Remaja Hilang Ditemui Dalam Keadaan Bingung, Jalan Kaki Sambil Jinjit Selipar

| January 12, 2022 | 0 Comments

Remaja Hilang Ditemui Dalam Keadaan Bingung, Jalan Kaki Sambil Jinjit Selipar | Seorang remaja yang hilang di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, di sini sejak Isnin dilaporkan telah selamat ditemukan pada jarak satu kilometer dari rumahnya pada Rabu.

Remaja Hilang Ditemui Dalam Keadaan Bingung, Jalan Kaki Sambil Jinjit Selipar

Mangsa, Muhammad Iznun Al-Azim Mahadi, 13, ditemukan pada jam 5.30 petang dalam keadaan dia sedang berjalan kaki sambil menjinjing selipar.

Ibu remaja berkenaan, Khairul Nisa Hamzah, 45, berkata, anak bongsunya itu ditemui oleh seorang wanita dikenali sebagai Kak Yah berusia 50-an yang kebetulan ke lokasi kejadian untuk meninjau keadaan tersebut selepas ia tular di laman sosial.

Kata ibunya, wanita yang digelar Kak Yah tersebut mengatakan semasa dalam perjalanan ke sini dia bersama rombongan lain melalui jalan tersebut dan melihat seorang remaja lelaki sedang berjalan dalam keadaan lemah serta kotor sambil memegang selipar.

Jelasnya, Kak Yah memberhentikan keretanya dan membawa Muhammad Iznun Al-Azim untuk diserahkan kepadanya.

Menurutnya, mengikut cerita orang lain yang turut bersama Kak Yah pada waktu itu, mereka tidak nampak kelibat Muhammad Iznun Al-Azim seperti yang dilihat oleh Kak Yah.

Katanya, malah mereka juga mendakwa tidak dapat melihat Muhammad Iznun Al-Azim ketika Kak Yah berhenti mengambilnya.

Dia berkata, orang ramai hanya dapat melihat anaknya itu apabila selamat tiba di rumahnya.

Khairul Nisa berkata, Muhammad Iznun Al-Azim masih lagi tidak dapat bercakap dan berada dalam keadaan bingung.

Menurut Khairul Nisa, buat masa sekarang, saya sudah mandikan dan menukar pakaiannya, cuma dia belum menjamah makanan namun dikatakan masih berdiam diri seperti berada dalam keadaan trauma.

Ibu mangsa tersebut bagaimanapun menzahirkan ucapan terima kasih kepada polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang bertungkus-lumus membantu mencari anaknya itu.

Khairul Nisa turut merakamkan penghargaan kepada penduduk kampung dan semua pihak yang bekerja keras menjayakan operasi tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo ketika dihubungi mengesahkan remaja tersebut selamat ditemukan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *