Bagi Nafkah Tinggi Untuk Anak, Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai

| January 12, 2022 | 0 Comments

Bagi Nafkah Tinggi Untuk Anak, Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai | Tak dinafikan sesetengah pasangan yang memilih jalan untuk berpisah pasti akan mengalami masalah untuk memberi nafkah kepada anak-anak sehingga dibawa ke muka pengadilan atas pengabaian nafkah yang kebiasaannya dilakukan oleh si bapa.

Bagi Nafkah Tinggi Untuk Anak, Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai

Namun, tidak semua bekas suami culas membayar nafkah anak. Terdapat segelintir daripada mereka masih melaksanakan tanggungjawab serta menjaga kebajikan anak-anak walaupun sudah bercerai. Menerusi perkongsian di group Tuntutan Nafkah Anak di Facebook, seorang lelaki dikenali sebagai Hanif Malek menyatakan dia sudah memberikan nafkah lebih kepada anak-anaknya supaya hak mereka terjaga dan tidak terabai.

Bagi Nafkah Tinggi Untuk Anak, Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai

Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut mengatakan bahawa dia memberi ‘nafkah’ kepada anak dalam jumlah yang tinggi serta akan merekod perkara berkenaan di dalam fail.

Bagi Nafkah Tinggi Untuk Anak, Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai

Selain daripada itu, lelaki berkenaan turut memuat naik bukti pembayaran nafkah anak dan tangkap layar perbualan bersama bekas isterinya. Walaupun sudah tidak duduk sebumbung, namun dia tetap melaksanakan tanggungjawabnya serta berterima kasih kepada bekas isteri kerana sudah menjaga kebajikan anak-anak dengan baik.

Apa yang lebih mengagumkan lagi apabila dia secara sukarelanya mahu menguruskan segala kewangan yang melibatkan anak-anak termasuklah yuran serta pembayaran bulanan bagi penapis air di rumah bekas isterinya itu.

Sumber : Oh Bulan

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *