Bantah Perintah Berkurung, Tiga Warga Cedera Ditembak Di Bangladesh | Akibat tidak puas hati dengan tindakan kerajaan yang melaksanakan perintah berkurung menyebabkan penduduk kampung bertindak untuk menyerbu balai polis dalam satu tunjuk perasaan sehingga menyebabkan tiga dari mereka berada dalam keadaan kritikal.
Dhaka: Tiga orang dilaporkan cedera ditembak ketika menyertai satu tunjuk perasaan untuk membantah pelaksanaan perintah berkurung bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di pinggir bandaraya ini,semalam.
Hal lain yang menyebabkan tunjuk perasaan oleh penduduk itu tercetus adalah disebabkan satu khabar angin yang mengatakan seorang lelaki cedera dalam operasi polis menguatkuasakan perintah sekatan di pasar dekat bandar Saltha di daerah Faridpur.
“Polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri selepas penunjuk perasaan menyerang balai polis,” kata jurucakap polis daerah Faridpur dan turut disahkan pegawai polis, Inspektor Nur-a-Alam Fakir.
Bagaimanapun, polis tidak menyatakan jumlah angka terkorban dalam insiden yang sama.
Penunjuk perasaan yang terdiri daripada ribuan penduduk kampung dilaporkan menyerang balai polis dan pejabat kerajaan akibat marah dengan berita yang tersebar itu.
Penunjuk perasaan juga bertindak ekstrem dengan membakar rumah seorang pegawai dan dua kereta milik pegawai kerajaan.
Sementara itu, seorang doktor di wad kecemasan Hospital Kolej Perubatan Faridpur, Dr Abdul Matin berkata, tiga individu berada dalam keadaan kitikal kerana cedera ditembak.
“Seorang daripadanya dipukul di bahagian punggung, yang lain di dada dan mangsa ketiga ditembak di kedua-dua belah kakinya,”katanya.
Semalam, Bangladesh melaksanakan perintah berkurung selama tujuh hari di seluruh negara ekoran peningkatan kes COVID-19 yang mengalami peningkatan mendadak termasuk merepotkan kes kematian beberapa minggu lalu.
Kelmarin, sebanyak 7,087 kes positif COVID-19 direkodkan menyaksikan ia jumlah kes harian tertinggi sejak pandemik itu dikesan pada Mac 2020 lalu.
Berikutan itu, semua sektor perkhidmatan domestik termasuk bas,feri,kereta api dan penerbangan dihentikan.
Premis perniagaan seperti kedai dan pusat membeli-belah juga diarah tutup selama seminggu disertai peinah berkurung pada waktu malam.
Susulan arahan kerajaan itu, pemilik kedai mengadakan tunjuk perasaan di Dhaka kerana mendakwa boleh menjejaskan perniagaan mereka.
Sumber: Berita Harian