Babah, Lelaki Dari Langit | Baru-baru ni, hangat isu mengenai wanita sebagai mangsa nafsu lelaki. Macam confession² sebelum ni, banyak cerita yang dikongsikan oleh mangsa² dan apa yang sangat menyedihkan, benda ni berlaku bukan dari orang lain tapi dari keluarga kandung sendiri.
I was one of the victim. Trust me, 99% we as the victims takkan beritahu
sesiapa pun sebab bila melibatkan family sendiri, orang yang tak
laluinya takkan pernah percaya.
Cerita aku mungkin lain dari yang lain. Mungkin kisah orang lain
kebanyakkannya berakhir dengan babak kelam tapi cerita aku akhirnya
indah umpama mimpi fantasi.
Korang yang baca mungkin fikir kisah aku ni hanya dongengan. Habistu,
dari mana wujudnya dogeng kalau bukan realiti yang mewujudkannya dulu.
Gitcheeww…
………………………………………..
Bismillahirahmanirrahim.
Seorang lelaki, anugerah Tuhan dari langit. Babah, nama yang menjadi
‘zikir’ ku setiap hari.
Kembali ke 25 tahun dahulu, kisah aku bermula bila babah dan mama
disatukan bukan atas dasar cinta, namun untuk menutup aib keluarga.
Bukan sebab mereka terlanjur atau ditangkap basah tetapi atas sebab yang
tidak boleh disebut.
Sebagai seorang yang optimis, babah terima mama seikhlasnya walaupun
keluarga mama sangat bencikan babah. Bagi mereka, mama sangat muda untuk
berkahwin pada masa tu dan masih ada cita² untuk dikejar.
Tambahan pula, babah bukan lelaki pilihan orang sebab perwatakan babah
yang lembut. Jelas, mereka hanya mengutuk luaran tanpa pandang melalui
mata hati.
Setahun waktu bergilir, mama disahkan hamil anak sulung, iaitu aku.
Hubungan babah dan mama masih umpama ribut taufan. Genap lapan bulan aku
di dalam kandungan, ibu kepada babah iaitu nenek pergi meninggalkan
dunia buat selama-lamanya.
Sepemergian nenek, keluarga mama mendesak babah untuk ceraikan mama.
Babah bersetuju namun atas satu syarat, iaitu mendapatkan hak penjagaan
sepenuhnya terhadap aku.
Tanggal 30 September, hari yang paling bermakna buat babah. Lahirnya
Puteri sulung, pewaris keturunan babah.
Terketar² suara babah melaungkan iqamat di telinga aku sambil memeluk
erat tubuh kecilku. Gugur air mata babah tatkala mencium pipi halusku.
Hari yang sama juga, babah dan mama membawa haluan masing².
Namun, janji manis rupanya bersulam racun. Keluarga mama bawa aku jauh
dari babah. Sanggup berpindah negeri untuk sorok aku. Remuknya hati
babah masa tu. Hidup babah kosong selepas pemergian ibu tercinta,
ditambah lagi dengan kehilangan Puteri kesayangan.
Dan bermulalah kisah kelam aku. Dibawa lari bukan untuk disayang². Namun
untuk menyakitkan lagi babah, atas dasar terlalu bencikan babah yang
kononnya merosakkan masa depan anak gadis mereka.
Bagi mereka, keturunan babah perlu menerima balasan setimpal. Tapi
tidakkah mereka sedar, aku juga lahir dari keturunan mereka? Sedih
sangat bila ingat.
Seusia dua hari, aku dijaga oleh orang lain. Entah siapa yang mereka
upah. Sehinggalah kaki aku mula kuat menjejak tanah, berlari melihat
dunia. Keluarga mama ambil semula aku untuk dijadikan boneka.
Ditempatkan di stor, di celah² kotak berlapikkan alas nipis, di situlah
aku menumpang tidur.
Bayangkan anak kecil yang belum faham erti dunia, yang ketagih
kasih-sayang dan perhatian orang dewasa dilayan seperti binatang.
Aku ditampar, dipukul dan disepak² bila menangis laparkan susu.
Diherdik² bila ditukarkan lampin. Kenapalah tidak hantarkan saja aku ke
rumah anak yatim. Biar kurang disayang asal tak dilayan macam binatang.
Seawal 3 tahun, aku dikerah membuat kerja rumah. Budak 3 tahun, apa ja
yang dia pandai. Disuruh pegang penyapu pun tak reti. Lalu disebat aku
dengan penyapu tu. Disuruh basuh pinggan tak reti, dihempuknya aku
dengan piggan. Berbirat², lebam, luka di badan aku tak terkira.
Belum kira iblis bertopengkan manusia yang tinggal dalam rumah tu. Aku
mula lega bila fikir masih ada yang sayang pada aku. Rupanya ada syaitan
di sebalik kebaikan. Ya, seorang lelaki yang mencalarkan maruah seorang
kanak-kanak suci yang belum pandai membezakan baik dan buruk.
Bila aku dimarah dan dipukul, dia datang konon memujuk. Bawa aku ke
bilik konon untuk cuci luka padahal tangan liar entah ke mana-mana.
Konon mandikan aku padahal ambil kesempatan.
Detik paling aku tak boleh lupa bila dia cuba memasukkan benda tu.
Walaupun sedikit, tapi tersangatlah sakit bagi budak kecil seperti aku.
Menangis aku meminta tolong tapi tangisan aku di rumah tu dah jadi
makanan ruji mereka. Aku trauma. Aku sangat takutkan lelaki.
Semua tu berlaku di dalam rumah keluarga yang dihorm4ti dan pada
luarannya nampak harmoni. Aku tak dibenarkan keluar dari rumah supaya
aku tak jumpa orang dan mengadu domba. Menangislah aku sorang diri.
Meringkuk di bilik berdebu mengharap keajaiban datang.
Zaman kanak-kanak yang sepatutnya indah, menjadi gelap. Aku jadi
pendiam. Aku tak lagi menangis, tak lagi melawan dan hanya biarkan aku
dijadikan boneka lunyai oleh mereka.
Lebih menyedihkan, aku tak tahu nama sendiri. Panggilan yang aku dengar
saban hari hanyalah “woi”, “hoi budak”, “anak si*l”, “bo**h” dan entah
apa² lagi panggilan buruk.
Pada masa tu, aku tak tahu siapa mama aku. Aku hanya kenal mereka itu
sebagai orang yang ‘menjaga’ aku. Hari² aku berlalu dengan mengharap
supaya nyawa aku ditarik. Aku nak m4ti sebab aku tak sanggup lagi nak
hadap semua tu.
Sehinggalah aku tak ada harapan walau sebesar kuman pun, ketika itulah
cahaya itu datang. Bersinar² dan sangat indah. Ya cahaya itulah babah,
lelaki kiriman Tuhan dari langit untuk aku. Rupanya, babah tak pernah
berhenti menjejaki aku.
Mulanya, keluarga mama tak benarkan babah masuk dan nafikan yang aku ada
dengan mereka. Lepas dapatkan bantuan polis dan jiran² di situ, babah
berjaya dapatkan aku.
Meraung babah tengok keadaan aku masa tu. Korang bayangkan seorang budak
kecil yang putus asa dengan hidup. Macam tu lah rupa aku pada waktu itu.
Babah bawa aku ke hospital dan hasil pemeriksaan doktor meremukkan lagi
hati babah masa tu. Lagi² bila dapat tahu aku mengalami gangguan s3ksual.
Aku yang pada mulanya sangat trauma dengan lelaki, mula terbiasa dengan
babah. Terkedu aku bila dapat layanan umpama seorang puteri. Babah
suapkan makanan, cuci luka, bersihkan aku, dandan rambut aku dan
pakaikan baju yang cantik².
Setiap minggu bawa aku pergi terapi dan selalu bawa jalan². Pada masa
tu, babah ada mengambil seorang anak angkat. Muda 2tahun dari aku. Jadi
kawan aku setiap masa.
Tiada lagi panggilan “anak si*l”. Semua yang baik² keluar dari mulut
babah. Babah selalu panggil aku dengan gelaran “Puteri” walaupun nama
aku tiada puteri sebab babah nak anak gadis dia dilayan macam seorang
anak raja.
Babah tatang aku bagi minyak yang penuh. Kalau dulu, pegang tangan babah
pun aku takut tapi sekarang aku suka berada dalam dakapan babah.
Babah yang ajar aku kenal agama, dari alif ba ta sampai khatam al-quran.
Babah yang ajar sampai kenal huruf walaupun aku lambat kenal semua tu
dari kanak² lain.
Setiap pagi, babah kejut bangun subuh solat sama². Babah yang ajar pakai
tudung, tutup aurat. Bila pertama kali datang haid, babah juga yang ajar
macam mana nak uruskan.
Babah pimpin tangan, cium pipi dan lambai setiap pagi kat pagar sekolah.
Tak pernah lupa datang ambil report card. Babah jugak yang ajar lipat
baju, masak macam².
Hebat kan babah. Walaupun aku tak pernah rasa belaian seorang wanita
yang bergelar ibu, tapi Allah hadiahkan aku seorang lelaki yang mampu
menggalas kedua² tanggungjawab tanpa culas sedikit pun.
Dulu masa mula² duduk dengan babah, rumah cuma sewa flat. Hasil kerja
keras babah, Alhamdulillah 2 tahun lepas babah dah berjaya bina rumah
idaman sendiri. Terharu sangat bila tingkat paling atas rumah babah
khaskan untuk Puteri dia. Siap ade auto lock kat pintu.
Hikmah bila Allah nak tunjuk yang sebenarnya tak semua lelaki jahat
bilamana hidup aku dikelilingi oleh lelaki.
Anak angkat babah 2 orang lelaki, pengawal keselamatan lelaki dan
pembantu rumah lelaki. Cuma seorang lagi pembantu rumah perempuan
jarang² datang sebab dia cuma kemas² hujung minggu je. Seorang business
partner babah yang kami anggap seperti keluarga juga lelaki.
Kalau kalian persoalkan masa silam aku dengan kehadiran lelaki² dalam
hidup aku, tipulah kalau kata aku dah tak trauma. Aku pernah tanya
pendapat babah tentang masa silam yang aku takkan lupa sampai bila².
Bagusnya, babah kata tak perlu paksa diri untuk lupa tapi jadikan masa
silam tu untuk didik diri sendiri dan keturunan kita menjadi manusia
yang lebih baik.
Ya, babah memang lembut tapi bukanlah dilabel sebagai bapok. Babah
membesar dengan adik-beradik yang semuanya perempuan. Jadi tak hairanlah
kalau lenggok tangan pun dah macam perempuan.
Hakikatnya, babah adalah seorang lelaki sejati yang lantang suaranya
tapi dalam hati ada taman syurga. Penuh ilmu di dada tapi tunduk seperti
padi.
Bangganya aku dengan babah, boleh jaga anak² orang dengan baik macam
anak sendiri. Sedangkan, ramai ibu bapa di luar sana yang tak menghargai
zuriat sendiri.
Babah kata maafkan saja mereka yang melukai aku dulu, mungkin mereka
masih jahil ketika itu. Hari² aku doa supaya hati ni ikhlas untuk
memaafkan mereka walau parut masih dalam. Mana mungkin aku lupa setiap
detik tu :’)
Semua kisah di atas adalah ingatan aku yang tak akan pernah padam dan
sebahagiannya dari cerita babah sendiri. Pelik macam mana aku boleh
ingat memori pada usia yang tersangat kecil. Tapi itulah hakikatnya,
trauma yang aku lalui menguatkan lagi memori aku pada masa tu.
Sejak tu, aku tak pernah jumpa lagi keluarga mama. Tapi melalui nama
mama pada surat beranak, aku jumpa facebook mama. Mama sekarang dah ada
keluarga baru. Mungkin itulah keluarga idaman dia.
Tersenyum bahagia mama di samping suami dan anak-anak. Iri hati aku
lihat anak-anak mama dapat kasih-sayang dari mama. Dalam masa yang sama
aku bersyukur sebab mereka tak lalui apa yang aku lalui dulu.
Pagi ni, selepas 20 tahun, rutin kami masih sama. Solat subuh berjemaah
dan tazkirah pagi. Dari kecil babah ajar untuk bangun subuh walau
terhuyung-hayang pagi², babah ambilkan wuduk dan seret ke tikar sembahnyang.
Babah tak pernah jemu nasihatkan kami tentang dunia dan ingatkan kami
tentang akhirat. Babah juga ingatkan anak² angkat babah supaya mendoakan
untuk ibu bapa mereka. Dan ingatkan aku juga untuk sentiasa doakan mama.
Aku tak pernah malu untuk peluk cium babah. Tak pernah malu untuk pegang
tangan babah bila jalan sama². Dan tak pernah malu untuk berlari ke
dakapan babah. Walaupun dah besar panjang, babah sentiasa peluk cium
anak². Malah, kami tersangat bangga punya babah sebagai bapa kami.
Babah semakin dimamah usia. Sayu aku bila pandang muka babah yang mula
terbit kedut² halus dan rambut yang mula memutih sedikit demi sedikit.
Babah lelaki yang kuat. Babah lelaki yang paling baik. Disenangi ramai
orang. Tenangnya wajah babah, bersihnya hati babah.
Babah, perpisah tu sakit kan. Semoga kita sentiasa bersama sampai syurga
macam yang kita selalu impikan. Terlalu banyak yang perlu ditulis
tentang babah. Tapi biarlah dunia tidak kenal, asalkan nama babah
menjadi sebutan penduduk langit.
Babah, Puteri sayang sangat kat babah. Terima kasih sebab sayang, jaga,
besarkan, bagi didikan yang sempurna untuk Puteri dan adik². Terima
kasih sebab LINDUNGI anak gadis babah ni. Terima kasih sebab jadi babah
kami.
Terima kasih babah. Babah adalah segalanya bagi kami, syurga kami.
Babah, lelaki kiriman dari langit yang tak pernah padam dalam doaku
setiap hari.
– Puteri kesayangan babah (Bukan nama sebenar)
Kredit: IIUM Confessions