pada 17 November jam 7 petang di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. “Beliau selamat menjalani pembedahan tanpa komplikasi buat masa sekarang dan sedar serta dalam keadaan yang stabil,” katanya, hari ini. Menurutnya, Mohd Fareez kini dalam pemantauan pegawai…
Kerajaan Johor Setuju Untuk Beri Peruntukan RM200 Ribu Kepada Semua Wakil Rakyat Johor | Kerajaan Johor hari ini bersetuju untuk memberikan peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setahun kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk pembangkang. Peruntukan yang akan mula diagihkan kepada kesemua 56 ADUN pada tahun hadapan boleh digunakan bagi tujuan pengurusan dan pentadbiran di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta bantuan peruntukan kerja kecil di kawasan mereka. Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022 di sini, pada Khamis. “Bagi memastikan prinsip dan semangat pendemokrasian Yang Berhormat Ahli-ahli DUN Johor memberikan perkhidmatan terbaik…
(Video) Aksi Beruang Terjah 7-Eeleven, Siap Pakai ‘Hand Sanitizer’ | Semenjak pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia tahun lalu, kita sudah dibiasakan untuk menjalani aktiviti harian mengikut norma baharu. Selain memakai pelitup muka, kita juga digalakkan untuk memakai cecair pembasmi kuman pada tangan atau hand sanitizer secara kerap. Oleh itu, kebanyakan premis menyediakan cecair tersebut untuk digunakan oleh pelanggan atau pengunjung sebelum masuk. Tapi lain pula ceritanya dengan ‘pengunjung’ di kedai serbaneka 7-Eleven ni. Menurut New York Post, persis seperti pengunjung kedai pada umumnya, seekor beruang dilaporkan memasuki salah sebuah kedai 7-Eleven di California, siap ‘pakai’ hand sanitizer dulu sebelum masuk. Gelagat beruang ini…
Tular Video Paip PVC Jatuh & Bertaburan Di Atas Jalan Dari Sebuah Kenderaan | Tular semalam rakaman Dashcam dari sebuah kenderaan menunjukkan muatan dipercayai paip PVC yang dibawa sebuah pacuan empat roda terjatuh dan bertaburan di atas jalan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sebuah Lebuhraya Persekutuan di Subang Jaya pada jam 9.50 pagi semalam. Setakat ini tiada lagi info dari pihak berkuasa mengenai kejadian ini. Orang awam dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu. Sumber : Inforoadblock
“Muntah Darah Dengan Buih-Buih Di Mulut Mereka” 9 Sekeluarga Keracunan ‘Cendawan’ | Gara-gara memakan cendawan busut goreng, sembilan sekeluarga yang menetap di Kampung Nyiur, Paka di sini mengalami keracunan makanan hingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Dungun di sini pada kelmarin. Nurul Musfirah Ghazali, 32, dan suami serta tujuh daripada lapan anak mereka yang berusia empat hingga 13 tahun mengalami muntah-muntah sebelum sebahagian daripada mereka rebah tidak sampai sejam selepas menikmati cendawan busut goreng sebagai hidangan tengah hari. Mengimbas kembali kejadian itu, Nurul Musfirah berkata, sebelum kejadian, dia mengutip cendawan busut itu yang tumbuh berhampiran dari rumahnya sebagai sebahagian hidangan makan…
Nahas Pesawat TUDM. Ini Respon Jeneral TUDM. | Malam semalam rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang ketika sedang melaksanakan latihan penerbangan. Nahas pesawat pejuang itu telah mengorbankan seorang juruterbang TUDM, Kapten Mohamad Affendi Bustamy, manakala seorang lagi dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Seberang Jaya. Pemergian Allahyarham Kapten Affendi turut mendapat penghormatan dari rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dan cukup dirasai keluarga serta sahabat terdekat. Melalui sebuah hantaran di laman Facebook TUDM, Panglima Tentera Udara,…