Bangkai Tikus Dijadikan Pengganti Mayat Bayi | Sepasang suami isteri di Colombia diselubungi rasa kecewa dengan kematian anak mereka di dalam kandungan ditambah pula mayat bayi kecil itu telah digantikan dengan bangkai seekor tikus yang bersaiz besar.

Bangkai Tikus Dijadikan Pengganti Mayat Bayi

Menurut Daniel Alejandro Jaramillo, kejadian itu telah berlaku apabila anak mereka yang berusia 28 minggu di dalam kandungan pasangannnya, Jari Daniela Velez telah meninggal dunia disebabkan oleh masalah jantung yang dihadapi.

Disebabkan kejadian itu, wanita itu telah diberikan rawatan di Hospital Tomas Uribe pada 13 Mei lalu. Namun ketika mereka berdua mengunjungi bilik mayat untuk menguruskan jenazah dan dokumen kematian anak mereka, mereka mendapati bahawa terdapat bangkai tikus di dalam peti mayat anak mereka.

Mereka agak terkejut dengan perkara yang berlaku. Kemungkinan besar pihak hospital telah meletakkan bangkai haiwan itu di dalam peti mayat anak mereka kerana ingin menggantikan mayat anak mereka yang tidak ditemui. Sepupu Jari, Majo Velez melaporkan kes itu ke pusat penjagaan kesihatan di laman Facebook.

Dia menyatakan bahawa pihak hospital telah memberikan mereka bngkai seekor tikus, tetapi mereka ingin pihak hospiotal untuk memulangkan semula mayat anak kecil milik mereka dan bukannya bangkai seekor tikus.

Pihak hospital memberikan respon dengan memohon kemaafan terhadap insiden yang berlaku. Mereka juga sudi untuk membantu keluarga itu dari segi apa sahaja dan akan melakukan siasatan dalaman berkenaan kes itu.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply