Bahaya Tumpah Darah

| August 4, 2020 | 0 Comments

Bahaya Tumpah Darah | Assalamualaikum. Saya sekadar nak berkongsi pengalaman tumpah darah atau gugur saya tempoh hari. Semoga dapat ambik panduan buat semua pembaca.

22/7/2020

Tengahari ni tengok dekat panties ada spotting darah pekat color coklat
kehitaman. Eh, apa benda ni. Macam kalau awal period biasa kuar darah
ni. Tapi tak sakit pun, takpelah, mungkin penat kot.

Petang pulak, eh, lagi sekali keluar spotting darah. Kenapa asyik keluar
ye. Tak de pape kot.

23/7/2020

Pagi tu dah gembira sebab stain darah dah tak ada. Sampailah tengahari.
Tapi tengahari tu tiba tiba ada stain darah balik. Sikit je. Pakailah
cloth pad kain snowdrop. Rehat je tengahari tu. Baring baring.

Tiba tiba rasa perut mengeras. Eh, rasa tak selesa perut ni. Kenapa
asyik mengeras je dalam setengah jam macam tu.

Dalam pukul 3 lebih petang saya mula masak nasi lemak. Tengah masak dah
tak rasa perut mengeras, tapi rasa lenguh dari pinggang ke bawah. Rasa
macam nak period macam tu.

Cepat cepat siap masak. Plan nak naik atas nak rehat sebab lenguh
sangat. Pukul 4.30 petang. Bergerak je satu langkah, eh rasa air keluar.
Air ketuban pecah ke. Cuba gerak lagi satu langkah, alamak, kuar lagi.

Kali ni nampak darah pekat mengalir. Tu dah pakai pad tu. Melimpah darah
habis dari peha ke lantai dapur. Macam biasa tengok dalam drama plak.
Tapi dalam drama , biasa ibu mengandung jatuh. Ni saya tengah masak nasi
lemak je.

Dah duduk atas kerusi. Kerah habis suruh bagitahu umi dengan ayah. Anak
sulung jerit panggil ayah. Ibu mertua pun datang dari luar rumah. Semua
orang panik. Terus diorang telefon ambulance sebab bahaya tumpah darah
macam ni.

Sepanjang panjang tunggu ambulance datang tu, darah tak berhenti keluar.
Ada sekali tu rasa keluar seketul banyak. Dalam hati ni, baby dah keluar ke.

Baby baru 15 minggu lebih waktu tu. Gerak sikit darah keluar menitik
nitik. Tak habis habis berdoa semoga Allah permudahkan. Dalam hati dah
redha jika Allah dah nak ambik baby ni.

Waktu tunggu ambulance sampai,anak sulung, tak berhenti nangis. Dia
nampak darah banyak keluar kat lantai. Dia panik, takut. Semua orang
tenangkan dia.

Ambulance sampai je lagi dengar dia meraung. Saya ke hospital dengan
adik ipar. Suami datang kemudian untuk bawa barang barang lain.

Masuk ambulance, staff nurse masukkan jarum. Masukkan air kot. Sebab dia
tanya berapa banyak darah dah hilang. Agak agak dalam 500ml air mineral tu.

Waktu tu pun darah masih keluar lagi. Dia tanya betul tak de jatuh ke.
Pelik sebab dah masuk trimester kedua, patut rahim dah kuat sikit kan.

Sampai dekat bahagian emergency, adik uruskan register bahagian kaunter
depan. Saya masuk dalam satu bilik. Nurse tanya history pregnancy semua.
Time ni dah rasa contraction.

Lama juga tunggu doktor on call datang. Time tu, tiba tiba ada doktor
datang. Nurse cakap doktor tak sampai lagi. Doktor perempuan tu datang cek.

Dia cakap baby dah nak keluar, dah nampak kepala. Dia suruh buat batuk
supaya mudah baby keluar. Baby dah dapat keluar, kali kedua, uri plak.
Buat batuk lagi.

Tengah keluarkan uri, saya termuntah. Perut kosong time ni sebab waktu
pergi hospital tak sempat makan berat.

Doktor tunjuk janin baby. Kecik sangat. Separuh tapak tangan. Nampaklah
kepala kaki tangan. Tapi tak nampak lagi jantina. Waktu sampai hb 9.

Lepas baby uri keluar, time ni ikutkan result hb drop ke 6.7. Darah dah
tak banyak keluar tapi kesan dari tumpah darah kat rumah dan keluarkan
baby tu, darah banyak hilang.

Tengah baring tu tiba tiba saya blackout. Tak tahu berapa lama pitam.
Sedar sedar doktor nurse tengah kejutkan suruh bangun. Doktor cakap dah
sedar ke?

Saya tak ingat saya kat mana. Saya cakap saya tertido sekejap. Doktor
cakap awak pitam, bukan tido.

Lepas tu nurse tukar ke pakain hospital. Baju kain tudung semua penuh
darah dengan muntah. Pastu saya dibawa ke bilik lain untuk scan. Waktu
pindah naik katil, kepala pening lagi. Pastu lagi sekali muntah yang
banyak dekat lantai. Tak sempat ambik plastik.

Lagi sekali baju kotor. Saya ditukarkan naik ke wad. Adik dengan nurse
teman. Time ni pening lagi. Ambik gula gula dalam beg, makan baru ok
sikit. Gerak ke wad.

Sampai ke wad, saya ditempatkan bahagian belakang sekali. Mungkin
diorang ingat pesakit ni biasa. Waktu ni suami bawa makanan. Makan
petang diorang sedia pukul 6 tadi.

Lepas suami dengan adik balik, saya rehat. Dalam pukul 11 malam saya
pergi toilet.

Ok. Dalam pukul 1 lebih pagi, nurse datang masukkan air garam. Air garam
ni pedih sangat rupanya. Pastu terjaga tidur rasa nak terkencing. Terus
saya angkut air garam tu masuk toilet. Kunci pintu.

Waktu dalam toilet, lepas siap semua, tiba tiba kepala saya pening. Dari
duduk saya jatuh terlentang dalam toilet. Dalam hati nak rehat jap. Tiba
tiba blackout.

Sedar sedar, air toilet yang saya tak tutup tu kena kat muka. Saya
terjaga dari pitam. Terus bangun. Time tu saya nak naik atas katil je.
Tutup air, angkut air drip garam keluar toilet.

Panjat katil basah basah. Saya baru perasan air dah melimpah sampai
keluar toilet. Masuk dalam wad. Saya masuk dalam selimut, sejuk.

Nak panggil nurse, tak larat nak tekan butang. Tunggu jelah nurse
datang. Bagitahu ibu katil sebelah kata saya pitam. Dia pun susah nak
panggil nurse, ada baby. Pesakit lain tidur. Sebab pukul 2 pagi waktu
tu. Tunggu jelah nurse datang.

Pukul 2 pagi lebih tu, nurse datang. Saya tengah tidur, patient katil
sebelah bagitahu saya pitam. Tak tahu dah pitam berapa lama. Diorang
tengok pintu bilik air terbuka, lampu terbuka. Air melimpah.

Nurse panik, panggil kawan kawan tarik katil saya ke bahagian kaunter.
Nurse tukarkan baju baru. Alas katil semua baru. Rasa sejuk. Sampai
minta 2 selimut. Malam tu tak dapat tidur. Nurse datang. Cakap masuk air
garam memang sakit ke? Nurse cakap memang pedih sikit.

Nurse cek lengan. Dia cakap tangan dah bengkak ni. Tak kena urat betul2.
Sebab tu sakit. Nurse cucuk jarum baru. Tangan kanan. Lagi sekali rasa
sakit.

Cakap kat nurse, sakit lagi. Mata dah berair tahan sakit. Lepastu lagi
sekali tukar jarum, cucuk atas jari kanan. Masuk air garam, dah kurang
rasa sakit.

24/7/2020

Awal pagi tu, beberapa kali pergi toilet, nurse temankan. Nurse risau
takut pitam lagi. Time ni diorang belum tahu hb saya 6.7. result belum
dapat lagi. Saya start puasa pukul 2 pagi in case kalau ada darah beku
tertinggal dalam perut.

Awal pagi tu doktor round. Doktor tanya tanya semua. Setengah jam lepas
tu doktor pakar round. Ada 6 orang sekali dengan pakar.

Doktor cakap muka saya pucat. Doktor tahu saya pitam dalam toilet, semua
kena marah. Doktor cakap mana darah? Patut dah masuk darah lama dah .
Sebab pitam pukul 2 pagi lagi.

Saya dikejarkan ke bilik lain untuk scan. Saya cakap nak kencing, doktor
cakap kita masukkan tiub kencing, tak nak awak pitam lagi. Selagi tak
tambah darah, awak mungkin akan pitam lagi.

Doktor pakar scan cakap ada darah lagi yang tertinggal. Pindah ke wad
balik, saya dimasukkan 2 pack darah. Air pun dah masukkan banyak botol.
Dalam pukul 4 macam tu saya dimasukkan dalam bilik pembedahan untuk buat
dnc. Cuci darah beku.

Time ni saya dah risau sebab ada history ubat bius tak jalan waktu czer
asmaa’ dulu. Pakar bius cakap, takpe, nanti saya pastikan awak dah tak
rasa, baru kita start cuci. Doktor tan cucuk dua jarum dekat tulang
belakang. Perlahan lahan kaki saya dah start kebas. Takleh rasa.

Time tu rasanya sekejap je proses cuci tu. Sebab saya sempat dengar lagu
lagu bunga citra lestari beberapa lagu. Ada plak buka lagu lagu sedih
waktu tengah operate.

Sepanjang operate tu badan bahagian atas saya menggigil gigil. Sejuk
sangat. Keluar dari bilik bedah tu, saya dibawa ke tempat lain. Diorang
selimutkan saya banyak lapis selimut, dengan letak warmer dalam selimut.
Rasa panas sikit.

Selesai nak pindah balik ke wad, baru gerak sikit saya nak muntah. Tapi
bila berhenti, saya tak muntah. Bila gerak balik saya muntah. Nurse bagi
plastik muntah. Perut kosong lagi sebab saya puasa lagi waktu ni.

Masuk ke wad ingat dah boleh makan. Nurse cakap belum lagi. Kaki saya
masih belum boleh angkat. Saya tertido. Terjaga pukul 8 lebih, nurse
cakap dah boleh makan. Kaki dah ok dah sikit.

Saya minum air dengan roti. Tunggulah makan malam. Ingat dia tak bagi
lagi. Dalam pukul 9 tanya nurse, nurse cakap makanan dah bagi pukul 6 tadi.

Sebab saya puasa lagi time tu saya tak dapat lah makanan. Kena minta
suami hantar . Saya bagitahu suami rupanya dia dah gerak datang hantar
makanan. Lapar sangat sebab last makan pukul 2 pagi, dekat pukul 10
malam baru makan.

25/7/2020

Jam 5 pagi doktor datang nak ambik darah. Cucuk sekali darah tak keluar.
Cucuk tempat lain baru darah keluar. Tangan saya jenis susah nak cari
urat kot. Banyak kali kena cucuk. Baru dapat. Nurse datang buka tiub
kencing. Dan dah stop drip air. Dah buka semua.

Saya cuba bangun ke toilet. Dah tak pening. Saya mandi semua. Sejak 3
hari tumpah darah. Saya tak pernah mandi. Badan melekit bau darah dan
muntah. Alhamdulillah. Lega sangat dah dapat mandi.

Awal pagi doktor datang round. Dia cakap tengok petang ni camane. Sebab
nampak muka saya pucat lagi.

Lagi sekali pakar marah semua yang doktor dan nurse kat situ. Sebab tak
alert case bahaya tumpah darah. Dia cakap kes bleeding macam ni lagi
bahaya, boleh bawa maut. Dia suruh take note semua jangan ambik mudah.

Tengahari tu dah dah stabil. Siap video call anak2, voice call semua.
Anak sulung dah seronok taip mesej whatsapp. Anak bongsu seronok hantar
voice mesej. Buat video call juga. Duk tanya bila ibu nak balik. Nangis
nangis gaduh. Cakap rindu ibu. Ibu rindu juga.

Alhamdulillah. Petang tu doktor datang cek bagitahu boleh balik dah. Dia
tanya merancang macamane? Tapi 3 bulan tak boleh mengandung lagi ye.
Bagi rahim betul2 sembuh.

Belum ada rezeki lagi untuk kakak asmaa’ ada adik baby. InsyaAllah. Ada
rezeki yang lebih baik menanti. Semoga Allah kumpulkan balik kita semua
bersama adik baby di syurga nanti. Aamiin.

Doakan kesihatan saya cepat pulih ye, aamiin.

– Nor (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *