“Sempat Terserempak Dengan Shebby, Nampak Penat Ketika Berbasikal, Cuaca Pula Panas”-Luah Aidil Zafuan

| January 12, 2022 | 0 Comments

“Sempat Terserempak Dengan Shebby, Nampak Penat Ketika Berbasikal, Cuaca Pula Panas”-Luah Aidil Zafuan | Kapten Harimau Malaya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang sempat berselisih dengan mendiang Shebby Singh memberitahu ketika beliau baru keluar berbasikal petang tadi, mengakui mendiang kelihatan penat.

"Sempat Terserempak Dengan Shebby, Nampak Penat Ketika Berbasikal, Cuaca Pula Panas"-Luah Aidil Zafuan

Kata Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad kebangsaan, mendiang sememangnya seorang yang aktif berbasikal dan pemergiannya itu pasti akan dirasai dalam keluarga bola sepak tanah air.

Beliau menerima berita pemergian mendiang lebih kurang jam 8 malam tadi jadi agak terkejut juga kerana petang tadi dalam lebih kurang jam 5.15 petang, beliau sempat berselisih dengan mendiang.

Katanya, ketika itu, mendiang baru sahaja mula berbasikal dan beliau sempat mengangkat tangan kepadanya sebelum mendiang sempat mengangkat tangan semula dan keadaannya ketika itu pun memang kelihatan penat selain memberitahu bahawa cuaca agak panas ketika itu.

Ulas Aidil, pada mulanya terfikir siapa yang sedang berbasikal dalam keadaan panas ini, apabila sudah dekat baru perasan rupanya orang tersebut adalah mendiang.

Kata Aidil lagi, mendiang sering kali dilihat keluar berbasikal di sekitar kawasan kejiranan kerana beliau memang aktif bersukan.

Jelas beliau, mendiang memang seorang yang aktif berbasikal, dalam kumpulan WhatsApp berbasikal, mendiang memang aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Difahamkan, semua sangat terkejut sebaik menerima khabar pemergian mendiang. Dengan pemergian mendiang, Aidil menyifatkan ia sudah tentu suatu kehilangan bekas pemain yang begitu boleh dipanggil sebagai legenda, satu kehilangan besar buat keluarga bola sepak.

Aidil turut memberitahu, mendiang seorang yang sering memberi kritikan membina, banyak kritikan mendiang yang boleh diambil untuk memajukan arena bola sepak, jadi pemergiannya amat dirasai.

Sebelumnya bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby meninggal dunia dipercayai selepas terjatuh ketika berbasikal petang Rabu.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *